BANGUNAN PEJABAT UNIT

BANGUNAN PEJABAT UNIT
BANGUNAN PEJABAT UNIT TANAH-TANAH PERKUBURAN ISLAM, JALAN RESIDENCY, BANDAR SERI BEGAWAN, BRUNEI DARUSSALAM.

Khamis, 25 Ogos 2011

T. P. I KASPAYAU KG TANJUNG BUNUT TELAH DIRUNTUH SAMPADANNYA OLEH PEHAK PEMAJU TANAH

  
Pada Hari Khamis 25 Ogos 2011 lawatan ke Tanah Perkuburan Islam Kaspayau Kampong Tanjung Bunut telah dijalankan. Yangmana liring bukitnya telah dipotong oleh pehak yang membuat rumah ditanah yang bersempadan dengannya. 

Hadir  sama ialah Pengelola Kanan Yang Mulia Hai Ibrahim Haji Ratu, Pengelola Yang Mulia Haji Mohd Salleh Haji Besar, Penolong-Penolong Pengelola Yang Mulia Awg Julidy Haji Samsuddin, Yang Mulia Haji Abd Jefri Haji Jaafar dan Yang Mulia Haji Hazaman Haji Zulkiffly dan Pengawas-Pengawas pula Yang Mulia Pengiran Sahridin Pengiran Haji Punggut dan Pengiran Haji Ardey.
  
 Keadaan kawasan sempadan yang ada tanah bukit itu adalah telah digazzette sebagai Tanah Pekuburan Islam Kaspayau.

Keadaan ini boleh memburukkan keadaan ketika hujan lebat.  Yangmana akan mengakibatkan tanah susur dan sebagainya.


Longkangnya berdekatan dengan batu sempadan.

 Keadaan ini akan mendatangkan mudarat kepada peghuni disini kelak.

 Pehak Unit merasa tidak puashati diatas pengedalian yang dijalankan oleh pemborong ini.

Selasa, 16 Ogos 2011

MAKAM DUA ORANG SULTAN DI KOTA BATU DI TERANGI CAHAYA

Pada Hari Isnin 15 Ogos 2011, pehak Unit Tanah-Tanah Perkuburan Islam, Bahagian Bangunan dan Pemeliharaan, Kementerian Hal Ehwal Ugama telah menerima laporan lampu dalam kawasan kedua-dua Makam tidak mengeluarkan cahaya.  Makam-makam tersebut ialah Makam Sultan Brunei yang kelima iaitu Makam Sultan Bolkiah dan Makam Sultan yang ketiga iaitu Makam Sultan Sharif Ali.

Turut berada disana ialah Yang Mulia Pengiran Alli bin Pengiran Haji Mohammad Ketua Bahagian Bangunan dan Pemeliharaan dan Yang Mulia Haji Rosli bin Dato Peduaka Haji Zakaria Ketua Unit Tanah-Tanah Perkuburan Islam. serta beberapa orang kakitangan jabatan dan pemborong yang dipanggil.

YM Hj Yusri Hj Bakir sedang memeriksa sama ada bekalan elektrik terputus atau tidak. Di Makam Sultan Bolkiah.

Keadaan bekalan elektrik didapati tertutup

Kelihatan lampu spotlite telah mengeluarkan cahaya menandakan bekalan elektrik telah kembali pulih.

Kakitangan kontraktor elektrik sedang memeriksa bekalan elektrik di Makam Sultan Sharif Ali.


Setelah dipereksa dengan teliti didapati bekalan terputus.dan setelah itu didapati kebal pembekal arus elektrik telah dicuri orang.

Jumaat, 12 Ogos 2011

TPI TAIGOI 'A' KAMPONG RIMBA TELAH DIBERSEHKAN

Pada Hari Jumaat 12 Ogos 2011 sekumpulan seramai 40 orang Pegawai dan Kakitangan IT Protective Security Service Sdn Bhd (ITPSS) telah mengadakan kempen kebersehan di sebuah Tanah Perkuburan lama di Kampong Rimba Mukim Gadong.  Yangmana perkuburan tersebut bernama TPI Taigoi “A”.

Rombongan diketuai oleh Ketua Pegawai Kerja Syarikat (CEO), Yang Mulia Awang Samsul Bahri bin Haji Kamis.  Ianya diadakan sebagai aktiviti tahunan mereka.  Diakhir majlis mereka telah membacakan tahlil dan doa Arwah.

Kelihatan Ketua Rombongan YM Awg Samsul Bahri  Hj Kamis sedang mencakar daun-daun kering untuk dibuang.

Dimana mereka tekun membersihkan kawasan TPI ini.

Sebahagian lagi yang sedang membersehkan kawasan ini, sebagai kerja amal mereka.

Kelihatan tanah kubur ini rapi. apa bila dibersehkan.

Sebahagian daripada Ahli Waris sedang membaca surah Yasin dan bertahlil. Yang sering diadakan dalam bulan Ramadan dan Syawal.

Salah seorang ahli waris kubur ini adalah penduduk asal Kampong Rimba sendiri dan maseh menetap di Kampong itu.

Lebal tanda nama kubur dan pagar disebalah hadapan.

Selasa, 9 Ogos 2011

T. P. I. DATU UMPONG KAMPONG MADANG.

Pada Hari Rabu, 10 Ogos 2011, lawatan telah dijalankan keatas Tanah Perkuburan Islam Datu Umpong Kampong Madang, Mukim Berakas B.  Oleh sebab tiada buruh ditempatkan maka nampak kurang dari segi kebersihannya.  Ianya cuma diberseh sebulan sekali.

Keadaan pagar keliling yang sudah agak lama.  Begitu juga lebal nama kubur sudah lama.

Nampak belum pernah dizarahi oleh ahli waris.

Juga kelihatan belum dizarahi.

Keadaan pondok lama yang terdapat disana.

PAGAR KELILING T. P. I TAIGOI "A", KAMPONG RIMBA SUDAH SIAP

Hari Selasa 9 Ogos 2011, lawatan telah diadakan ke Tanah Perkuburan Islam Taigoi A, Kampong Rimba, Mukim Gadong.  Yangmana didapati kerja-kerja memagar dan membuat tangga konkrit telah siap dilaksanakan tanpa pengetahuan pehak Unit Tanah-Tanah Perkuburan Islam.  Dimana semasa penyerahan pembinaan telah dimaklumkan tetapi setelah siap tidak dimaklumkan.

Keadaan pagar sebelah hadapan tempat letak kereta.  Yangmana telah siap dan tidak dimaklumkan kepada pehak UTTPI.

Tangga yang juga baru siap dibina.

Sabtu, 6 Ogos 2011

PEMERIKSAAN SEMINGGU SETELAH DISERAHKAN KERJA-KERJA PEMBERSEHAN SECARA BERKONTRAK

Pada Hari Sabtu, 6 Ogos 2011, lawatan pemeriksaan setelah seminggu kerja-kerja pembersehan dibuat secara berkontrak di tiga buah Tanah Perkuburan Islam daripada lima buah yang telah dikontrakkan secara berpenggal (term contract) selama setahun, mulai 1 Ogos 2011 sehingga 31 Julai 2012.  

Tempat-tempat yang telah dilawati ialah Makam Sultan Hussin Kamaluddin (Makam Diluba), TPI Ranggas Besar dan TPI Kiarong (dekat Jame Asr).   Lawatan diketuai oleh Ketua Unit Tanah-Tanah Perkuburan Islam Yang Mulia Awang Haji Rosli bin Dato Peduka Haji Zakaria.

Dalam lawatan cuma berpuashati keadaan pembersehan di Makam Diluba.  Yangmana telah dilihat dalam keadaan yang memuaskan.  Di dua tempat yang lain belum memuaskan lagi.

Tinjauan tidak berkesempatan bagi melawat dua lagi Tanah Perkuburan Islam yang berkontrak iaitu Tanah Perkuburan Islam Pulaie dan Tanah Perkuburan Islam Terunjing.

MAKAM DILUBA
(Keadaan Memuaskan Hati)

YM Hj Rosli DP Hj Zakaria Ketua UTTPI merasa berpuas hati diatas kerja-kerja yang telah dibuat selama seminggu.

Pemotongan rumput dan pembersehan dinding peghadang bukit dalam keadaan yang memuaskan.

Pemotongan rumput dalam keadaan yang rapi.

Lantai lagoon nampak berseh.

Kawasan letak kereta juga nampak rapi.


TANAH PERKUBURAN ISLAM RANGGAS BESAR.
(Belum Memuaskan Lagi)

Perkerja Kontraktor sering berkerja secara berkumpulan. Apabila ditanya mereka menjawab mereka takut berada didalam kawasan perkuburan.

Longgokan sampah yang sudah lama belum pernah dibuang.

Kelihatan keadaan belum rapi walaupun sudah berlalu masa dalam seminggu.

Sampah daun kering sudah lama dibiar diluar pagar.



TANAH PERKUBURAN ISLAM KIARONG (JAME ASR;)
(Juga Belum Memuaskan Lagi)

Kebersihan lantai pondok nampak tidak berseh.

Membuang rumput bagi menanam bunga adalah perkara yang belum diperlukan lagi.

Pekerja ini nampak berkeadaan malas menjalankan kerja pembersihan.

Batang buluh dibuang begitu sahaja maseh dalam kawasan perkuburan.

Kelihatan tidak berseh walaupun sudah berlalu selama seminggu.

Jumaat, 29 Julai 2011

MAJLIS BERTAHLIL, DOA ARWAH DAN PERPISAHAN KERANA BERSARA

Pada Hari Sabtu 30 Julai 2011, pehak Unit Tanah-Tanah Perkuburan Islam telah mengadakan majlis Tahlil Doa Arwah dan Perpisahan kerana bersara.  Pegawai yang diraikan ialah Yang Mulia Pengiran Haji Matrais bin Pengiran Kula, Penolong Pegawai Kerja Tingkat I, dari Unit Penghapusan Dari Kira-Kira.  Kerana sebelum ini beliau bertugas di Unit ini selaku Ketua Unit Tanah-Tanah Perkuburan Islam.

Cenderamata kenangan daripada Pegawai Unit ini disampaikan oleh Yang Mulia Haji Ibrahim bin Haji Ratu, Pengelola Kanan Tanah-Tanah Perkuburan Islam.  Manakala daripada pehak Penggapai disampaikan bersama oleh semua Penggapai yang hadir.

Tahlil dan doa dipimpin oleh Yang Mulia Pengiran Mohd Isa bin Pengiran Haji Hitam, Penjaga Kubah Makam Diraja.

YM Hj Ibrahim Hj Ratu Pengelola Kanan TTPI menyampaikan cenderamata kepada YM Pg Hj Matrais Pg Kula bekas Penolong Pengawai Kerja Tingkat I selaku Ketua Unit Tanah-Tanah Perkuburan Islam.

Manakala cenderamata daripada penggapai disampaikan kehadapan YM Pg Hj Matrais oleh wakil mereka YM Dyg Azizah Hj Sulaiman dan YM Dyg Kambar Hj Kadir.

Tahlil dibacakan oleh YM Pg Md Isa Pg Hj Hitam dan kelihatan YM Hj Ibrahim dan YM Pg Hj Matrais.

YM Pg Hj Matrais dijunjung untuk menyampaikan sedikit ucapan nasihat kepada semua yang hadir.

YM Pg Hj Matrais menyampaikan sedikit ucapan nasehat kepada semua kakitangan unit ini

Penggapai-Penggapai yang hadir mendengar nasihat dan ucapan daripada YM Pg Hj Matrais selaku bekas Ketua Unit Tanah-Tanah Perkuburan Islam.

Mengaminkan doa yang dibacakan oleh YM Pg Mohd Isa, dari kiri YM Hj Ibrahim Hj Ratu, YM Pg Hj Matrais Pg Kula dan YM Pg Mohd Isa Pg Hj Hitam.

Hadir dari kiri YM Awg Julaidy Hj Samsudin, YM Awg Sulaiman Mohammad, YM Hj Mohd Salleh Hj Besar, YM Hj Hazaman Hj Zulkiffly, YM Pg Hj Mohd Ardy.

Kesemua Penggapai yang ada beramah mesra dengan YM Pg Hj Matrais sebelum beliau memulakan persaraan

Bergambar ramai duduk dari kiri YM Hj Ibrahim Hj Ratu, YM Pg Hj Matrais Pg Kula dan YM Hj Mohd Salleh Hj Besar, berdiri dari kiri YM Awg Md Ismail Julai, YM Pg Sahridin Pg Hj Punggut, YM Hj Hazaman  Hj Zulkiffly, YM Awg Julaidy Hj Samsudin, YM Pg Hj Md Ardey, YM Awg Sulaiman Mohammad dan YM Pg Md Isa Pg Hj Hitam.

Bersama Penggapai duduk dari kiri YM Hjh Siti Animi Hj Salleh, YM Hjh Rosmawati Hj Ismail, YM Pg Hj Matrais Pg Kula, YM Hjh Alijah Hj Ali dan YM Dyg Noradiana Hj Jaafar, berdiri dari kiri YM Dyg Norhidah Hj Alias, YM Pg Noraidah Pg Salleh, YM Pg Dahsimah Pg Ismail, YM Dyg Sidah Hj Md Zaidi, YM Dyg Kambar Hj Kadir, YM Dyg Azizah Hj Sulaiman, YM Dyg Norlila Mohammad dan YM Dyg Norfadzillah Karim.