BANGUNAN PEJABAT UNIT

BANGUNAN PEJABAT UNIT
BANGUNAN PEJABAT UNIT TANAH-TANAH PERKUBURAN ISLAM, JALAN RESIDENCY, BANDAR SERI BEGAWAN, BRUNEI DARUSSALAM.

Rabu, 29 Ogos 2012

KERJA-KERJA MEMBERSEH DAN MEMBUANG SAMPAH DI T.P.I. KIARONG (JAME ASR')

Pada Hari Rabu, 10 Syawal 1433 / 29 Ogos 2012, kakitangan Unit Tanah-Tanah Perkuburan Islam telah mengadakan kempen bagi membuang sisa-sisa sampah selapas Hari Raya telah dijalankan di Tanah Perkuburan Islam Kiarong (Jame Asr').

Dalam kerja tersebut dihadiri oleh Yang Mulia Awang Haji Ibrahim bin Haji Ratu, Pengelola Kanan Tanah-Tanah Perkuburan Islam, Yang Mulia Awang Haji Mohammad Salleh bin Haji Awang Besar, Pengelola Tanah-Tanah Perkuburan Islam, Yang Mulia Awang Julaidy bin Haji Samsudin. Yang Mulia Haji Abdul Jufri bin Haji Jaafar dan Yang Mulia Awang Haji Hazaman bin Haji Zulkiffly, Penolong-Penolong Pengelola Tanah-Tanah Perkuburan Islam, Yang Mulia Awang Sulaiman bin Mohammad dan Yang Mulia Pengiran Haji Mohammad Ardey bin Haji Morsidi, Pengawas-Pengawas Tanah-Tanah Perkuburan Islam.

Pickup Kementerian Hal Ehwal Ugama digunakan bagi mengangkut sampah sarap dari TPI tersebut ke dumping tempat membuang sampah di Sungai Akar. 

Buruh-buruh sedang memasukkan sampah seperti bekas botol pelastik kedalam plastik sampah untuk dimasukkan kedalam pickup.

Terdapat juga bekas kotak dibuang begitu sahaja oleh pengunjung di tempat tersebut.  Ianya nampak tidak elok dipandang.

YM Hj Abdul Jufari Hj Jaafar dan YM Awang Sulaiman Mohammad sedang berbincang cara untuk membuang sampah ke site dumping.

Keadaan pickup yang telah dimasukkan sampah sarap kedalamnya.

Keadaan yang penuh untuk dihantar ketempat yang telah ditentukan.

Terdapat juga iklan yang dipasang dipagar nampak tidak elok dipandang dan nampak mengotorkan dinding pagar tanah perkuburan tersebut.

Iklan dipasang dengan cara disangkutkan kepagar besi, juga menempakkan tidak elok dipandang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan