BANGUNAN PEJABAT UNIT

BANGUNAN PEJABAT UNIT
BANGUNAN PEJABAT UNIT TANAH-TANAH PERKUBURAN ISLAM, JALAN RESIDENCY, BANDAR SERI BEGAWAN, BRUNEI DARUSSALAM.

Isnin, 24 Oktober 2011

T. P. I KIARONG (JAM'E ASR') TELAH MENDAPAT ADUAN KUBUR BERLUBANG.

Pada Hari Isnin 24 Oktober 2011 pehak Unit ini telah menerima satu aduan dari orang ramai.  Dimana terdapatnya salah satu kubur disana telah berlobang disebabkan telah digali oleh binatang seperti anjing.  Pehak Unit Tanah-Tanah Perkuburan Islam telah berkejar ketempat tersebut.  Yangmana diketuai oleh Pengelola Kanan Tanah-Tanah Perkuburan Islam Yang Mulia Haji Ibrahim bin Haji Ratu.  Turut serta Penolong Pengelola Yang Mulia Awang Julidy bin Haji Samsudin dan Yang Mulia Haji Hazaman bin Haji Zulkiffly serta seorang Pengawas Pengiran Haji Mohd Ardey bin Pengiran Haji Mursidi dan seorang buruh Yang Mulia Awang Mail bin Tahir.

 Lubang yang tertara telah digali oleh anjing kerana terdapat kesan tapak binatang tersebut.

 lubang tersebut betul-betul dibawah tambak besar menuju kedalam liang kubur.

Keadaan tanah dibawah nampak kedalam menuju keliang lahad.


Kesan tapak binatang yang dipercayai anjing nampak dilihat dengan mata kasar.



Kelihatan longkang yang sering tersumbat apabila hujan turun dengan lebatnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan