BANGUNAN PEJABAT UNIT

BANGUNAN PEJABAT UNIT
BANGUNAN PEJABAT UNIT TANAH-TANAH PERKUBURAN ISLAM, JALAN RESIDENCY, BANDAR SERI BEGAWAN, BRUNEI DARUSSALAM.

Rabu, 7 Mac 2012

KAYU BESAR TUMBANG DI TANAH PERKUBURAN ISLAM KAMPONG LUPAK LUAS, MUKIM SUNGAI KEBUN.

Pada Hari Isnin 5 Mac 2012, kerja-kerja pembersehan bekas kayu tumbang di Tanah Perkuburan Islam Kampong Lupak Luas telah diadakan.  Kerja-kerja telah dibuat oleh buruh-buruh Unit ini sendiri.  Kayu tersebut telah tumbang (rebah) sehari sebelum itu iaitu Hari Ahad 4 Mac.  

Kayu tumbang tersebut betul-betul dihadapan pintu masuk ke Tanah Perkuburan tersebut.

Kerja-kerja pembersehan telah dijalankan oleh buruh-buruh di Unit ini.

Kayu tersebut telah mengakibatkan kerosakan pada pintu pagar.

Akibatnya juga merosakan tangga untuk naik keatas bukit.  Yangmana tangga ini telah diwakafkan oleh seorang hamba Allah.

Dua anak tangga kelihatan telah patah.

LAWATAN KE TANAH PERKUBURAN ISLAM PENGIRAN TEMANGGONG MOHAMMAD SAMSUDDIN.

Pada Hari Sabtu 3 Mac 2012, satu lawatan ke Tanah Perkuburan Islam Pengiran Temanggong Samsuddin telah diadakan oleh Pegawai-Pegawai dari Unit Tanah-Tanah Perkuburan Islam, Unit Pemeliharaan Tanah-Tanah Perkuburan Islam Kementerian Hal Ehwal Ugama dan Ketua Kampong Lambak Kiri Yang Mulia Awang Haji Hamdani bain Omar berserta Ahli-Ahli Jawatankuasa Perundingan Kampong.

Tujuan asal adalah untuk rancangan membuat tangga untuk naik menuju ke Tapak Tanah Perkuburan Islam tersebut.  Kubur tersebut betul-betul berada bertentangan (berseberangan) dengan Sekolah Vokosional Nakhoda Ragam dengan perantaraan Lebuhraya Muara Tutong.

Diantara yang hadir Ketua Kampong YM Hj Hamdani Omar berbaju hitam seluar panjang puteh berdiri ditengah memeggang batu nisan.

Batu Nisan Pengiran Temanggong Samsuddin.

Kelihatan jambol nisan telah pecah.

Kesukaran untuk naik keatas bukit dimana letaknya Makam tersebut.  Keadaan bukitnya curam dan semak.