BANGUNAN PEJABAT UNIT

BANGUNAN PEJABAT UNIT
BANGUNAN PEJABAT UNIT TANAH-TANAH PERKUBURAN ISLAM, JALAN RESIDENCY, BANDAR SERI BEGAWAN, BRUNEI DARUSSALAM.

Khamis, 2 Mei 2013

LAWATAN KE T. P. I. SG BIAWAK, PULAU MUARA BESAR.

Hari Khamis, 2 Mei 2013, lawatan ke Tanah Perkuburan Islam Sungai Biawak, Pulau Muara Besar telah dijalankan olih pegawai-pegawai dari Unit Tanah-Tanah Perkuburan Islam.  Ianya dilakukan kerana untuk mempasatikan kedudukan bagi pemasangan pagar keliling dikawasan tersebut. Ditambah dengan pembinaan kemudahan asas iaitu Pondok tempat rehat pengunjung.

Kerja-kerja memagar telah dijalankan olih pihak pemaju Pulau Muara Besar.

Tiang diberi semen dan beam yang cuma pasang siap.

Jenkaut digunakan bagi pembersehan kawasan dan menumbangkan pokok-pokok keliling.

Bahan yang akan digunakan seperti semen dan barang-barang lain.

Perkerja sudah menyiapkan sebahagian daripada pagar tersebut.

Papan tanda juga diperiksa bagi memastikan ketepatan ayat dan ejaan.

Selasa, 26 Mac 2013

KUBUR LAMA TELAH DIJUMPAI DI KAMPONG BERIBI.

Pada Hari Khamis, 21 Mac 2013, Timbalan Setiausah Tetap KHEU Yang Mulia Ustaz Haji Harun bin Haji Junid telah menerima lapuran dari orang perseorangan tentang terdapatnya sabuah Kubur lama di kawasan Kompleks Perniagaan Baru di Kampong Beribi, Mukim Gadong.

Yang Mulia Ustaz Haji Harun telah melawat ketempat tersebut bersama Yang Mulia Pengiran Alli bin Pengiran Haji Mohammad, Ketua Bahagian, Bahagian Bangunan dan Pemeliharaan, KHEU.   Turut berada dilokasi Yang Mulia Haji Ibrahim bin Haji Ratu, Pengelola Kanan Tanah-Tanah Perkuburan Islam dan Yang Mulia Awang Mohd Runy bin Matalli, Pemangku Pengawas Tanah-Tanah Perkuburan Islam.

Setelah berada disana, telah menjumpai sebatang nisan kayu berukuran ketinggian 30 sm betul-betul berada diatas bukit yang telah ditoreh berhampiran dengan menara pencawang elektrik voltan tinggi.  Kubur tersebut dipercayai mencapai usia 70 ke 100 tahun.  Kerana nisannya diperbuat mengunakan kayu jenis bulian.

 Kelihatan nisan kayu yang menandakan sebuah kubur lama seorang perempuan islam.


Betul-betul berada diatas bukit yang telah ditoreh bagi membina kompeks perniagaan.

Tiang pencawang elaktrik voltan tinggi ini menyebabkan bukit ini tidak dibuang dan dibiarkan cuma ditoreh sahaja.

Kelihatan bagunan baru bagi gedung perniagaan.

Ahad, 3 Februari 2013

SEBUAH KUBUR LAMA DI KAMPONG KUPANG TUTONG TELAH DITEMUI.

Pada Hari Sabtu 2 Februari 2013, satu lawatan telah diadakan kesebuah tapak kubur lama di Kampong Kupang Tutong.  Lawatan telah dihadiri oleh Pegawai-Pegawai dari Unit Tanah-Tanah Perkuburan Islam, Pejabat Hal Ehwal Ugama Daerah Tutong, Pegawai dari Jabatan Pusat Sejarah dan Penduduk Kampong.

Yangmana perkuburan tersebut telah ditemui olih pehak pemaju bagi membina kolam tadahan banjir di tempat tersebut.

Rombongan diketuai olih Yang Mulia Ustaz Haji Hasan bin Amat, Ketua Pegawai Ugama Daerah Tutong.

Tapak kubur lama yang telah dijumpai.

 Kubur kayu dan batu sungai yang menandakan kubur ini telah mencapai 200 tahun.

Seorang ustaz yang bertugas di Jabatan Pusat Sejarah Brunei telah membacakan doa tahlil.

YM Awg Mukti selaku wakil Ketua dan Penduduk Kampong Kupang.  Menerangkan tentang sejarah awal kubur tersebut..

Untuk menuju ke tapak kubur tersebut terpaksa melalui parit dengan titian batang pinang dan buluh.

Jenkaut digunakan bagi kerja-kerja pembinaan tadahan banjir.

Pemandangan dari jauh kedudukan kubur tersebut.

Jumaat, 28 Disember 2012

LAWATAN KE T. P. I. TUNGGAL DI PULAU MUARA BESAR.

Pada Hari Khamis, 27 Disember 2012, satu rombongan telah mengadakan lawatan ke Tanah Perkuburan Islam Tunggal di Ujung Sapoh, Pulau Muara Besar.  Ianya diadakan bagi rancangan untuk memindah sebuah perkuburan lama yang ada disitu.  Yangmana ditapak tersebut akan dibina jalan raya bagi membangun sebuah loji penapis minyak negara.

Hadir ditempat tersebut ialah Pegawai-Pegawai dari Badan Pembangunan Ekonomi Brunei (BEDB), Unit Tanah-Tanah Perkuburan Islam KHEU, Jabatan Tanah, Kementerian Pembangunan, Jabatan Ukur, Kementerian Pembangunan, Jabatan Mufti Kerajaan, JPM dan pehak Kontartor Energi yang datang dari Negara Jepun.

Yangmana pehak pemaju hanya untuk mendapatkan keluaran fatwa daripada pehak Jabatan Mufti Kerajaan, sama ada membolehkan atau sebaliknya.

Tapak tempat kedudukan kubur tersebut betul-betul berada ditapak yang akan dibina jalan raya bagi pemunggahan minyak untuk di eksport keluar negara.

 Keadaan kubur tunggal yang dirancang untuk dipindahkan kerana dipercayai akan dibina jalan raya diatas tapak tersebut.

Pehak pemaju menunjukkan kedudukan jalan yang akan dibina betul-betul berhampiran dengan kedudukan kubur tunggal tersebut.

Salah seorang wakil dari Jabatan Mufti Kerajaan dan Jabatan Pusat Sejarah, NBD.

Pemandangan laut Cina Selatan dimana akan dibina Pelabuhan Kapal bagi memunggah minyak.

Kerja-kerja pembinaan sedang giat diselanggarakan.

Pehak kontrak sedang memuat kerja.

Isnin, 17 Disember 2012

LAWATAN KE U. T. T. P. I. DAERAH TEMBURONG

Pada Hari Khamis 6 Disember 2012, Rombongan dari Unit Tanah-Tanah Perkuburan Islam Bandar Seri Begawan telah mengadakan lawatan ke Unit Tanah-Tanah Perkuburan Islam Daerah Temburong.  Rombongan diketuai oleh Yang Mulia Awang Haji Ibrahim bin Haji Ratu, Pengelola Kanan Tanah-Tanah Perkuburan Islam.

Dalam lawatan tersebut mereka telah berbincang dengan kakitangan Unit tersebut disana.  Yangmana unit tersebut di Daerah Temburong diketuai oleh Yang Mulia Awang Jusrey bin Sulong, Penolong Pengelola Tanah-Tanah Perkuburan Islam.

Dalam kunjungan lawatan tersebut mereka sama-sama berbincang mengenai tugas dan kerja harian.

Dari kiri YM Hj Ibrahim Hj Ratu, YM Awg Jusrey Sulong dan YM Awg Julidy Hj Samsudin.

YM Awg Julidy Hj Samsudin.

YM Dyg Nurul Rasyidah Abdullah (Penggapai)

Dari kiri YM Dyg Norzaimah Md Zacky dan YM Dyg Nurul Rasyidah Abdullah.

Dari kiri YM Pg Sharidin Pg Hj Pungut, YM Hjh Norlelawati Hj Jumaat dan YM Dk Hjh Rosmawati Nor Pg Hj Abdul Razak.

Empat orang penggapai yang bertugas di Daerah Temburong dari kiri YM Dyg Nurul Rasyidah Abdullah, YM Dyg Norzaimah Md Zacky, YM Hjh Norlilawati Hj Jumaat dan YM Dk Hjh Rosmawati Nor Pg Hj Abdul Razak.

Rabu, 12 Disember 2012

T. P. I. BENTUDOH JUGA TELAH DILAWAT.

Pada Hari Isnin 26 November 2012,  lawatan ke Mukim Lamunin diteruska ke Tanah Perkuburan Islam Bentudoh, yangmana tempatnya berdekatan dengan Tanah Perkuburan Islam Bangnukat.  Dari simpang masuk ke Tanah Perkuburan tersebut kira-kira 1 kilometer jauhnya.

Buat masa ini keliling kawasan belum berpagar.

Pondok Tanah Perkuburan Islam Bentudoh didirikan oleh Angkatan Bersenjata Diraja Brunei sebagai kerja Amal sempena Hari Ulang tahunnya.

Dram air juga diberikan secara wakaf.

Begitu juga lurung berjalankaki disediakan secara wakaf.

T. P. I BANGNUKAT, KAMPONG BANGNUKAT LAMUNIN TELAH DILAWATI.

Pada Hari Isnin 26 November 2012, lawatan telah diadakan di Tanah Perkuburan Islam Bangnukat, Kampong Bangnukat, Mukim Lamunin.  Lawatan diadakan bagi mempastikan kemudahan asas yang telah diberi oleh pehak Kerajaan melalui Unit Tanah-Tanah Perkuburan Islam Daerah Tutong khasnya Negara Brunei Darussalam khususnya pada masa yang lalu.

Nampaknya perlu diberi kemudahan asas yang baru seperti barang-barang lama yang sudah uzur dan buruk.

Lebal nama T. P. I. Bangnukat.

Pondok kayu yang dibina secara bergotong royong.

Keadaan atap zink yang sudah lama,

Keadaan bangku kayu tempat pengunjung duduk jika keadaan cuaca tidak mengizinkan.

Keadaan meja kayu bagi melatakkan jenazah sebelum disemadikan.

Keadaan pagar yang maseh baik cuma perlu dibersehkan.

Dram bagi menyimpan air perlu diganti dengan tanki air.