Pada Hari Rabu, 26 Oktober 2012, pemeriksaan bagi selesainya kerja-kerja pengubahsuaian bagi bangunan dan kawasan Kubah Makam Diraja, Jalan Tutong telah dijalankan. Kerja-kerja pengubahsuaian telah dijalankan oleh sebuah Kontraktor. Dimana banyak pengubahan telah dijalankan seperti pemasangan atap dan jubin lantai (tile) baru bagi jalan dan tangga laluan kebangunan makam. Begitu juga bahan-bahan binaan ditukar mengikut peredaran masa.
Kerja-kerja pemeriksaan dijalankan oleh Pegawai dari Unit Pemeliharaan Tanah-Tanah Perkuburan Islam, Pegawai-Pegawai dari Unit Tanah-Tanah Perkuburan Islam dan wakil Kontraktor.
Pintu utama masuk kedalam bangunan Kubah Makam Diraja telah ditukar baru dengan mengunakan besi tahan karat (standless steel)
Tangga tempat naik diganti jubinnya (tile) baru.
Begitu juga beranada diganti jubin baru.
Ayat yang tertera juga diganti baru.
Jubin tangga diganti baru.
Jubin dinding diganti sedikit sahaja yangmana nampak perbezaan warnanya.
Jubin laluan menuju ke tandas diganti baru.
Pagar jembatan menuju kelagoon juga diperbaharui.
Grill penutup longkang juga diganti baru.
Jubin laluan menuju ke lagoon diganti baru, dan nampak elok.
Jambatan menuju ke lagoon diperbaiki jubinnya.
Nampak cantik berwarna biru.
Siling dome dicat baru.
Pagar dicat dan besi yang mudah berkarat diganti dengan jenis anti karat (standless steel).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan