BANGUNAN PEJABAT UNIT

BANGUNAN PEJABAT UNIT
BANGUNAN PEJABAT UNIT TANAH-TANAH PERKUBURAN ISLAM, JALAN RESIDENCY, BANDAR SERI BEGAWAN, BRUNEI DARUSSALAM.

Rabu, 25 Julai 2012

TANAH PERKUBURAN ISLAM LIAU BASAR, KAMPONG KATI MAHAR TELAH DIBINA DINDING PENGHADANG TANAH SUSUR

Pada Hari Rabu 5 Ramadan 1433 / 25 Julai 2012, kerja-kerja membina penghadang tanah (retining wall) telah dibuat keatas Tanah Perkuburan Islam Liau Basar, Kampong Kati Mahar.  Ianya dibina kerana ada bekas kesan tanah susur ketika hujan lebat.  

Lawatan telah dibuat bagi melihat projek yang sedang berjalan dalam pembinaan bersama pengendali Projek Yang Mulia Awang Ahmad Sanusi bin Haji Mohd Salleh, Jurutera.  Dari Unit Tanah-Tanah Perkuburan Islam ialah Yang Mulia Awg Haji Ibrahim bin Haji Ratu, Pengelola Kanan Tanah-Tanah Perkuburan Islam, Yang Mulia Awang Haji Mohd Salleh bin Haji Besar, Pemangku Penolong Pegawai Kerja Tingkat I, Yang Mulia Awang Haji Abdul Jufri bin Haji Jaafar, Penolong Pengelola Tanah-Tanah Perkuburan Islam dan Yang Mulia Awang Sulaiman bin Mohammad, Pengawas Tanah-Tanah Perkuburan Islam.

Papan tanda pada nama kubur memang sudah lama dibekalkan.

Begitu juga dengan pondok rehat ini sudah lama dibina.

 Stor bagi menyimpan barang juga disediakan.

 Keadaan bangunan dan lantai konkret.

Diatas retining wall dibina tangga laluan dengan peminggang (sigapan) bagi mencantikkan keadaan.

Projek membina retining wall dan dibuat tempat laluan diatasnya dan dibuatkan longkang kecil bagi memudahkan air mengalir turun.

 Laluan pejalan kaki dibina diatas retaining wall.

Tempat pejalan kaki ini betul-betul diatas retaining wall bagi menghadang hakisan tanah jika hujan turun dengan lebatnya.

 Tanga laluan dibina betul-betul diatas retaining wall.

 Berhampiran dengan kubur lama diatas bukit.

 Luas dan mudah bagi mengangkat jenazah jika perlu.

Kelihatan kubur disini tersusun dengan eloknya.

Selasa, 24 Julai 2012

KEMENTERIAN HAL EHWAL UGAMA MENGADAKAN MAJLIS BERTAHLIL DI KUBAH MAKAM DIRAJA

Pada Hari Selasa, 4 Ramadan 1433 / 24 Julai 2012, Menteri Hal Ehwal Ugama berserta Pegawai dan Kakitangan Kementeriannya serta Jabatan-Jabatan dibawahnya telah mengadakan Majlis Membaca Yasin, Tahlil dan Doa Arwah di Bangunan Kubah Makam Diraja, Jalan Tutong.

Ianya diadakan bagi Al Marhum Sultan Haji Omar Ali Saifuddin III ibni Al Marhum Sultan Muhammad Jamalul Alam dan Al Marhumah Raja Isteri Pengiran Anak Damit binti Al Marhum Pengiran Bendahara Pengiran Anak Abd Rahman.

Hadir Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Dr. Ustaz Haji Muhammad bin Pengiran Haji Abd Rahman, Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Pengiran Dato Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar, Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Setiausaha-Setiausaha Tetap iaitu Yang Mulia Dato Paduka Haji Sabali bin Haji Abas, Yang Mulia Ustaz Haji Abd Aziz bin Orang Kaya Maharaja Lela Haji Mohd Yusof dan Timbalan Setiausaha Tetap Yang Mulia Ustaz Haji Harun bin Haji Junid serta Pengarah-Pengarah, Pegawai-Pegawai Kanan dan Kakitangan Kementerian Hal Ehwal Ugama dan Jabatan-Jabatan dibawahnya.

Kelihatan YB Menteri Pg DSP Dr Hj Mohammad Pg Hj Abd Rahman dan YM Timbalan Menteri Pg Hj Bahrom Pg Hj Bahar sedang membaca Surah Yasin dipimpin oleh YM Pehin Khatib Hj Metassim.

Kelihatan pegawai-pegawai yang hadir dimajlis tersebut.

 Sebahagian lagi yang hadir kakitangan dari Bahagian Bangunan dan Pemeliharaan Kementerian Hal Ehwal Ugama.

 Juga dari Bahagian Bangunan dan Pemeliharaan Kementerian Hal Ehwal Ugama.

 Sedang husuk membaca tahlil

Jumaat, 20 Julai 2012

PENGKEBUMIAN JENAZAH TENTERA YANG TERLIBAT KEMALANGAN HELIKOPTER

Pada Hari Sabtu 1 Ramadan 1433 / 21 Julai 2012, pengkebumian jenazah salah seorang tentera yang terlibat dari kemalangan Helikopter Angkatan Tentera Udara Diraja Brunei.  Kejadian pada pagi Jumaat kelamarin telah mengejutkan negara, apabila sebuah Helikopter ATUDB jenis Bell 212 telah terjatuh jauh didalam Hutan tebal di Kampong Teraja Mukim Labi, Daerah Belait.

Dimana seramai 14 orang tentera telah terlibat yangmana 10 orang daripadanya telah meninggal dunia, dua orang tercedera dan dirawat di Rumah Sakit Raja Isteri Pengiran Anak Saleha, manakala dua orang lagi telah hilang dan belum dijumpai.  Pada masa ini kerja-kerja mencari mangsa masih diteruskan.

Jenazah yang dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kiarong ialah jenazah Allahyarham Lt. Pengiran Arif Iskandar bin Pengiran Haji Shabuddin.

Pengalian lubang kubur pada asalnya dikendalikan oleh Angota tentera dari Tentera Darat Diraja Brunei. Namun setelah mereka mempunyai kekurangan pengelaman, kerja-kerja tersebut diteruskan oleh tiga orang buruh di Unit Tanah-Tanah Perkuburan Islam yang berpengelaman.

Buruh-Buruh tersebut ialah 1. Yang Mulia Pengiran Metali bin Pengiran Buntar, 2. Yang Mulia Awang Mail bin Tahir dan 3. Yang Mulia Awang Jinin bin Md Yusof.

 Kedatangan jenazah ke Tanah Perkuburan Islam Kiarong (dekat Jame Asr').

 Pada asalnya kakitangan tentera darat cuba membuat kerja-kerja mengali lubang kubur.

 Oleh sebab kurang kecekapan angota tentera, maka kerja-kerja dikendalikan oleh tenaga buruh dari Unit Tanah-Tanah Perkuburan Islam.

 Kerja-kerja pengalian dilakukan oleh YM Pg Metali Pg Buntar serta 2 orang rakan sekerja.

 Kerja-kerja membuat liang dilakukan oleh YM Awg Mail Tahir.

Kedalaman lubang kubur melimpasai dada atau bahu seorang dewasa.

Sabtu, 14 Julai 2012

KAYU REBAH DITANAH PERKUBURAN ISLAM LAMBAK

Pehak Unit ini telah menerima gambar-gambar pokok kayu rebah ditiup angin kecang di Tanah Perkuburan Islam Lambak.  Ianya dikirim oleh Yang Mulia Pengiran Haji Idros bin Pengiran Haji Mahmud, Ketua Kampong Manggis, selaku ahli waris.  Gambar-gambar itu dikirim melalui WhatsApp.

Dalam pada itu pehak Unit Tanah-Tanah Perkuburan Islam merakamkan Terima Kaseh atas keperhatinanan ahli keluarga dan waris yang telah menyumbangkan tenaga dalam kerja-kerja yang berkebajikan ini.

Salah satu pohon yang telah rebah.

Salah satu lagi kayu yang hendah rebah.

Kelihatan kayu rebah dengan tercabut akarnya.

Rebahan kayu mengenai dengan tambak kubur yang boleh mengakibatkan tambak-tambak menjadi pecah.

Ahli waris turut serta dalam kerja-kerja pembersehan tersebut.

Kayu-kayu yang hendak dibuang telah dihimpun.

Lebal nama Kubur dan adap kubur juga sudah nampak lama dan perlu diganti baru