BANGUNAN PEJABAT UNIT

BANGUNAN PEJABAT UNIT
BANGUNAN PEJABAT UNIT TANAH-TANAH PERKUBURAN ISLAM, JALAN RESIDENCY, BANDAR SERI BEGAWAN, BRUNEI DARUSSALAM.

Ahad, 23 September 2012

K. M SARAWAK DAN WAKIL RAKYAT SARAWAK TELAH MELAWAT KE MAKAM DIRAJA.

Pada Hari Ahad, 23 September, Ketua Menteri Sarawak, Yang Amat Berhormat Tan Seri Mohammad Taib bin Mahmud bersama Yang Berhormat Awang Tengah bin Ali Hassan, wakil Rakyat dari Lawas telah mengadakan lawatan ke Kubah Makam Diraja, bagi menzarahi Makam Al Marhum Sultan Haji  Omar Ali Saifuddin ibni Al Marhum Sultan Muhammad Jamalul Alam dan Al Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit binti Al Marhum Pengiran Bandahara Pengiran Anak Haji Abdul Rahman.

Lawatan dilakukan beliau berdua ke Negara Brunei Darussalam sempena Majlis Perkahwinan Diraja diantara Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Beginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah dengan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Haji Muhammad Ruzaini bin Pengiran Dr. Haji Mohd Yakup.

Menyambut kedatangan tetamu luar negara itu Yang Mulia Pengiran Alli bin Pengiran Haji Mohammad, Ketua Bahagian Bangunan dan Pemeliharaan, KHEU serta pegawai-pegawai di Unit ini.

Bacaan tahlil dan doa arwah dibacakan oleh Yang Dimuliakan Pehin Khatib Awang Haji Matassim bin Haji Metussin.  Turut hadir Yang Mulia Mudim Haji Abdul Latif bin Haji Saman.

Kelihatan YAB Tan Seri Taib bin Mahmud Ketua Menteri Sarawak, berbaju batik dikiri beliau YB Awg Tengah bin Ali Hassan wakil rakyat Kawasan Lawas.

Sebahagian daripada para jemputan yang hadir.

Kakitangan UTTPI dari kiri YM Awg Hamri Mantin, YM Awg Kafli Abd Ali, YM Awg Mirassan Hj Tasat, YM Awg Mail Tahir, YM Awg Sophan Hj Hussin, YM Pg Hj Md Ardey Pg Hj Mursidi, YM Hj Abd Jufri Hj Jaafar dan YM Hj Hazaman Hj Zulkiffly.

Dari kiri YM Awg Sulaiman Mohammad dan YM Pg Sahridin Pg Hj Punggut.

YAB  Ketua Menteri Sarawak dipersilakan untuk menyiram air asah-asahan kemakam
Almarhum Sultan Hj Omqr Ali Saifuddin dan Almarhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit.

YAB sedang menyiram diatas makam Almarhum Sultan Hj Omar Ali Saifuddin III

YB Awg Tengah Ali Hasan menyiram di Makam Sultan Hj Omar Ali Saifuddin III.

YAB menyiram Makam Almarhumah Raja Isteri Pg Anak Damit.

YB menyiram atas Makam Almarhumah Raja Isteri Pg Anak Damit sambil diperhati oleh YAB. 

YAB menanadatangani buku pelawat sambil diperhati oleh YM Pg Alli Pg Hj Mohammad Ketua Bahagian Bangunan dan Pemeliharaan KHEU.

 YB Awg Tengah menandatangani buku lawatan juga diperhati oleh YM Pg Alli Pg Mohammad.

Rabu, 19 September 2012

JABATAN PUSAT SEJARAH BRUNEI DAN JABATAN MUZIUM-MUZIUM TELAH MEMULANGKAN BATU NISAN YANG DI AMBIL UNTUK DIKAJI SELIDIK.

Pada Hari Rabu, 19 September 2012, Pegawai-Pegawai dari Jabatan Pusat Sejarah dan Jabatan Muzium-Muzium, Brunei Darussalam telah memulangkan dan menanam semula satu batu nisan di Tanah Perkuburan Islam Dagang, Jalan Residency, Bandar Seri Begawan.

Setelah dibaca oleh pegawai dari Unit Takapan, Jabatan Pusat Sejarah, Yang Mulia Ustaz Haji Abdul Kadir bin Mohammad (Penyelidik dan Penterjemah Khusus Bahasa Arab) pada 15 Februari 1999.

Dibatu nisan tersebut tercatat nama dan ayat dalam Bahasa Arab "Al Marhum As Syed Al Sultan Al Alam Al Adalal Muidul Muzaffar Yasma' Maharaja Brunei Tarmadah Allah Barrahmah Wal Raduan Wassalallah Alah Muhammad Wa Ala Ajamain.".  Seperti dalam gambar pertama.

Batu nisan ini baru dibawa balik ke TPI Dagang untuk dipasang balik kekedudukan asal, yangmana setelah diselidiki milik salah seoran Sultan yang bergelar "Maharaja Brunei".

YM Ustaz Hj Abdul Kadir Mohammad membaca apa yang tertulis diatas batu nisan tersebut.

Perkerja Jabatan Muzium-Muzium mengali lobang dimana tempat asal batu nisan itu dan akan ditanam semula disana.

Ustaz Hj Abdul Kadir menunjukan nama Sultan yang tercatat diatas permukaan batu nisan tersebut.

Sebahagian daripada Pegawai dari Jabatan Pusat Sejarah. Kelihatan disebelah kanak YM Hj Motalip Hj Momin.

Kelihatan pegawai dari UTTPI YM Pg Hj Md Ardey Pg Hj Mursidi dan YM Awg Julidy Hj Samsudin manakala berbaju putih Pegawai dari Jabatan Pusat Sejarah Brunei.

Batu Nisan sudah dipasang semula dikedudukan asal.

Pegawai-pegawai mengambil tempat untuk duduk bagi sama-sama membaca tahlil dan doa arwah.

Berbaju puteh YM Ustaz Hj Abdul Kadir Mohammad membacakan doa tahlil.

YM Awg Julidy Hj Samsudin dan YM Pg Hj Md Ardey Pg Hj Mursidi mengaminkan doa arwah yang dibaca oleh Ustaz Hj Abdul Kadir Mohammad.

YM Pg Hj Md Ardey Pg Hj Morsidi diberi peluang menyiram batu nisan dengan air asah-asahan.

Diikuti oleh YM Awg Julidy Hj Samsudin bagi menyiram dengan air asah-asahan.

Begambar ramai setelah selesai majlis.

Gambar beramai sebelum bersurai.

Selasa, 18 September 2012

LAWATAN KE T. P. I. KALANG'URU, KAMPONG TANJUNG NANGKA, MUKIM SENGKURONG.

Pada Hari Selasa, 18 September 2012, lawatan telah dibuat di Tanah Perkuburan Islam Kalang'uru,  Kampong Tanjung Nangka, Mukim Sengkurong.  Lawatan dibuat kerana menerima aduan yang diterima oleh Ketua Bahagian Bangunan dan Pemeliharaan Yang Mulia Pengiran Alli bin Pengiran Mohamad. Aduan diterima dari penduduk Kampong Tanjung Nangka melalui Yang Mulia Haji Kahar bin Hussin, Pengarah Hal Ehwal Masjid, KHEU.

Yangmana terdapat kononnya kerja-kerja pembinaan bangunan di Lot tanah persendirian yang bersempadan dengan tanah perkuburan tersebut.  Dalam pada itu kawasan Tanah Perkuburan Islam Kalag'uru juga nampak berseh setelah ditebang rumpun buluh (bambu).  Dalam pada itu boleh jadi mereka menyangka kawasan tanah perkuburan telah dimasuki dan diceroboh.

Sama-sama hadir dalam lawatan itu ialah Ketua Kampong Tanjung Nangka, Yang Mulia Awang Lamat bin Nawang.  Manakala dari Unit Tanah-Tanah Perkuburan Islam ialah Yang Mulia Haji Ibrahim bin Haji Ratu, Pengelola Kanan Tanah-Tanah Perkuburan Islam.  Yang Mulia Haji Mohd Salleh bin Haji Besar, Pengelola Tanah-Tanah Perkuburan Islam. Yang Mulia Awang Julidy bin Haji Samsudin, Yang Mulia Haji Abdul Jufri bin Haji Jaafar dan Yang Mulia Haji Hazaman bin Haji Zulkiffly, Penolong-Penolong Pengelola Tanah-Tanah Perkuburan Islam.  Yang Mulia Awang Sulaiman bin Mohammad dan Yang Mulia Pengiran Haji Mohd Ardey bin Pengiran Haji Mursidi, Pengawas-Pengawas Tanah-Tanah Perkuburan Islam.

Ketua Kampong menerangkan tidak ada pencerobohan berlaku, kerana kebetulan kawasan perkuburan telah dibersehkan dengan bantuan seorang ahli perniagaan iaitu Yang Mulia Haji Zainal bin Safar, Pengurus Restoran dan Katering Soto Rindu.  

Pada masa ini sudah nampak berseh dan telah ditanda supaya akan datang orang-orang tidak lagi menanam jenazah sesuka hari.  Hasrat mereka untuk membuat perkuburan tersebut supaya bersystem.

YM Awg Lamat Hj Nawang (Ketua Kampong) menerangkan kedudukan projek disamping YM Hj Md Salleh Hj Besar (PTTPI)

Kawasan luar sempadan TPI Kalang'uru sedang diratakan oleh pemaju perumahan, dan dalam kawasan kubur juga diratakan oleh pehak lain.  Maka orang kampong menyangka diceroboh oleh pehak pemaju.

Kubur lama yang nampak sudah tersusun, makanya orang kampong terutamanya Pengusaha Restoran Soto Rindu berhasrat menjadikan kawasan kubur ini dibuat secara bersystem.

YM Awg Lamat Hj Nawang (Ketua Kampong Tanjung Nangka) menerangkan cadangan mereka untuk membina kemudahan asas kepada YM Hj Ibrahim Hj Ratu (PKTTPI)

YM Awg Julidy Hj Samsudin dan YM Awg Sulaiman Mohammad memerhati sekeliling.

YM Hj Hazaman Hj Zulkiffly, YM Awg Julidy Hj Samsudin, YM Pg Hj Ardey Pg Hj Mursidi dan YM Awg Sulaiman Mohammad.

YM Hj Lamat Hj Nawang, menerangkan sesuatu kepada pegawai dari UTTPI.

Isnin, 17 September 2012

KETUA BAHAGIAN BANGUNAN DAN PEMELIHARAAN TELAH MELAWAT T. P. I. DAGANG.

Pada Hari Isnin 17 September 2012, Yang Mulia Pengiran Alli bin Pengiran Haji Mohamad, Ketua Bahagian Bangunan dan Pemeliharaan Kementerian Hal Ehwal Ugama, telah melawat Tanah Perkuburan Islam Dagang, Jalan Residency, Bandar Seri Begawan.  

Yangmana kubur tersebut telah mendapat liputan akhbar tentang pencerobohan orang-orang yang tidak diingini. Mereka makan dan minum ditempat tersebut dan membuang bekas-bekas pembungkus dan cawan kertas dimerta tempat dalam kawasan tanah perkuburan. 

Mereka nampak tidak menghormati kesucian tempat tersebut.  Ianya adalah disebabkan bersempadan dengan tempat menjual makanan harian iaitu "Tamu Kianggeh."  Sedangkan orang yang menceroboh tersebut sama-sama berugama Islam yang datang dari Negara Indonesia.

Perkara ini adalah disebabkan kerosakan pada pagar keliling tanah perkuburan tersebut.  Perkara ini sudah seringkali dilapurkan kepada pehak yang berkenaan.

YM Pg Alli Pg Mohamad terpegun melihat pemendangan Bandar Seri Begawan dari atas bukit TPI Dagang tersebut.  Maka dari itu pendatang cuba menjadikan tempat tersebut menjadi tempat makan.

YM Awg Sulaiman Mohammad (Pengawas) dan YM Hj Hazaman Hj Zulkiffly (Penolong Pengelola).

YM Pg Hj Md Ardey Pg Hj Mursidi (Pengawas) dan YM Awg Hairul Hj Ahmad (Buruh).

YM Awg Hairul Hj Ahmad menerangkan sesuatu kepada Ketua Bahagian Bangunan dan Pemeliharaan.

YM Pg Alli Pg Mohamad pendengar penerangan daripada buruh tersebut.

Bangunan Surau dibina oleh pehak Lembaga Bandaran BSB. Bagi memudahkan orang ramai untuk menghormati waktu apabila masuk waktu solat.  Namun tempat tersebut tidak digunakan lagi malahan tempat tersebut digunakan oleh orang yang tidak bertanggongjawab.

Pondok kubur ini pun juga tidak digunakan lagi.

PERJUMPAAN DENGAN BURUH YANG BERTUGAS BAGI MEMBERSEH T. P. I. KIARONG, PULAIE DAN MAKAM LUBA.

Pada Hari Isnin, 17 September 2012, satu perjumpaan dengan buruh yang akan ditugaskan sementara bagi memberseh di Tanah Perkuburan Islam Kiarong (Jame Asr'), Tanah Perkuburan Islam Pulaie dan Tanah Perkuburan Islam Kubah Makam Diluba.  Kerana pada masa ini belum selesai penyerahan secara kontrak berpenggal (term contract).  Perjumpaan diadakan di Bilik Mesyuarat Unit Tanah-Tanah Perkuburan Islam, Jalan Residency, Bandar Seri Begawan.

Perjumpaan dipengerusikan oleh Yang Mulia Haji Ibrahim bin Haji Ratu, Pengelola Kanan Tanah-Tanah Perkuburan Islam.  Turut hadir Penolong-Penolong Pengelola Tanah-Tanah Perkuburan Islam iaitu Yang Mulia Awang Julidy bin Haji Samsudin, Yang Mulia Haji Abdul Jufri bin Haji Jaafar dan Yang Mulia Haji Hazaman bin Haji Zulkiffly.  Manakala Pengawas Tanah-Tanah Perkuburan Islam ialah Yang Mulia Pengiran Haji Mohd Ardey bin Pengiran Haji Mursidi.

Buruh-buruh yang Hadir:

1.  Yang Mulia Awang Mail bin Tahir.
2.  Yang Mulia Awang Zulkifli bin Haji Ramli.
3.  Yang Mulia Awang Jinin bin Yusof.
4.  Yang Mulia Awang Shamira bin Haji Ongsng.
5.  Yang Mulia Awang Zaifridin bin Haji Jimbol.
6.  Yang Mulia Awang Idrus bin Metassan. dan
7.  Yang Mulia Awang Hassim bin Haji Jumaat.

Dari kiri YM Hj Ibrahim Hj Ratu dan YM Awg Julidy Hj Samsudin.

Dari kiri YM Hj Hazaman Hj Zulkiffly dan YM Hj Abdul Jufri Hj Jaafar.

Buruh-buruh yang hadir YM Awg Mail Tahir, YM Awg Zulkifli Hj Ramli dan YM Awg Jinin Yusof.

Dari kiri YM Awg Shamira Hj Ongsang, YM Awg Zaifridin Hj Jimbol dan YM Awg Idrus Metassan.

YM Awg Idrus Metassan, YM Awg Mail Tahir dan YM Awg Zulkifli Hj Ramli.

YM Awg Julidy Hj Samsudin dan YM Pg Hj Md Ardey Pg Hj Mursidi.

Rabu, 12 September 2012

KAYU MATI TELAH REBAH DI T. P. I. PANTARAN KAMPONG KIARONG.

Pada Hari Selasa 11 September 2012, kerja-kerja memotong kayu yang telah rebah ditiup angin kencang telah diadakan di Tanah Perkuburan Islam Pantaran, Kampong Kiarong, Mukim Gadong.  Kerja-kerja diketuai oleh Pengelola Kanan Tanah-Tanah Perkuburan Islam Yang Mulia Awang Haji Ibrahim bin Haji Ratu berserta Pengelola Tanah-Tanah Perkuburan Islam Yang Mulia Awang Haji Mohd Salleh bin Haji Awang Besar, Penolong-Penolong Pengelola Tanah-Tanah Perkuburan Islam Yang Mulia Awang Julidy bin Haji Samsudin, Yang Mulia Awang Haji Abdul Jufri bin Haji Jaafar dan Yang Mulia Awang Haji Hazaman bin Haji Zulkiffly.   Pengawas-Pengawas Tanah-Tanah Perkuburan Islam Yang Mulia Awang Sulaiman bin Mohammad dan Yang Mulia Pegiran Haji Mohd Ardey bin Haji Morsidi.

Kayu-kayu tersebut telah diusahakan oleh beberapa orang buruh di Unit ini.

Lebal nama kubur TANAH PERKUBURAN ISLAM PANTARAN KAMPONG KIARONG kelihatan berseberangan dengan Sekolah Rendah Kiarong.

Jalan Datu Retna adalah perantaraan diantara Sekolah Rendah Datu Retna Kampong Kiarong dengan TPI Pantaran Kampong Kiarong ini.

Kerja-kerja memotong dan membuang kayu yang sudah rebah.

YM Awg Othman Danis sedang mengangkat dahan kayu tersebut.

YM Awg Ahad Hamdan sedang memotong kayu.

YM Awg Ahad Hamdan sedang memerhati untuk membuat kerja.

YM Pg Kamal Ariffin Pg Hj Mahmud sedang memotong kayu.