BANGUNAN PEJABAT UNIT

BANGUNAN PEJABAT UNIT
BANGUNAN PEJABAT UNIT TANAH-TANAH PERKUBURAN ISLAM, JALAN RESIDENCY, BANDAR SERI BEGAWAN, BRUNEI DARUSSALAM.

Isnin, 2 Disember 2013

PEBUATAN KHURAFAT ATAS TANAH PERKUBURAN

Pada Hari Khamis, 28 November 2013, pihak Unit Tanah-Tanah Perkuburan Islam telah menerima adauan adanya perbuatan khurafat diatas dua buah tanah perkuburan islam didalam Daerah Brunei Muara.  

Dimana pihak Pegawai dan Kakitangan Unit ini telah berkejar ketampat tersebut dan mendapati pemasangan patong kepercayaan bagi Ugama Kristian.  Ianya adalah kubur milik seorang mualaf yang asalnya berugama Katolik.

Perkara ini telah dimaklumkan kepada Unit Kawalan Akidah, KHEU.  Dimana pihak Kawalan Akidah telah menghubungi keluarga simati dan menesihatkan untuk mengambil balik barang tersebut.  Mereka telah berbuat demikian dan berakhirlah episod tersebut.

Diatas kubur ini tersembunyi satu patung dalam kepercayaan Ugama Katolik.

Patung inilah dipecayai sebagai angel (melaikat) bagi Ugama Kristian.

Tertulis doa dalam bahasa Inggeris diatasnya.

Apabila daun-daun dikias maka nampak dan jelas perbuatan khurafat.

Namun ada lagi satu tempat, dimana di Tanah perkuburan yang lain pula terdapat pemasangan batu nisan lama secara berbaris seolah-olah menjadi pagar.

Dimana pewaris telah memasang batu nisan lama dekat kubur ini.

Nampak 10 biji nisan batu dipasang seperti pagar.

Diatasnya dihias dengan jambangan bunga hidup.

Kelihatan dari jauh cantik seperti Taman Bunga.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan