BANGUNAN PEJABAT UNIT

BANGUNAN PEJABAT UNIT
BANGUNAN PEJABAT UNIT TANAH-TANAH PERKUBURAN ISLAM, JALAN RESIDENCY, BANDAR SERI BEGAWAN, BRUNEI DARUSSALAM.

Khamis, 27 Oktober 2011

KERJA-KERJA MEMBERSIH, MEMOTONG RUMPUT DAN MEMOTONG KAYU TUMBANG DI TANAH PERKUBURAN ISLAM PANTARAN KAMPONG KIARONG

Pada Hari Khamis, 27 Oktober 2011, buruh-buruh bergerak di Unit ini telah mengadakan kerja-kerja pembersihan di Tanah Perkuburan Islam Pantaran Kampong Kiarong, Mukim Gadong.  Yangmana kerja-kerja diawasi oleh Pengawas Tanah-Tanah Perkuburan Islam, Yang Mulia Pengiran Sahridin bin Pengiran Haji Punggut.

Kemudiannya kerja-kerja dilawati oleh Yang Mulia Haji Hazaman bin Haji Zulkiffly Penolong Pengelola dan Yang Mulia Pengiran Haji Mohd Ardey bin Pengiran Haji Mursidi.

Pemandangan bukit dimana kedudukan kubur ini betul-betul berhadapan dengan Sekolah Rendah Kiarong.

Kelihatan lebal nama kubur dari Jalan raya.

Keadaan tempat naik yang curam dan ditumbuhi oleh daun-daun tumbuhan.


Dari atas bukit kubur ini kelihatan bangunan flat kediaman kakitangan Kementerian Pendidikan.

Banyaknya batu nisan menandakan banyaknya jasad simati ditanam disini.


Kerja memotong kayu yang tumbang dilakukan oleh buruh di Unit ini Yang Mulia Awang Nordin.

 Kerja mengangkat dan membuang dibantu beramai-ramai dikalangan buruh unit ini.

 YM Pg Sahridin mengarahkan sesuatu kepada buruh ini bagi memblow daun-daun kering.

 Kelihatan dari kiri YM Hj Hazaman, YM Pg Sahridin dan YM Pg Hj Md Ardey.

 Salah satu nisan kayu menandakan kubur paling lama disana

MEMERIKSA PEMBINAAN KEMUDAHAN ASAS BAGI DUA BUAH TANAH PERKUBURAN ISLAM.

Pada Hari Rabu 26 Oktober 2011, satu pemeriksaan atas pembinaan kemudahan asas bagi dua buah tanah perkuburan islam.  Iaitu Tanah Perkuburan Islam Pulaie Kampong Pulaie dan Tanah Perkuburan Islam Maritus Kambar Kampong Manggis.  

Pemeriksaan diketuai oleh Ketua Unit Projek iaitu Yang Mulia Awang Ahmad Sanusi bin Haji Mohd Salleh, bersama Yang Mulia Haji Ibrahim bin Haji Ratu, Pengelola Kanan, Yang Mulia Haji Mohd Salleh bin Haji Besar, Pengelola, Yang Mulia Awang Julidy bin Haji Samsuddin, Yang Mulia Haji Abd Jufri bin Haji Jaafar dan Yang Mulia Haji Hazaman bin Haji Zulkiffly Penolong Pengelola dan dua orang Pengawas Awang Sulaiman bin Mohammad dan Pengiran Haji Mohd Ardey bin Pengiran Haji Mursidi.

Dimana kemudahan yang dibina sudah lama siap dan belum diserahkan kepada Unit ini.  Makanya kemudahan ini rosak semula sebelum diserahkan kepada pemiliknya iaitu Unit Tanah-Tanah Perkuburan Islam.

KEMUDAHAN DI TANAH PERKUBURAN ISLAM PULAIE 

Tombol pintu telah rosak

sinta yang dipasang sudah lama dan rosak catnya.

lampu spot light belum dibekal tenaga elektrik dan juga cat sinta rosak.

 Cat dinding stor juga rosak dan perlu dicat semula.

 Petak kubur yang sudah siap untuk digunakan.

 Pagar juga dalam keadaan yang memuaskan.


TANAH PERKUBURAN ISLAM MARITUS KAMBAR KAMPONG MANGGIS.

 Tanda bagi menggali kubur sudah sedia tapi satu pun belum digunakan lagi.

 tambahan keluasan tidak pernah dipotong kaya dan rumputnya.

 Pengelola, Penolong Pengelola dan Pengawas melihat keadaan tumbuhan yang terbiar.

Rabu, 26 Oktober 2011

T. P. I KANDANG HAJI TARIF JUGA DICEROBOHI OLEH BINATANG LIAR

Pada Hari Selasa, 25 Oktober 2011, pehak Unit ini telah menerima aduan tentang Tanah Perkuburan Islam Kandang Haji Tarif, Bandar Seri Begawan, Kilometer 1.5 Jalan Tutong, juga telah dicerobohi oleh binatang liar iaitu anjing.  Yangmana pehak pengawasan telah berkejar ketempat yang dimaksudkan.  Setelah diperikasa dan dipercayai ianya dimasuki oleh anjing kerana keadaan pagarnya yang berlubang dan terlalu tinggi. 

Keadaan dawai pagar yang terlalu tinggi memudahkan binatang seperti anjing masuk kedalam kawasan tanah perkuburan ini.

Jarang tiang dengan konkret yang besar boleh dilalui oleh anjing liar dan kelihatan kesan tapak binatang diatas tanah.
Kelihatan kesan tapak binatang tersebut diatas tanah kawasan dalam kubur. 

Isnin, 24 Oktober 2011

T. P. I KIARONG (JAM'E ASR') TELAH MENDAPAT ADUAN KUBUR BERLUBANG.

Pada Hari Isnin 24 Oktober 2011 pehak Unit ini telah menerima satu aduan dari orang ramai.  Dimana terdapatnya salah satu kubur disana telah berlobang disebabkan telah digali oleh binatang seperti anjing.  Pehak Unit Tanah-Tanah Perkuburan Islam telah berkejar ketempat tersebut.  Yangmana diketuai oleh Pengelola Kanan Tanah-Tanah Perkuburan Islam Yang Mulia Haji Ibrahim bin Haji Ratu.  Turut serta Penolong Pengelola Yang Mulia Awang Julidy bin Haji Samsudin dan Yang Mulia Haji Hazaman bin Haji Zulkiffly serta seorang Pengawas Pengiran Haji Mohd Ardey bin Pengiran Haji Mursidi dan seorang buruh Yang Mulia Awang Mail bin Tahir.

 Lubang yang tertara telah digali oleh anjing kerana terdapat kesan tapak binatang tersebut.

 lubang tersebut betul-betul dibawah tambak besar menuju kedalam liang kubur.

Keadaan tanah dibawah nampak kedalam menuju keliang lahad.


Kesan tapak binatang yang dipercayai anjing nampak dilihat dengan mata kasar.



Kelihatan longkang yang sering tersumbat apabila hujan turun dengan lebatnya.

Selasa, 4 Oktober 2011

LAWATAN KERJA KE TANAH PERKUBURAN ISLAM BUKIT DAPA KAMPONG KIUDANG TUTONG.

Hari Selasa 4hb Oktober 2011, satu lawatan kerja telah diadakan bagi melihat projek membuat Tanah Perkuburan Islam bersystem di Kampong Kiudang Tutong iaitu Tanah Perkuburan Islam Bukit Dapa.  Hadir sama ialah: 

1. Yang Mulia Haji Ibrahim bin Haji Ratu.
2. Yang Mulia Pengiran Abd Razak bin Pengiran Haji Apong.
3. Yang Mulia Awang Julidy bin Haji Samsudin.
4. Yang Mulia Haji Zainin bin Haji Matarsad dan
5. Yang Mulia Pengiran Haji Muhd Ardey bin Pengiran Haji Mursidi.
6. Yang Mulia Awang Mohd Harun bin Awang Adi.

Ianya diperiksa setelah 24 hari selepas penyerahan pada 10hb September yang lalu.  Yangmana projek ini dimastikan siap selama 4 bulan sehingga 9 Januari 2012 kelak.

 Sebuah jenkaut telah menjalankan kerja-kerja tersebut.

 YM Pg Abd Razak sedang menerangkan sesuatau kepada pengurus projek.

 Kelihatan dari kiri YM Pg Hj Mohd Ardey Pg Hj Mursidi, YM Awg Julidy Hj Samsudin dan YM Awg Harun Awg Adi.

 Jenkaut digunakan bagi mencuba untuk mengali lubang untuk mempastikan tiada barang keras tertanam didalam kawasan Tanah Perkuburan ini.

 Mempastikan kedalaman kira-kira 7 kaki tidak terdapat batu atau barang keras seperti besi dan lain-lain.

JAMBATAN KE MAKAM DILUBA TELAH DICONTENG

Pada Hari Sabtu 24 September 2011, pehak Unit Tanah-Tanah Perkuburan Islam telah menerima aduan yang pagar jambatan menuju ke Makam Sultan Hussin Kamaluddin (Makam Diluba) telah diconteng oleh orang-orang yang tidak bertanggungjawab (pemugut).

Pehak Unit ini telah memeriksa keadaan yangmana terdapat contengan ditembok jambatan dan didapati ada orang sedang menangkap ikan dengan mengunakan jala (rambat).  Perkara ini juga mengakibatkan jambatan sering berkeadaan kotor.

 Seorang orang luar sedang menjala ikan dari atas jambatan.  Yangmana mengakibatkan jambatan sering kotor dan tidak dibersehkan.
Tembok jambatan nampak telah disembur cat.


Tertulis nama SYAFIX

Diatas tiang atap dom juga diconteng dengan JB.

 Bermacam-macam contengan diukir.

Juga satu lagi perkataan SYAFIX telah dibuat atas dinding pagar.

 Perkataan Alai juga terdapat didinding jambatan.