BANGUNAN PEJABAT UNIT

BANGUNAN PEJABAT UNIT
BANGUNAN PEJABAT UNIT TANAH-TANAH PERKUBURAN ISLAM, JALAN RESIDENCY, BANDAR SERI BEGAWAN, BRUNEI DARUSSALAM.

Khamis, 25 Oktober 2012

PENGUBAHSUAIAN BANGUNAN MAKAM DIRAJA TELAH SIAP DILAKSANAKAN

Pada Hari Rabu, 26 Oktober 2012, pemeriksaan bagi selesainya kerja-kerja pengubahsuaian bagi bangunan dan kawasan Kubah Makam Diraja, Jalan Tutong telah dijalankan.  Kerja-kerja pengubahsuaian telah dijalankan oleh sebuah Kontraktor.  Dimana banyak pengubahan telah dijalankan seperti pemasangan atap dan jubin lantai (tile) baru bagi jalan dan tangga laluan kebangunan makam.  Begitu juga bahan-bahan binaan ditukar mengikut peredaran masa.

Kerja-kerja pemeriksaan dijalankan oleh Pegawai dari Unit Pemeliharaan Tanah-Tanah Perkuburan Islam, Pegawai-Pegawai dari Unit Tanah-Tanah Perkuburan Islam dan wakil Kontraktor.

Pintu utama masuk kedalam bangunan Kubah Makam Diraja telah ditukar baru dengan mengunakan besi tahan karat (standless steel)

Tangga tempat naik diganti jubinnya (tile) baru.

Begitu juga beranada diganti jubin baru.

Ayat yang tertera juga diganti baru.

Jubin tangga diganti baru.

Jubin dinding diganti sedikit sahaja yangmana nampak perbezaan warnanya.

Jubin laluan menuju ke tandas diganti baru.

Pagar jembatan menuju kelagoon juga diperbaharui.

 Grill penutup longkang juga diganti baru.

Jubin laluan menuju ke lagoon diganti baru, dan nampak elok.

Jambatan menuju ke lagoon diperbaiki jubinnya.

Nampak cantik berwarna biru.

Siling dome dicat baru.

Pagar dicat dan besi yang mudah berkarat diganti dengan jenis anti karat (standless steel).

Sabtu, 13 Oktober 2012

T.P.I. RANGGAS BESAR MENERIMA WAKAF PAGAR STEEL

Pada Hari Sabtu, 13 Oktober 2012, seorang Hamba Allah telah menwakafkan pagar steel (segapan) bagi tangga menuju ke Tanah Perkuburan Islam Ranggas Besar.  Yangmana sebelum ini tangga tersebut cuma mendapat pagar sebelah sahaja.  Sipewakaf ialah Yang Mulia Awang Haji Emran bin Awang Haji Omar, dari Kampong Pengkalan Gadong.  Yangmana sebelum ini telah ada pagar sebelah sahaja bersama tangga yang dibina oleh pehak Kerajaan melalui Unit Tanah-Tanah Perkuburan Islam dan beliau pula mewakafkan disebelah lagi.

Ianya dipasang pada laluan dari Rumah Sakit Raja Isteri Pengiran Anak Saleha, Kampong Kiulap, Bandar Seri Begawan.

Pagar steel (segapan) yang sedia ada dipasang semasa pembinaan tangga konkret ini.

Juga pagar secara dekat.

Pagar baru yang hendak dipasang.

Juga pagar anti karat yang siap sedia untuk dipasang.

Khamis, 11 Oktober 2012

T. P. I. BAYUT KG TERUNJING TELAH DIPAGAR BARU.

Pada Hari Khamis 11 Oktober 2012, satu pemeriksaan telah dijalankan bagi mempastikan pemesangan pagar baru di Tanah Perkuburan Islam Bayut, Kampong Terunjing berjalan dengan sempurnanya.  Tanah Perkuburan tersebut teletak diatas bukit berhampiran dengan sebuah tanah perkuburan yang bersystem iaitu Tanah Perkuburan Islam Terunjing.

Dalam tinjauan tersebut pehak Unit Tanah-Tanah Perkuburan Islam berpuas hati menerima kesiapan pagar tersebut.  Ianya dipasang bagi mengelak daripada dimasuki binatang seperti anjing dan lain-lain lagi.

Pagar keliling baru siap dipasang 

Ianya bagi mengelak dari dimasuki binatang seperti anjing dan lain-lain.

Pintu masuk melalui tangga yang dibina,

Pagar nampak kemas dan rapat.

Selasa, 9 Oktober 2012

MELAWAT KUBUR LAMA YANG HENDAK DIPINDAHKAN

Pada Hari Selasa, 9 Oktober 2012, lawatan ketapak sebuah kubur lama telah diadakan.  Ianya bertujuan bagi rancangan untuk memindah kubur yang ada disana.  Kerana tapak bekas kubur itu nanti akan dibina sebuah kolah besar iaitu Kolam Tadahan Banjir bagi mengelak dari kejadian banjir berulang lagi  dikawasan rendah Ban Mulaut.  

Tapak Perkuburan Islam tersebut terletak di Kampong Selayun, Mukim Sengkurong.  Dan dipercayai berusia lebeh ratusan tahun.

Turut hadir disitu ialah Yang Mulia Awang Haji Musa bin Haji Tahir, Penghulu Mukim Sengkurong, serta Pegawai-Pegawai dari Unit Tanah-Tanah Perkuburan Islam, KHEU, Jabatan Saliran dan Taliair JKR, dan pehak Konsultan yang mengendalikan urusan tersebut.

Ditapak tersebut didapati dua batu nisan (tanda kubur) yang dan mempastikan terdapatnya jasad dua orang yang telah dikebumikan disitu.

Salah satu kubur lama yang akan dipindah nanti.

 
dan satu lagi nisan yang diperbuat daripada batu sungai.

Kelihatan YM Hj Musa Hj Md Tahir (Penghulu Mukim Sengkurong) dan YM Awg Julidy Hj Samsudin (Penolong Pengelola Tanah-Tanah Perkuburan Islam).

Memperhati kedudukan tempat didalam plan yang telah disediakan.

Rabu, 3 Oktober 2012

KAWASAN LETAK KERETA T. P. I. KIARONG TELAH DIJADIKAN LETAK KERETA BAGI HOSPITAL R.I.P.A.S.

Pada Hari Isnin, 1 Oktober 2012, pemeriksaan telah dijalankan bagi kawasan kharim kubur di Tanah  Perkuburan Islam Kiarong (Jame Asr).  Yangmana kawasan luar telah dijadikan tempat letak kereta bagi orang ramai yang hendak ke Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha. Kerja-kerja pembinaan atap bagi mengelak orang ramai yang datang terkena hujan sebagai point bagi orang ramai untuk menaiki bas awam yang disediakan bagi mengangkut orang ramai yang hendak ke hospital.  

Sesiapa saja yang hendak ke rumah sakit tersebut hendaklah meletakkan kereta mereka disana.  Manakala mereka akan diangkut dengan mengunakan bas secara percuma.

Pehak Kementerian Kesihatan telah membuat atap bagi mengelak orang ramai basah apabila hujan turun.  Manakala kereta-kereta orang ramai akan sentiasa dijaga oleh Pegawai Keselamatan yang telah dilantik bagi menjaga kawasan tersebut.

Luar pagar TPI ini telah digazzette bagi menambah keluasan tanah kubur.

Kerja-kerja membuat atap laluan dijalankan.

Jalan menuju ketempat menunggu bas juga dipasang atap. 

Kelihatan kereta pelawat kehospital diletakan dengan selamat.

Tangga menuju kekuburan. nampak tempat yang dibina atap bagi laluan orang ramai.