BANGUNAN PEJABAT UNIT

BANGUNAN PEJABAT UNIT
BANGUNAN PEJABAT UNIT TANAH-TANAH PERKUBURAN ISLAM, JALAN RESIDENCY, BANDAR SERI BEGAWAN, BRUNEI DARUSSALAM.

Khamis, 21 November 2013

KEMPEN KEBERSIHAN DI T. P. I. KIARONG

Pada Hari Khamis 21 November 2013, satu kempen kebersihan telah dijalankan keatas Tanah Perkuburan Islam Kiarong (Berdekatan dengan Masjid Jame Asr').

Kerja-kerja telah dilakukan olih seramai 16 orang buruh Kubur dan dihadiri olih Yang Mulia Awang Haji Ibrahim bin Haji Ratu, Ketua Unit Tanah-Tanah Perkuburan Islam, Yang Mulia Awang Haji Hazaman bin Haji Zulkiffly, Penolong Pengelola orang Penolong Pengelola dan tiga orang Pengawas iaitu Yang Mulia Pengiran Sahridin bin Pengiran Haji Punggut, Yang Mulia Awang Sulaiman bin Mohammad dan Yang Mulia Pengiran Haji Mohd Ardey bin Pengiran Haji Morsidi.

 Memotong rumput diluar pagar yangmana sekarang sudah masuk dalam gezette.

YM Awg Mail Tahir sedang memotong rumput mengunakan mesin sikut.

Kelihatan YM Pg Metali Pg Buntar dan YM Awg Aswandi Hj Amit memotong rumput.

Orang awam menjual air asah-asahan tanpa memikirkan soal kebersihan.

Nampak bersih setelah dibersihkan.

Salah sebuah tambak kubur yang nampak besar.

Buruh kubur yang berkempin mengutip sampah yang ada dalam kawasan kubur iaitu YM Pg Kamal Ariffin Pg Hj Mahmud dan YM Awg Ramli.Hj Rosli
Keadaan lantai pondok kubur yang kotor.

Barang-barang seperti tikar berselerak diatas bangku tempat duduk.

Sampah berlonggok dan botol terbiar dalam bakul.

Buruh sedang mentrim rantik kayu.

Khamis, 14 November 2013

T. P. I. PULAIE MENJADI ISU KERANA TAMBAK YANG BESAR

Pada Hari Rabu, 13 November 2013, Baru-baru ini telah timbul pengiriman gambar-gambar melalui facebook atau whatsapps.  Dimana perkara itu boleh menjadi isu dan tajuk perbualan hangat harian kepada orang ramai. Jika perkara itu benar ada juga faedahnya, namun jika sebaliknya akan menjadi fitnah atau pembohongan.   Isu yang ditimbulkan pada minggu ini  mengenai dengan pembuatan tambak-tambak kubur yang besar dan tinggi.
Perkara yang ditimbulkan telah berlaku disalah sebuah Tanah Perkuburan Islam dalam Negara kita Brunei Darussalam iaitu Tanah Perkuburan Islam Pulaie.  Dalam soal mencantikkan sesuatu kubur itu adalah baik, namun  apa yang amat mendukacitakan kita ialah dimana pewaris membuat tambak kubur sesuka hati kerana terlalu tinggi dan besar serta mahal harganya.  Malahan terdapat nilainya hingga ke Puluhan Ribu Ringgit. 
Dalam ketinggian sesuatu tambak itu tidaklah menjadi masaalah namun yang menjadi isu ialah dari segi besarnya yangmana akan memakan keluasan kawasan tanah kubur itu. 
Unit Tanah-Tanah Perkuburan Islam, Bahagian Bangunan dan Pemeliharaan, Kementerian Hal Ehwal Ugama, telah memperkenalkan Tanah Perkuburan Islam bersisterm.  Yangmana ianya diperkenalkan bagi memaksimakan pengunaan keluasan tanah perkuburan.  Disana kalau boleh kita mengunakan keluasan yang sedikit sahaja dari keluasan perkuburan yang ada.  Ianya mengelakkan pembaziran tanah yang ada.
Kita tidak boleh mencontohkan atau membandingkan dalam kubur-kubur yang dibina seperti Makam-Makam Diraja dan lain-lain.  Dimana kita harus sedar siapa diri kita bagi diketegori untuk dikubur atau dimakamkan.  Bagi orang yang sudah meninggal itu tidaklah lagi boleh melihat dalam soal pembaziran tanah yang telah pewarisnya gunakan bagi mengubur dirinya.
Para ulama Salafus Soleh termasuk Imam Syafiee Radiallah ‘huan berpendapat adalah haram bagi mendirikan sebarang binaan diatas kubur ini adalah berdasarkan hadis Rasulallah SAW kepada Jabir Radhiallahu’anhu katanya:
Bermaksud: Rasulallah SAW menegah daripada dipelastar (simen) kubur dan diduduki diatasnya serta dibina binaan diatasnya. Hadis Riwayat Muslim.
Tetapi jika Tanah Perkuburan itu berada dikaki bukit atau ditanah curam yang ditakuti tanah-tanahnya itu runtuh, maka bolih didirikan binaan seperti sekatan tembok umpamanya bagi menghalang daripada terjadinya tanah susur atau runtuh. 
Perbuatan seumpama ini adalah dibolehkan bagi menjaga masahlahat tanah-tanah kubur itu.
Tujuan Larangan.
Larangan atau tegahan menambak kubur itu adalah kerana ia akan menyempitkan tanah pekuburan tanpa ada sebarang masahlahat dan tujuan yang syare’i , sedangkan orang-orang islam yang lain juga adalah berhak mengunakan kubur berkenaan.  Hal ini diperkuatkan lagi dengan perbuatan Sayyidina ‘Umar bin Al-Khathab Radhiallahu’anhu iaitu selepas beginda melihat satu binaan kubur diatasnya.  Maka beginda merobohkannya lalu berkata:
“Kamu biarkanlah mayat itu dilindungi olih amal ibadatnya sendiri”.
Wallahu’alam.

 Nampak disediakan payung dengan bangku tempat duduk bagi membaca yasin.

Lengkap dengan nama simati yang tercatit diatasnya.

Nampak besar memakan kawasan yang luas angaran dua kubur.

Lingkap dengan dipasang jubin.

Nampak cantik namun tidak dapat dikali bagi jenazah lain.

Kelihatan kawasan yang tinggal sedikit lagi bagi menanam jenazah akan datang. 

Ditanam rumput yang nampak mencantikkan keadaan.