BANGUNAN PEJABAT UNIT

BANGUNAN PEJABAT UNIT
BANGUNAN PEJABAT UNIT TANAH-TANAH PERKUBURAN ISLAM, JALAN RESIDENCY, BANDAR SERI BEGAWAN, BRUNEI DARUSSALAM.

Isnin, 20 Februari 2012

PERKUBURAN DIBAWAH KUBAH MAKAM DIRAJA TELAH DILAWAT TIMBALAN MENTERI HAL EHWAL UGAMA.

Pada Hari Isnin 20 Februari 2012, Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama Yang Mulia Pengiran Haji Bahrum bin Pengiran Haji Bahar telah berangkat melawat Makam-Makam Sultan yang diluar bangunan Kubah Makam Diraja Jalan Tutong.

Keberangkatan beliau telah disambut oleh Pengiran Seri Wijaya Pengiran Haji Ahmad bin Pengiran Haji Mohd Yusof, Timbalan Yang Dipertua Adat Istiadat Negara, berserta pegawai-pegawai dari Kementerian Hal Ehwal Ugama, Pegawai-Pegawai dari Jabatan Adat Istiadat Negara, Jabatan Kerja Raya dan Unit Tanah-Tanah Perkuburan Islam KHEU.

Yang Dimuliakan Pengiran Seri Wijaya menerangkan kedudukan Makam Sultan yang diluar Bangunan Kubah Makam Diraja kepada Yang Mulia Pengiran Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama.

Makam Sultan Brunei Yang ke 24 Sultan Abdul Momin yang memerintah Brunei dari Tahun 1852 hingga 1885 selama 33.  Batu nisan ini dipercayai berasal dari kayu kemudian bertukar menjadi batu.

Makam Sultan Muhammad Kanzul Alam Sultan Yang Ke 21 memerintah Brunei selama 19 dari tahun 1807 hingga 1826.

Hadirin memeriksa secara dekat makam tersebut.

Makam Sultan Omar Ali Saifuddin I.  Sultan Brunei Yang Ke 18 Memerintah selama 55 dari tahun 1740 hingga 1795.

Makam Sultan Muhammad Alam, Sultan Brunei Yang Ke 22, Memerintah Brunei selama 2 tahun sahaja dari tahun 1826 hingga 1828.

Timbalan Menteri beredar untuk balik.

Jumaat, 10 Februari 2012

PUSAT SEJARAH MENGESAN KUBUR PEMBESAR NEGARA

Pada Hari Khamis 9 Februari 2012, Pegawai-Pegawai dari Jabatan Pusat Sejarah telah datang menyelidik salah sebuah kubur dipersampadanan Kampong Jerudong Mukim Sengkurong dengan Kampong Rimba Mukim Gadong.  Turut hadir ialah Yang Mulia Haji Ibrahim bin Haji Ratu, Pengelola Kanan Tanah-Tanah Perkuburan Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama.

Dalam kajian ianya adalah Makam salah seorang anak raja yang dikenali dengan nama Pengiran Muda Kassim ibni Sultan Saiful Rijal.  Sultan Saiful Rijal ialah Sultan yang ke Tujoh memerintah Brunei selama 48 Tahun sejak tahun 1533 hingga ketahun 1581.

Kemudian putera beginda ini telah melarikan diri ke Kampong Jerudong dan mengenalkan dirinya kepada penduduk kampong sebagai Orang Kaya Kassim.

Batu nisan yang dipercayai dipunyai oleh Allahyarham Orang Kaya Kassim.  Beliau dipercayai seorang Putera dari Sultan Saiful Rijal bernama Pengiran Muda Kassim, tapi telah dipercayai lari dari Istana dan tinggal di Kampong Rimba.

Salah seorang penduduk Kampong Jerudong telah menceritakan kisah anak raja tersebut.

Salah seorang Pengiran adalah waris daripada Almarhum Pengiran Muda Kassim tersebut.

Sebahagian daripada pegawai dari Jabatan Pusat Sejarah sedang meneliti keadaan batu nisan tersebut.