BANGUNAN PEJABAT UNIT

BANGUNAN PEJABAT UNIT
BANGUNAN PEJABAT UNIT TANAH-TANAH PERKUBURAN ISLAM, JALAN RESIDENCY, BANDAR SERI BEGAWAN, BRUNEI DARUSSALAM.

Khamis, 15 September 2011

T. P. I ANJIAT RANDAH DAN T. P. I HANIBONG BERAPI KAMPONG LUGU

Pada Hari Rabu14 September 2011, lawatan kedua buah Tanah Perkuburan Islam di Kampong Lugu telah dijalankan.  Mula-mula dilawat ialah Tanah Perkuburan Islam Anjiat Randah dimana diperlukan bagi dibina jalan dan pagar keliling.  Hadir sama ialah Yang Mulia Ketua Kampong Lugu dan dua orang penduduk kampong.


Tanah Perkuburan Islam Anjiat Randah

Batu nisan kubur Allahyarham Awang Randah.  Yangmana namanya diabadikan sebagai nama TPI ini iaitu Anjiat Randah.

Jalan menuju Ke TPI Anjiat Randah melalui tanah perseorangan dan perlu dibuat dan ditembok.

Simpang yang sudah dibuat oleh projek membuat jalan dan longkang.

Pondok kubur yang sudah lama dan perlu dibuat baru


Bangku tempat duduk perlu dibuat baru dan lantai tanah perlu dibuat lantai simen.

 Keadaan diperlukan dengan yang baru

 Salah seorang penduduk kampong menerangkan kedudukan tanah perkuburan ini.

Sempadan kubur betul-betul ditebing sebuah anak sungai.


Pagar keliling juga perlu dipasang baru.

Tanah Perkuburan Islam Hanibong Berapi.

Kubur ini baru saja dibuat lebel nama dan tangga batu.  Dikawasan ini dicadangkan untuk dibuat tempat letak kereta.

 Tangga batu untuk naik keatas Tanah Perkuburan ini.

Parit batu telah dibuat oleh pehak JKR bagi membina jalan yang lebeh luas.


Keadaan kawasan sempit dan bukit yang cuaram menyukarkan bagi mengkebumikan jenazah dimasa hadapan

Selasa, 13 September 2011

T, P, I NURI KG SUBOK MEMPUNYANI PONDOK DAN LETAK KERETA,

Pada Hari Selasa 13 September 2011, satu projek membina pondok penaruhan jenazah dan stor serta letak kereta telah diserahkan kepada unit ini.  Yangmana projek berjalan selama 4 bulan.  

Lebel nama kubur juga tidak ketinggal dibuat dengan yang baru.

Pondok rehat yang juga sudah siap dibina.

 Dalam pondok juga disediakan bilik stor bagi menyimpan barang-barang keperluan kubur.

 Keadaan didalam stor yang baru dibina.

 Letak kereta juga disediakan boleh menampong kira-kira 10 buah kereta. Kelihatan berdiri YM Awg Julaidy Hj Samsudin dan YM Hj Ibrahim Hj Ratu.

Bangku tempat duduk juga disediakan, dimana kelihatan YM Hj Mohd Zainin Hj Metarsad dan YM Awg Julidy Hj Samsudin.

 Mereka memeriksa longkang yang dipasang grill bagi laluan menuju ke perkuburan. Kelihatan YM Pg Hj Ardey, YM Hj Mohd Zainin, YM Pg Abd Razak Pg Hj Apong dan YM Awg Bambang.

 Memeriksa keadaan longkang dan paip air dari kiri YM Awg Bambang, YM Awg Julidy dan YM Pg Abd Razak.

 YM Awg Julidy Hj Samsudin (Penolong Pengelola) dan YM Pg Hj Md Ardey Pg Hj Mursidi (Pengawas)

YM Awg Bambang (Pengurus Syarikat) yang mengendalikan kerja bersama YM Awg Julidy Hj Samsudin 

Sabtu, 10 September 2011

TANAH PERKUBURAN ISLAM BUKIT DAPA KG KIUDANG TUTONG DIJADIKAN KUBUR BERSYSTEM

Hari Sabtu, 10 September 2011, Projek membuat sebuah kubur bersystem telah dimulakan bagi Daerah Tutong, dimana penyerahan kerja-kerja menembok tanah, serta membina kemudahan asas tanah perkuburan islam bagi Mukim Kiudang.  Tanah Perkuburan Islam Bukit Dapa Kampong Kiudang dikhaskan untuk mengkebumikan jenazah orang-orang islam dari kawasan Mukim Kiudang dan sekitarnya.  Keluasan Tanah Perkuburan tersebut ialah kira-kira 5 ekar.  Kerja-kerja tanah dan pembinaan dikendalikan oleh Syarikat Seri Padat.

Turut berada dilokasi ialah Penghulu Mukim Kiudang Yang Mulia Haji Abd Rahim bin Abdullah Yakin, Ketua Kampong Kiudang, Yang Mulia Haji Mohd Saiful bin Abdullah Anja, 

Ketua Unit Tanah-Tanah Perkuburan Islam Yang Mulia Haji Rosli bin Dato Paduka Haji Zakaria, Ketua Unit Projek Yang Mulia Pengiran Abd Razak bin Pengiran Haji Apong, Yang Mulia Haji Ibrahim bin Haji Ratu (Pengelola Kanan Tanah-Tanah Perkuburan Islam), Yang Mulia Haji Mohd Zainin bin Haji Metarsad (Pengawas Tingkat I), 

Yang Mulia Awang Mohd Harun bin Awang Adi (Penolong Pengelola TTPI), Yang Mulia Awang Rafea bin Haji Abdullah (Pengawas TTPI), 

Dari Syaikat Seri Padat yang mengendalikan projek ialah Yang Mulia Awang Tiong Chong Ping dan Yang Mulia Awang Patrick Wong.

Turut serta ialah tiga orang pelajar Maktab Teknik Sultan Saiful Rijal yang menjalankan Penempatan Kerja iaitu Yang Mulia Dayang Nur Hamalina binti Haji Hamidon, Yang Mulia Dayang Nurhanisah binti Enddi dan Yang Mulia Dayang Siti Nur Afifah Izzdullah binti Haji Umar.




Papan tanda projek sedang dijalankan dalam tempoh 4 bulan sehingga 9 Januari 2012,












Keadaan bukit yang telah dituntuh dan kawasan rendah yang sedang ditembok.  Untuk menjadikan sama tinggi.


Kerja-kerja meruntuh bukit dengan mengunakan jentolak.


YM Hj Rosli mendengar penerangan daripada pehak Syarikat yang menjalankan projek.

Salah seorang pegawai syarikat tersebut menerangkan kedudukan projek kepada YM Hj Rosli dan semua pegawai yang hadir.

Sebahagian yang hadir dari kiri YM Awg Md Rafea, YM Hj Mohd Saiful (Ketua Kampong), YM Hj Rosli dan YM Pg Abd Razak (Membelakangi kemera).

 Tiga orang penuntut yang menjalankan latihan kerja juga turut hadir menyaksikan penyerahan projek.

 Jalan menuju ke Tanah Perkuburan Kaum Dusun dan Cina.  Yangmana melintasi Tanah Perkuburan Islam Bukit Dapa.

 Keadaan longkang tanah yang berada disempadan antara kubur dan jalanraya,

 Sempadan diantara Tanah Kubur dengan SL (tanah kerajaan)

Khamis, 8 September 2011

T. P. I. ALANGAN BESAR TELAH DITEMUI BARANG GANJIL

Pada Hari Khamis, 8 September 2011, seorang buruh yang bertugas bagi membersihkan Tanah Perkuburan tersebut telah menemui satu barang ganjil didalam kawasan yang dibersihkannya.  Awang Mohammad bin Haji Dollah telah menemuai satu bungkusan yang berbentuk seperti mayat dikapan dengan kain puteh. Namun ianya bersaiz kecil.

Beliau telah menghubungi pehak Pentadbiran Unit ini, dan beberapa orang pegawai telah bergegas kesana berserta dengan dua orang pegawai dari Unit Kawalan Akidah.  Apabila dibuka oleh Pegawai Kawalan Akidah mendapati satu botol kecil yang berisi air atau minyak.  Mereka mempercayai ianya adalah barang kurafat bagi mengenakan orang supaya mengidap sakit.

Keadaan barang yang telah dijumpai yang dipercayai ditanam dan terkeluar disebabkan hakisan air hujan.

Kedudukan tempat barang tersebut dijumpai.

KERJA-KERJA PEMBAIKAN KAWASAN MAKAM SULTAN HASAN.

Hari Rabu 7 September 2011satu lawatan ke Makam Sultan Hasan Kampong Sungai Bunga telah diadakan. Lawatan tersebut bertujuan bagi pembinaan dan pengubahsuaian kawasan tersebut. Ianya diketuai oleh Yang Mulia Haji Ibrahim bin Haji Ratu, Pengelola Kanan Tanah-Tanah Perkuburan Islam, bersama Pegawai dan Kakitangan Unit Tanah-Tanah Perkuburan Islam, Ketua Unit Pemeliharaan Yang Mulia Pengiran Abd Razak bin Pengiran Mashod dan Yang Mulia Haji Mohd Zainin bin Haji Matarsat serta beberapa orang penuntut Maktab Teknik Sultan Saiful Rijal yang menjalankan penempatan kerja dan wakil syarikat yang akan membuat kerja-kerja tersebut.

 YM Pg Abd Razak Pg Hj Apong menunjukkan keduduak yang akan dibina pagar.

 Dari kiri YM Hj Mohd Zainin dan wakil syarikat yang akan menjalankan kerja-kerja pembinaan tersebut. Yangmana akan siap dilaksanakan selama 1 bulan.

Tiga orang penuntut MTSSR yang menjalankan penempatan kerja juga turut melawat ketempat tersebut.

Kelihatan Pengawai UTTPI yang turut serta YM Pg Hj Mohd Ardey, YM Hj Mohd Salleh dan YM Hj Abdul Jufri.

Batu nisan yang dipercayai tanda Makam Sultan Hasan.

Kedudukan parit yang akan dibuat bagi mengalirkan air jika musim hujan.