BANGUNAN PEJABAT UNIT

BANGUNAN PEJABAT UNIT
BANGUNAN PEJABAT UNIT TANAH-TANAH PERKUBURAN ISLAM, JALAN RESIDENCY, BANDAR SERI BEGAWAN, BRUNEI DARUSSALAM.

Sabtu, 26 April 2014

KERJA MEMINDAH KUBUR LAMA DI KAMPONG SUNGAI SIAMAS.

Pada Hari Sabtu, 26 April 2014, satu kerja memindah kubur lama di Kampong Sungai Siamas, Mukim Sungai Kebun telah dijalankan.  Kubur-kubur tersebut cuma memiliki 7 jasad disemadikan disitu.  Pemindahan dilakukan olih Pihak Unit Tanah-Tanah Perkuburan Islam, KHEU dibantu olih Jabatan Jalan Raya, JKR, serta konsultan dan kontraktor yang menjalankan pembinaan jambatan dari Kampong Pintu Malim Jalan Residency menuju ke Kampong Sungai Kebun.

Ianya dibina bagi memudahkan perhubungan jalan raya dari Lumapas dan sekitarnya untuk pergi ke ibu negara Bandar Seri Begawan.

Kerja-kerja diketuai olih Yang Mulia Awang Haji Mohammad bin Haji Tuah dari Jabatan Jalan Raya, JKR.  Turut hadir Yang Mulia Haji Ibrahim bin Haji Ratu, dari Unit Tanah-Tanah Perkuburan Islam, KHEU, Pegawai-pegawai dari kedua-dua jabatan dan pihak Konsultan dan Kontraktor yang mengendalikan pembinaannya serta waris simati.

Pemindahan dilakukan dari Tanah Perkuburan Islam Sungai Siamas ke Tanah Perkuburan Islam Sungai Pangga.

Memulakan tahlil dipimpin YM Hj Mohaimin Duraman (kanan) dari kiri YM Hj Mohammad Hj Tuah dan YM Hj Ibrahim Hj Ratu.

Kerja-kerja menggali kubur dimulakan dengan membuka tambak keliling dan nisan kayu.

Kerja-kerja diperhati olih pegawai-pegawai yang hadir.

Juga membuka tanbak sebelum menggali..

Kerja-kerja menggali dilakukan bagi mengeluarkan cebisan mayat.

Tanah yang dipercayai bekas mayat dibungkus semula dihimpun dengan nisan dan tambaknya untuk dipindahkan TPI Sg Pangga. 

Pekerja yang menendalikan penggalian bergerak dari TPI Sg Siamas ke TPI Sg Pangga dengan berjalan kaki.

Sampai ketempat dituju iaitu TPI Sg Pangga bagi menyebadikan semula cebisan jenazah ke perkuburan tersebut.

Di TPI Sg Pangga lubang liang disediakan untuk memasukkan kembali cebisan jenazah.

YM Hj Mohaimin Duraman memasukan bungkusan tanah cebisan jenazah.

Menyerahkan bungkusan cebisan jenazah untuk disemadikan diliang lahad baru.

Untuk meletakannya kedalam liang lahad.

Nisan kayu asal juga dibawa pindah.

Acara terakhir bacaan tahlil dan doa arwah dipimpin olih YM Hj Mohaimin Duraman.

Waris yang turut serta dan pekerja Konsultan dan Kontraktor.

Sebahagian lagi yang hadir di TPI Sg Pangga.

Selasa, 22 April 2014

UPACARA MEMINDAH KUBUR LAMA DIKAMPONG KUPANG

Pada Hari Isnin 21 April, 2014, satu upacara memindah kubur lama telah dijalankan di Kampong Kupang Tutong. Dimana dalam upacara itu telah dihadiri olih Ketua Pegawai Ugama Daerah Tutong, Yang Mulia Awang Haji Hasan bin Haji Amat, Yang Mulia Awang Haji Ibrahim bin Haji Ratu, Ketua Unit Tanah-Tanah Perkuburan Islam, Yang Mulia Awang Haji Mohd Sidek bin Haji Mohd Yusof, Pegawai di Jabatan Saliran dan Pembantungan, Jabatan Kerja Raya, Yang Mulia Awang Haji Mohd Jumin bin Haji Marsal, Pengetua Perunding Jumin Marsal, Ketua Kampong Kupang dan Ketua Kampong Tanjung Nangka serta penduduk kampong berhampiran, Pegawai-Pegawai dari Unit Tanah-Tanah Perkuburan Islam Daerah Brunei Muara dan Daerah Tutong.

Bacaan tahlil dibacakan olih YM Pg Isa Pg Hj Hitam.

Kelihatan Ketua Pegawai Ugama Daerah Tutong YM Hj Hasan Hj Amat.

Penduduk kampong dan waris kepada orang-orang yang berkubur di perkuburan tersebut.

Kerja-kerja pengalian dijalankan olih buruh-buruh kerajaan dan swasta.

Salah satu kubur yang mula digali.

Pada zaman dahulu pengkebumian jenazah dilakukan agak dalam bagi mengelak daripada
dikali olih  binatang buas.

Mula mengesan bekas rangka manusia seperti tulang atau rambut.

Sesudah dikenal pasti tanah yang dipercayai kesan jasad manusia barulah
dibungkus semula seperti jenazah tetapi kecil sahaja.

Orang ramai telah menjumpai sebuah kubur yang ditanam berserta parang.

Sebahagian orang ramai memerhati kerja-kerja yang dilakukan. berdiri berbaju putih dan bersongkok YM Hj Puasa Ketua Kampong Kupang.

Nisan kayu lama dipercayai mencapai 200 tahun.

Lubang kecil ditapak kubur baru untuk menyebadikan kembali cebisan jenazah.

Kawasan yang akan dijadikan kolam tedahan hujan mengelak banjir.

Sisa tulang yang tinggal yang akan disemadikan semula.

Pegawai dari Unit Tanah-Tanah Perkuburan Islam.

Pegawai dan Kakitangan dari Jabatan Saliran dan Pembentungan JKR.

Juga Pegawai dan Kakitangan JKR.

Selasa, 11 Februari 2014

TUJUH BUAH KUBUR LAMA YANG TERLIBAT PROJEK JEJAMBAT KOTA BATU - SG KEBUN AKAN DIPINDAH.

Hari Selasa 11 Februari 2014, satu lawatan telah dijalan keatas sebuah tapak Tanah Perkuburan Islam lama di Kampong Sungai Kebun.  Dimana tapak tersebut terlibat keatas pembinaan jejambat atau jambatan untuk menyeberangi Sungai Brunei dari Kampong Pintu Malim Mukim Kota Batu menuju Ke Kampong Sungai Kebun Mukim Sungai Kebun.  Rancangan pembinaaan jejambat itu akan memakan masa 36 bulan.

Tanah Perkuburan Islam tersebut terdapat 7 buah kubur orang islam, manakala berdekatan juga dengan Kubur (Jeriat) Cina.  Kedua-dua kubur itu akan dipindah bagi memudahkan pembinaan jejambat dan laluan jalan itu nanti.  Dengan terbinanya jejambat tersebut akan memudahkan orang ramai datang dari Bandar Seri Begawan ke Kampong Sungai Kebun atau sebaliknya.

Sebahagian daripada 7 buah kubur yangmana bernisan batu sungai yang dipercayai berusia lebih 100 tahun

 Manakala ini sebahagian lagi yang nisan kayu jenis bulian yang dipercayai berusia lebih 200 tahun.

 Kelihatan pegawai dari Pusat Sejarah Brunei YM Hj Motalib Hj Momin dan YM Hj Suut Hj Ahmad sambil diperhati YM Hj Md Salleh Hj Besar.

Nisan kayu yang berusia lebih 200 tahun ini sudah ditumbuhi kayu yang besar.

Pegawai pengendali dari JKR Bhg. Jalan Raya YM Hj Mohammad Hj Tuah berkaca mata dan baju hitam.

YM Hj Hazaman Hj Zulkiffly Pengawas Tanah-Tanah Perkuburan Islam, sedang naik menuju ke TPI Kg Sg Kebun.

 Sebahagian daripada yang hadir mula naik keatas bukit yang sudah ditoreh.

Kelihatan tidak jauh Kubur (Jeriat) Buddha Cina.'Yangmana juga akan dipindah ketempat lain.

Ahad, 26 Januari 2014

PENOMINA HUJAN MENJADIKAN BANYAK KUBURAN MENDAP DAN TERTURUN SERTA TANAH BUKIT RUNTUH

Pada Hari Ahad 26 Januari 2014, sebagai kesenambungan dalam terajidi penomina hujan satu lawatan telah dilakukan ke Tanah Perkuburan Islam Kiarong (Jame Asr).  Dimana didapati banyak tambak dan batu nisan kubur telah mendap atau terturun dari paras asal.  Ianya disebabkan papan menghadang jenazah didalam sudah patah dan tanah pun terturun menjadikan berlobang.

 Keberatan tambak nampak terturun.

Kedudukan bergisir dari tempat asal.

Terturun dari paras asal.

Tanpa tambak pun kelihatan terturuan.





Keadaan tidak menentu.

Ada yang tanahnya susur namun tambak masih ada diatas.

Kelihatan tanah terturun.

Kubur lama juga nampak terturun.

Jumaat, 17 Januari 2014

TANAH BUKIT T. P. I. SUNGAI PANGA TELAH RUNTUH.

Pada Hari Selasa 14 Januari 2014, bersempena dengan Sembutan Maulud Nabi Muhammad Salallahu Alaihi Wassalam bagi tahun 1435 hijrah, satu kejadian tanah runtuh telah berlaku diatas tanah bukit Tanah Perkuburan Islam Sungai Panga, Kampong Sungai Kebun.  Ianya terjadi kerana keadaan cuaca hujan yang tidak berhenti-henti akhir-akhir ini.  Dimana juga terdapatnya kejadian banjir dikawasan yang rendah.

Ketua Unit Tanah-Tanah Perkuburan Islam, Yang Mulia Awang Haji Ibrahim bin Haji Ratu telah mengadakan lawatan ketempat tersebut bersama tiga orang Pengawas Tanah-Tanah Perkuburan Islam Yang Mulia Pengiran Sahridin bin Pengiran Haji Punggut, Yang Mulia Awang Sulaiman bin Mohammad dan Yang Mulia Pengiran Haji Mohd Ardey bin Pengiran Haji Morsidi.

Kawasan laluan untuk naik kenderaan ke kawasan tanah kubur telah disekat olih longgokan tanah runtuh.

 Longgokan tanah yang besar dan sukar untuk dilalui.

 Keadaan tanah runtuh merosakkan pagar keliling yang telah dipasang.

 Pagar telah roboh.

 Tanah yang susur telah jatuh diatas jalan raya.

Juga telah jatuh kedalam longkang maka longkang menjadi tersumbat.