BANGUNAN PEJABAT UNIT

BANGUNAN PEJABAT UNIT
BANGUNAN PEJABAT UNIT TANAH-TANAH PERKUBURAN ISLAM, JALAN RESIDENCY, BANDAR SERI BEGAWAN, BRUNEI DARUSSALAM.

Isnin, 17 September 2012

KETUA BAHAGIAN BANGUNAN DAN PEMELIHARAAN TELAH MELAWAT T. P. I. DAGANG.

Pada Hari Isnin 17 September 2012, Yang Mulia Pengiran Alli bin Pengiran Haji Mohamad, Ketua Bahagian Bangunan dan Pemeliharaan Kementerian Hal Ehwal Ugama, telah melawat Tanah Perkuburan Islam Dagang, Jalan Residency, Bandar Seri Begawan.  

Yangmana kubur tersebut telah mendapat liputan akhbar tentang pencerobohan orang-orang yang tidak diingini. Mereka makan dan minum ditempat tersebut dan membuang bekas-bekas pembungkus dan cawan kertas dimerta tempat dalam kawasan tanah perkuburan. 

Mereka nampak tidak menghormati kesucian tempat tersebut.  Ianya adalah disebabkan bersempadan dengan tempat menjual makanan harian iaitu "Tamu Kianggeh."  Sedangkan orang yang menceroboh tersebut sama-sama berugama Islam yang datang dari Negara Indonesia.

Perkara ini adalah disebabkan kerosakan pada pagar keliling tanah perkuburan tersebut.  Perkara ini sudah seringkali dilapurkan kepada pehak yang berkenaan.

YM Pg Alli Pg Mohamad terpegun melihat pemendangan Bandar Seri Begawan dari atas bukit TPI Dagang tersebut.  Maka dari itu pendatang cuba menjadikan tempat tersebut menjadi tempat makan.

YM Awg Sulaiman Mohammad (Pengawas) dan YM Hj Hazaman Hj Zulkiffly (Penolong Pengelola).

YM Pg Hj Md Ardey Pg Hj Mursidi (Pengawas) dan YM Awg Hairul Hj Ahmad (Buruh).

YM Awg Hairul Hj Ahmad menerangkan sesuatu kepada Ketua Bahagian Bangunan dan Pemeliharaan.

YM Pg Alli Pg Mohamad pendengar penerangan daripada buruh tersebut.

Bangunan Surau dibina oleh pehak Lembaga Bandaran BSB. Bagi memudahkan orang ramai untuk menghormati waktu apabila masuk waktu solat.  Namun tempat tersebut tidak digunakan lagi malahan tempat tersebut digunakan oleh orang yang tidak bertanggongjawab.

Pondok kubur ini pun juga tidak digunakan lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan