BANGUNAN PEJABAT UNIT

BANGUNAN PEJABAT UNIT
BANGUNAN PEJABAT UNIT TANAH-TANAH PERKUBURAN ISLAM, JALAN RESIDENCY, BANDAR SERI BEGAWAN, BRUNEI DARUSSALAM.

Khamis, 21 Julai 2011

PEMERIKSAAN TAMBAK MAKAM DIRAJA OLEH PEGAWAI JABATAN MUZIUM-MUZIUM BRUNEI DARUSSALAM

Pada Hari Rabu 20 Julai 2011, pegawai dari Jabatan Muzium-Muzium Brunei telah mengadakan kunjungan ke bangunan Kubah Makam Diraja Jalan Tutong.  Ianya dibuat bagi memerikasa kerosakan yang terdapat pada batu marmar tambak-tambak yang ada didalam bangunan kubah tersebut.   

Yangmana didapati kesan rosak disebabkan terkena air, minyak harum jenis atar dan dimakan anai-anai.  Dalam pada itu semua kerosakkan yang terdapat padanya akan diusahakan pembaikkannya oleh pehak Jabatan tersebut.  Kerana Jabatan Muzium-Muzium berperanan untuk menjaga apa jua khazanah lama yang tersimpan disana sebagai kesan sejarah.  Tambak-tambak yang dikesan seperti pada Makam Al Marhum Sultan Omar Ali Saifudden III, Makam Al Marhumah Raja Isteri Pengiran Anak Damit dan Makam-Makam Kerabat Diraja yang lain dan terdapat didalam kawasan Kubah tersebut.

Dua orang pegawai dari Jabatan Muzium-Muzium memeriksa Tambak Makam Al Marhum Sultan Omar Ali Saifudden III.

Kesan lubang yang terdapat pada tambak tersebut.

Terdapat kesan tetesan air hujan diatas tambak Makam Al Marhum Sultan Omar Ali Saifudden III.

Juga terdapat kesan terkena minyak wangi yang dipercikkan oleh orang perseorangan yang tidak tahun menjaga batu marmar ini.

Pegawai Muzium menerangkan cara dan bila kerja-kerja tersebut akan dilaksanakan.  Yangmana akan diselanggarakan seberapa segera yang boleh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan