Pada Hari Selasa 14 Januari 2014, bersempena dengan Sembutan Maulud Nabi Muhammad Salallahu Alaihi Wassalam bagi tahun 1435 hijrah, satu kejadian tanah runtuh telah berlaku diatas tanah bukit Tanah Perkuburan Islam Sungai Panga, Kampong Sungai Kebun. Ianya terjadi kerana keadaan cuaca hujan yang tidak berhenti-henti akhir-akhir ini. Dimana juga terdapatnya kejadian banjir dikawasan yang rendah.
Ketua Unit Tanah-Tanah Perkuburan Islam, Yang Mulia Awang Haji Ibrahim bin Haji Ratu telah mengadakan lawatan ketempat tersebut bersama tiga orang Pengawas Tanah-Tanah Perkuburan Islam Yang Mulia Pengiran Sahridin bin Pengiran Haji Punggut, Yang Mulia Awang Sulaiman bin Mohammad dan Yang Mulia Pengiran Haji Mohd Ardey bin Pengiran Haji Morsidi.
Kawasan laluan untuk naik kenderaan ke kawasan tanah kubur telah disekat olih longgokan tanah runtuh.
Longgokan tanah yang besar dan sukar untuk dilalui.
Keadaan tanah runtuh merosakkan pagar keliling yang telah dipasang.
Pagar telah roboh.
Tanah yang susur telah jatuh diatas jalan raya.
Juga telah jatuh kedalam longkang maka longkang menjadi tersumbat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan