BANGUNAN PEJABAT UNIT

BANGUNAN PEJABAT UNIT
BANGUNAN PEJABAT UNIT TANAH-TANAH PERKUBURAN ISLAM, JALAN RESIDENCY, BANDAR SERI BEGAWAN, BRUNEI DARUSSALAM.

Sabtu, 25 Jun 2011

KERETA MELANGGAR KUBUR DI BAWAH KUBAH MAKAM DIRAJA

Pada Hari Jumaat 24 Jun  2011, Pada pagi tadi seorang pemandu telah hilang kawalan lalu kereta yang dipandunya telah melanggar dan masuk kedalam kawasan Tanah Perkuburan Islam.  Ianya berlaku di Tanah Perkuburan dalam kawasan Makam Diraja Jalan Tutong.

Apabila pehak pemberita tiba disana, pehak Polis Diraja Brunei telah menyatakan pemandu kereta tersebut telah melarikan diri, lalu pehak mereka tercari-cari kemana beliau berada.

Difahamkan pemandu tersebut telah hilang fikiran disebabkan masalah kesihatan.
Isteri beliau, telah datang dan membantu sesiatan polis, dan menerangkan kejadian ini bukan pertama kali malahan pernah terjadi sebelumnya.
"Beliau sering hilang ingatan semasa memandu lalu hilang kawalan, beliau sering tidak mendengar nasihat." kata beliau.
Pemandu tersebut telah didapati berjalan dikawasan berdekatan dan kemudian telah dibawa ke Rumah Sakit Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) untuk pemeriksaan. 
Sesiatan polis akan dijalankan kemudian


out-of-control-ocig
Kereta terlajak melimpasi garaj tempat meletakkan Kenderaan Diraja, lalu melanggar salah sebuah kubur disana.

Selasa, 21 Jun 2011

KERJA-KERJA PEMECAHAN BANGKU BATU DI BANGUAN PASAR UNTUK DI JADIKAN PEJABAT U. T. T. P. I.

Pada Hari Selasa, 21 Jun 2011.  tinjauan telah dilakukan keatas projek pengubahsuaian bangunan Pasar menjadi Pejabat Unit ini.  Tinjauan tersebut bagi mempastikan kerja-kerja meroboh bangku batu sedang dilakukan.  

Dimana tempat tersebut akan dijadikan Pejabat.  Masa ini kerja-kerja memecah dan meroboh bangku batu yang ada sedang dijalankan.  Yangmana perbelanjaan bagi meroboh mencecah lebeh daripada Dua Puluh Ribu Ringgit Brunei. B$ 20,000.

Keadaan sebelum dipecahkan.  Dimana YM Awg Sulaiman bin Mohammad Pengawas Tanah-Tanah Perkuburan Islam sedang menerangkan tempat yang akan dipecah.


Yangmana disini dulunya tempat bangku batu yang sudah dipecah.

Apabila sudah diroboh maka ianya nampak luas.  Untuk dijadikan Pejabat.

Pecahan batu bangku dan dinding yang akan dibuang.

Sebahagian lagi batu-batu pecahan yang akan dibuang.

K. B. P MELAWAT T. P. I. KANDASANG BERAKAS DEKAT STADIUM NEGARA

Pada Hari Selasa, 21 Jun 2011, Yang Mulia Pengiran Alli bin Pengiran Haji Mohammad, Ketua Bahagian Bangunan dan Pemeliharaan KHEU (KBP) telah melawat ketempat tersebut.  Bersama beliau ialah Yang Mulia Haji Rosli bin Dato Paduka Haji Zakaria, Ketua Unit Tanah-Tanah Perkuburan Islam dan Yang Mulia Haji Ibrahim bin Haji Ratu, Pengelola Kanan Tanah-Tanah Perkuburan Islam.  Dalam lawatan tersebut bagi mempastikan kedudukan pagar bagi T. P. I. tersebut dengan Pusat Lateh Jabatan Biro Mencegah Rasuah (BMR).

Dari pehak Jabatan BMR telah dihadiri oleh seorang pegawai mereka ialah Yang Mulia Awang Bujang bin Haji Talib.

Pagar yang menandakan sempadan diantara TPI Kandasang dengan Pusat Latihan BMR.

Diantara kubur-kubur lama yang terdapat dalam kawasan tersebut.

Jumaat, 17 Jun 2011

RENCANGAN MENGUSAI MAKAM SULTAN HASAN DI SUNGAI BUNGA

Pada Hari Sabtu 18 Jun 2011, Pegawai Unit ini telah mengadakan lawatan kerja bersama Pegawai Projek iaitu Yang Mulia Pengiran Abd Razak bin Pengiran Haji Mashod dan Yang Mulia Awang Haji Mohd Zainin bin Haji Metarsad.  Ianya bagi membuat parit bagi mengalirkan air yang bertakong diatas Makam tersebut.  Yangmana batu nisannya sering ditengelami air apabila musim tenkujuh.

Dimana juga diperlukan bagi membuat pagar baru dan rumah perteduhan pelawat atau bagi membaca Al Quraan.

 YM Pg Abd Razak memeriksa keduduakan tempat yang akan digali parit.

Kelihatan parit yang dikali bagi melancarkan perjalanan air supaya tidak bertakong dalam kawasan Makam.

Batu nisan yang dipercayai adalah nisan Makam Sultan Hasan.

Papan tanda yang sudah lama dan dipecahkan oleh orang-orang yang tidak bertanggongjawab.

Pagar keliling bagi Makam Sultan Hasan ini juga perlu diganti baru.

Salah seorang penduduk Kampong Perpindahan Sungai Bunga yang sering membersehkan dan memotong rumput dalam kawasan TPI Sungai Bunga termasuk Makam Sultan Hasan.

Salah satu batu nisan yang terdapat di TPI Sungai Bunga yangmana jauhnya kira-kira 400 meter dari kedudukan Makam Sultan Hasan.

Beliaulah yang selalu membersehkan kawasan perkuburan ini.

Isnin, 13 Jun 2011

MESYUARAT UTTPI BERSAMA KETUA BDP

Pada Hari Isnin, 13 Jun 2011, mesyuarat bagi Pegawai-Pegawai Unit Tanah-Tanah Perkuburan Islam (UTTPI) bersama Ketua Bahagian Bangunan dan Pemeliharaan (BDP), Yang Mulia Pengiran Alli bin Pengiran Haji Mohammad, telah diadakan.

Permesyuaratan bagi membincangkan soal kerja-kerja harian yang dikendalikan dan apa jua yang bersangkutan dengan perkerjaan dan tugas.  Dimana dipengerusikan oleh Yang Mulia Katua Bahagian BDP.

Turut hadir Yang Mulia Pengiran Abd Razak bin Pengiran Haji Mashood selaku Pegawai Projek yang mengendalikan Pemeliharaan Tanah-Tanah Perkuburan Islam.

YM Pg Alli Pg Hj Mohammad mempengerusikan mesyuarat.

kelihatan dari kiri YM Hj Rosli DP Hj Zakaria, YM Hj Ibrahim Hj Ratu dan YM Hj Abd Jefri Hj Jaafar.

Dari kiri YM Awg Sulaiman Mohammad, YM Awg Muhaimin Duraman dan YM Awg Julidy Hj Samsudin.

YM Pg Noraidah Pg Salleh selaku Setiausaha bagi pencatit minit.

Disamping YM Awg Julidy ialah YM Pg Abd Razak Pg Hj Mashod selaku pegawai projek.

Khamis, 9 Jun 2011

MAJLIS PEMINDAHAN KUBUR LAMA DI TAPAK L. T. A. BRUNEI.

Pada Hari Khamis 9 Jun 2011, Jabatan Penerbangan Awam (JPA), telah mengadakan majlis pemindahan kubur lama di kawasan tapak lapangan terbang Berakas.  Ianya dikendalikan oleh Unit Tanah-Tanah Perkuburan Islam Kementerian Hal Ehwal Ugama (UTPI, KHEU) dengan bantuan Lembaga Kemajuan Ekonomi Brunei (BEDB).

Ianya dilaksanakan bagi membolehkan projek pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei.  Yangmana kubur itu milik dua orang suami isteri, yang sudah disemadikan sejak lebeh 100 tahun yang lalu.  Iaitu kubur bagi Allahyarham Awang Haji Minuddin bin Aman dan Allahyarhamah Dayang Liah binti Jamin.

Hadir sama ialah Ketua Bahagian Bangunan dan Pemeliharaan KHEU Pengiran Alli bin Pengiran Haji Mohammad, Ketua Kampong Lambak B, Awang Haji Bujang bin Ahim serta pegawai dan kakitangan ketiga-tiga jabatan dan keluarga sipemilik kubur. 

Sebelum upacara penggalian dijalan, majlis tahlil telah diadakan diatas tapak kubur tersebut dipimpin oleh Awang Muhaimin bin Duraman. 

Kemudian diikuti dengan kerja-kerja penggalian dilakukan oleh kakitangan UTPI, kemudian ketulan tanah yang dipercayai cebisan jenazah dibawah berpindah ke Tanah Perkuburan Islam Kampong Lambak, Jalan Pasir Berakas. 

Kubur bagi Allahyarham Awg Hj Minuddin b Aman. Yangmana akan digali dan dipindahkan

Kubur bagi Allahyarhamah Dyg Liah bt Jamin yang juga akan dipindahkan.

Awal majlis dimulakan dengan bacaan tahlil dan doa arwah yang dipimpin oleh YM Awg Muhaimin Duraman Pmk. Pengawas. Turut hadir ahli waris atau keluarga simati.

Sebahagian lagi yang hadir termasuk pegawai dari JPA dan BEDB.

Sebahagian lagi yang hadir dan kelihatan YM Hj Rosli DP Hj Zakaria (sebelah kiri) sembil mengikuti bacaan Tahlil.

Sebahagian lagi yang turut hadir kelihatan berkaca mata & berbaju puteh Ketua Bgn Bangunan dan Pemeliharaan YM Pg Alli Pg Hj Mohammad.

Kelihatan kakitangan UTTPI dibelakang sekali berbaju hitam Hj Hazaman Hj Zulkiffly (Penolong Pengelola) dan YM Awg.Sulaiman Mohammad (Pengawas)

Sebelum kerja-kerja penggalian dijalankan tambak batu / bakut diketepikan terlebeh dahulu.

Pemulaan penggalian diusahakan oleh seorang warga emas dari kalangan waris simati.

Kerja-kerja penggalian diteruskan oleh kakitangan UTTPI, KHEU.

Kelihatan berbatu puteh YM Hj Bujang Ahim (Ketua Kampong Berakas B)

Kerja-kerja penggalian dilakukan serentak dikedua-dua kubur oleh kakitangan UTTPI, KHEU.

Penggalian diperhati oleh YM Awg Julaidy Hj Samsudin (Penolong Pengelola).

Mengkapan semula cebisan tanah yang dianggap jasad dijalankan oleh YM Awg Muhaimin Duraman (Pmk.Pengawas).

Sebahagian perkerja BEDB sambil menanti kerja-kerja penggalian selesai.

Mempastikan ketulan tanah adalah cebisan jasad menusia.

Mengenal pasti cebisan tanah dan kedudukan dalam apabila mengkebumikan jenazah dahulu.

Cebisan tanah yang dipercayai jasad menusia dikapankan balik bagi dikebumikan semula ditempat lain.

Nampak yang sudah siap dikapan balik itu ialah cebisan jasad Allahyarhamah Dyg Liah Jamin. Manakala yang baru itu ialah Allahyarham Hj Minuddin Aman.

Memasukkan balik kedalam tanah di TPI Kampong Lambak, Jalan Pasir Berakas.

Apabila siap dikebumikan balik semua kelangkapan diatas seperti batu nisan atau bakut dipasang balik.  Manakala batu nisan ditambah dengan yang baru.