BANGUNAN PEJABAT UNIT

BANGUNAN PEJABAT UNIT
BANGUNAN PEJABAT UNIT TANAH-TANAH PERKUBURAN ISLAM, JALAN RESIDENCY, BANDAR SERI BEGAWAN, BRUNEI DARUSSALAM.

Khamis, 30 Ogos 2012

TANAH PERKUBURAN ISLAM KIANGGEH TELAH TERCEMAR OLEH SAMPAH

 Pada Hari Khamis 11 Syawal 1433 / 30 Ogos 2012 pehak Unit Tanah-Tanah Perkuburan Islam telah menerima adaun tentang pencemaran sampah sarap dalam kawasan Tanah Perkuburan Islam Kianggeh. Aduan telah diterima daripada waris simati yang bersemadi di Tanah Perkuburan tersebut.  Dalam bulan Syawal ini ramai daripada waris menzarahi perkuburan keluarga mereka.  Yangmana dikubur tersebut telah terdapat sampah sarap seperti bekas pembungkus makanan berselirakan diatas tambak-tambak kubur.  

Yangmana juga pewaris telah terjumpa warga Indonesia sedang makan diatas kubur tersebut.  Apabila pehak Pegawai Unit ini melawat telah mendapati sampah sarap maseh bertaburan dalam kawasan tersebut.  Mereka mudah mendapat makanan kerana kubur tersebut bersempadan dengan kawasan Tamu Kianggeh.  Apabila mereka membeli dan mencari tempat untuk makan dan minum, mereka tidak menghiraukan dimana sahaja mereka makan termasuklah didalam kawasan Tanah Perkuburan.  Tambahan lagi pagar sempadan yang ada telah rosak.

Apabila pehak unit memberitahu kepada penjaja disana, mereka (pehak penjaja) tidak mengakui yang pelanggan mereka masuk makan dikawasan kubur.  Melainkan mereka beralasan dibawa oleh monyet yang banyak terdapat dikawasan tersebut.

Namun apa yang kami dapat tahu dari pengunjung Tanah Perkuburan, mereka pernah mendapati yang pelanggan mereka makan didalam kawasan kubur tersebut.

Sampah ditepi batu nisan diatas bukit TPI Kianggeh.

Dibawah kubur ini adalah Tamu Kianggeh tempat peniaga menjual barang makan.

Ditepi tambak kubur kelihatan bekas kotak makanan dan plastik minuman.

Keadaan pagar yang rosak tidak dibaiki memudahkan mereka naik dari tamu dan makan dalam kawasan kubur.

Sampah yang mereka biarkan selepas mereka makan.

Tempat penjualan makanan di Tamu Kianggeh.

Ada juga disediakan tempat duduk seperti sebuah restauran,

Pandangan dari kawasan Tamu tempat mereka naik ke Kubur.

Cuma bersempadan dengan longkang kecil,  Yang berumput itu adalah tanah kubur.

Kawasan ini nampak tidak terurus oleh pehak Lembaga Bandaran.

Rabu, 29 Ogos 2012

KERJA-KERJA MEMBERSEH DAN MEMBUANG SAMPAH DI T.P.I. KIARONG (JAME ASR')

Pada Hari Rabu, 10 Syawal 1433 / 29 Ogos 2012, kakitangan Unit Tanah-Tanah Perkuburan Islam telah mengadakan kempen bagi membuang sisa-sisa sampah selapas Hari Raya telah dijalankan di Tanah Perkuburan Islam Kiarong (Jame Asr').

Dalam kerja tersebut dihadiri oleh Yang Mulia Awang Haji Ibrahim bin Haji Ratu, Pengelola Kanan Tanah-Tanah Perkuburan Islam, Yang Mulia Awang Haji Mohammad Salleh bin Haji Awang Besar, Pengelola Tanah-Tanah Perkuburan Islam, Yang Mulia Awang Julaidy bin Haji Samsudin. Yang Mulia Haji Abdul Jufri bin Haji Jaafar dan Yang Mulia Awang Haji Hazaman bin Haji Zulkiffly, Penolong-Penolong Pengelola Tanah-Tanah Perkuburan Islam, Yang Mulia Awang Sulaiman bin Mohammad dan Yang Mulia Pengiran Haji Mohammad Ardey bin Haji Morsidi, Pengawas-Pengawas Tanah-Tanah Perkuburan Islam.

Pickup Kementerian Hal Ehwal Ugama digunakan bagi mengangkut sampah sarap dari TPI tersebut ke dumping tempat membuang sampah di Sungai Akar. 

Buruh-buruh sedang memasukkan sampah seperti bekas botol pelastik kedalam plastik sampah untuk dimasukkan kedalam pickup.

Terdapat juga bekas kotak dibuang begitu sahaja oleh pengunjung di tempat tersebut.  Ianya nampak tidak elok dipandang.

YM Hj Abdul Jufari Hj Jaafar dan YM Awang Sulaiman Mohammad sedang berbincang cara untuk membuang sampah ke site dumping.

Keadaan pickup yang telah dimasukkan sampah sarap kedalamnya.

Keadaan yang penuh untuk dihantar ketempat yang telah ditentukan.

Terdapat juga iklan yang dipasang dipagar nampak tidak elok dipandang dan nampak mengotorkan dinding pagar tanah perkuburan tersebut.

Iklan dipasang dengan cara disangkutkan kepagar besi, juga menempakkan tidak elok dipandang.

Ahad, 12 Ogos 2012

KERJA-KERJA MEMBUANG SAMPAH DI TANAH PERKUBURAN ISLAM JALAN RESIDENCY

Pada Hari Isnin 13 Ogos, 2012, kerja-kerja membuang sampah telah dilakukan oleh Kakitangan Unit ini. Yangmana bagi mengangkat keluar sampah kasar termasuk kayu-kayu bekas kayu tumbang ditiup angin kencang baru-baru ini. 

Kerja-kerja diperhati oleh Yang Mulia Haji Ibrahim bin Haji Ratu, Pengelola Kanan Tanah-Tanah Perkuburan Islam.  Yang Mulia Haji Mohd. Salleh bin Haji Awang Besar, Pengelola Tanah-Tanah Perkuburan Islam. Yang Mulia Awang Julaidy bin Haji Samsuddin dan Yang Mulia Haji Hazaman bin Haji Zulkiffly, Penolong-Penolong Pengelola Tanah-Tanah Perkuburan dan Pengawas Yang Mulia Pengiran Haji Ardey bin Pengiran Haji Mosidi dan Pemangku Pengawas Yang Mulia Pengiran Isa bin Pengiran Haji Hitam.

Kerja-kerja mengangkat sampah kasar kedalam pickup telah dilakukan oleh buruh kubur.

 Buruh sedang memunggut sampah dari longgokannya untuk dimasukkan kedalam pickup.

Sampah yang sedia sudah dimasukkan kedalam plastik sampah.

 Sampah yang belum lagi dimasukkan kedalam plastik juga dimuatkan kedalam plastik.

Pengutipan sampah dibuat beramai-ramai.

Kerja mengangkat dibuat bergilir-gilir.

Banyaknya botol-botol plastik bekas air asah-asahan.

 Sampah ini berlonggok depan pagar Tanah Perkuburan Islam Tampat Maulana.

 Sisa-sisa kayu yang rebah ditiup angin kencang.

 Pickup yang sudah penoh diisi dengan sampah sarap.

Bekas kayu yang sudah kering juga dipunggah untuk dibuang.

Bekas batang pokok yang tumbang juga diangkut.

 Buruh kubur sedang mengutip sampah yang ada.

 Buruh-buruh sedang mengutip sampah.

 Kelihatan sampah berlonggok diatas kubur.

 Menuju ke tempat longgokan sampah.

 Sebuah pikup lain disediakan setelah sebuah sudah penuh diisi dengan sampah.

Kerja-kerja mengangkat sampah dijalankan oleh buruh kubur.

Selasa, 7 Ogos 2012

TANAH PERKUBURAN ISLAM KAMPONG MENTIRI

Pada Hari Selasa, 7 Ogos 2012, Pehak Unit Tanah-Tanah Perkuburan Islam telah menerima lapuran daripada Ketua Kampong Mentiri Yang Mulia Awang Haji Bujang bin Sabtu, mengenai dengan Tanah Perkuburan Islam Kampong Mentiri.  Yangmana tanah perkuburan tersebut terlalu jauh masuk kedalam melalui Simpang 168, Kampong Mentiri, Jalan Kota Batu.  Yangmana penduduk yang baru berpindah kekampong tersebut termasuk yang mendapat perumahan kerajaan atau Skim Perpindah Negara langsung tidak mengetahui dimana kedudukan Tanah Perkuburan Islam dikampong itu.

Yangmana beliau memohon untuk dipasang lebel atau papan tanda dikuala Simpang tersebut bagi pengetahuan kepada orang ramai khususnya penduduk kampong yang baru bermastautin disana.

Numbur simpang iaitu "SIMPANG 168"

Jalan yang berturap tar menuju ke tanah perkuburan tersebut.

 Jalan yang begitu baik dilalui menuju kedistinasi iaitu TPI Kg Mentiri.

 Lebal atau Papan Tanda yang dipasang oleh pehak Kerajaan.

Pondok yang tersedia dan papan mengenai Adap-Adap berada dikubur.