BANGUNAN PEJABAT UNIT

BANGUNAN PEJABAT UNIT
BANGUNAN PEJABAT UNIT TANAH-TANAH PERKUBURAN ISLAM, JALAN RESIDENCY, BANDAR SERI BEGAWAN, BRUNEI DARUSSALAM.

Isnin, 17 September 2012

KETUA BAHAGIAN BANGUNAN DAN PEMELIHARAAN TELAH MELAWAT T. P. I. DAGANG.

Pada Hari Isnin 17 September 2012, Yang Mulia Pengiran Alli bin Pengiran Haji Mohamad, Ketua Bahagian Bangunan dan Pemeliharaan Kementerian Hal Ehwal Ugama, telah melawat Tanah Perkuburan Islam Dagang, Jalan Residency, Bandar Seri Begawan.  

Yangmana kubur tersebut telah mendapat liputan akhbar tentang pencerobohan orang-orang yang tidak diingini. Mereka makan dan minum ditempat tersebut dan membuang bekas-bekas pembungkus dan cawan kertas dimerta tempat dalam kawasan tanah perkuburan. 

Mereka nampak tidak menghormati kesucian tempat tersebut.  Ianya adalah disebabkan bersempadan dengan tempat menjual makanan harian iaitu "Tamu Kianggeh."  Sedangkan orang yang menceroboh tersebut sama-sama berugama Islam yang datang dari Negara Indonesia.

Perkara ini adalah disebabkan kerosakan pada pagar keliling tanah perkuburan tersebut.  Perkara ini sudah seringkali dilapurkan kepada pehak yang berkenaan.

YM Pg Alli Pg Mohamad terpegun melihat pemendangan Bandar Seri Begawan dari atas bukit TPI Dagang tersebut.  Maka dari itu pendatang cuba menjadikan tempat tersebut menjadi tempat makan.

YM Awg Sulaiman Mohammad (Pengawas) dan YM Hj Hazaman Hj Zulkiffly (Penolong Pengelola).

YM Pg Hj Md Ardey Pg Hj Mursidi (Pengawas) dan YM Awg Hairul Hj Ahmad (Buruh).

YM Awg Hairul Hj Ahmad menerangkan sesuatu kepada Ketua Bahagian Bangunan dan Pemeliharaan.

YM Pg Alli Pg Mohamad pendengar penerangan daripada buruh tersebut.

Bangunan Surau dibina oleh pehak Lembaga Bandaran BSB. Bagi memudahkan orang ramai untuk menghormati waktu apabila masuk waktu solat.  Namun tempat tersebut tidak digunakan lagi malahan tempat tersebut digunakan oleh orang yang tidak bertanggongjawab.

Pondok kubur ini pun juga tidak digunakan lagi.

PERJUMPAAN DENGAN BURUH YANG BERTUGAS BAGI MEMBERSEH T. P. I. KIARONG, PULAIE DAN MAKAM LUBA.

Pada Hari Isnin, 17 September 2012, satu perjumpaan dengan buruh yang akan ditugaskan sementara bagi memberseh di Tanah Perkuburan Islam Kiarong (Jame Asr'), Tanah Perkuburan Islam Pulaie dan Tanah Perkuburan Islam Kubah Makam Diluba.  Kerana pada masa ini belum selesai penyerahan secara kontrak berpenggal (term contract).  Perjumpaan diadakan di Bilik Mesyuarat Unit Tanah-Tanah Perkuburan Islam, Jalan Residency, Bandar Seri Begawan.

Perjumpaan dipengerusikan oleh Yang Mulia Haji Ibrahim bin Haji Ratu, Pengelola Kanan Tanah-Tanah Perkuburan Islam.  Turut hadir Penolong-Penolong Pengelola Tanah-Tanah Perkuburan Islam iaitu Yang Mulia Awang Julidy bin Haji Samsudin, Yang Mulia Haji Abdul Jufri bin Haji Jaafar dan Yang Mulia Haji Hazaman bin Haji Zulkiffly.  Manakala Pengawas Tanah-Tanah Perkuburan Islam ialah Yang Mulia Pengiran Haji Mohd Ardey bin Pengiran Haji Mursidi.

Buruh-buruh yang Hadir:

1.  Yang Mulia Awang Mail bin Tahir.
2.  Yang Mulia Awang Zulkifli bin Haji Ramli.
3.  Yang Mulia Awang Jinin bin Yusof.
4.  Yang Mulia Awang Shamira bin Haji Ongsng.
5.  Yang Mulia Awang Zaifridin bin Haji Jimbol.
6.  Yang Mulia Awang Idrus bin Metassan. dan
7.  Yang Mulia Awang Hassim bin Haji Jumaat.

Dari kiri YM Hj Ibrahim Hj Ratu dan YM Awg Julidy Hj Samsudin.

Dari kiri YM Hj Hazaman Hj Zulkiffly dan YM Hj Abdul Jufri Hj Jaafar.

Buruh-buruh yang hadir YM Awg Mail Tahir, YM Awg Zulkifli Hj Ramli dan YM Awg Jinin Yusof.

Dari kiri YM Awg Shamira Hj Ongsang, YM Awg Zaifridin Hj Jimbol dan YM Awg Idrus Metassan.

YM Awg Idrus Metassan, YM Awg Mail Tahir dan YM Awg Zulkifli Hj Ramli.

YM Awg Julidy Hj Samsudin dan YM Pg Hj Md Ardey Pg Hj Mursidi.

Rabu, 12 September 2012

KAYU MATI TELAH REBAH DI T. P. I. PANTARAN KAMPONG KIARONG.

Pada Hari Selasa 11 September 2012, kerja-kerja memotong kayu yang telah rebah ditiup angin kencang telah diadakan di Tanah Perkuburan Islam Pantaran, Kampong Kiarong, Mukim Gadong.  Kerja-kerja diketuai oleh Pengelola Kanan Tanah-Tanah Perkuburan Islam Yang Mulia Awang Haji Ibrahim bin Haji Ratu berserta Pengelola Tanah-Tanah Perkuburan Islam Yang Mulia Awang Haji Mohd Salleh bin Haji Awang Besar, Penolong-Penolong Pengelola Tanah-Tanah Perkuburan Islam Yang Mulia Awang Julidy bin Haji Samsudin, Yang Mulia Awang Haji Abdul Jufri bin Haji Jaafar dan Yang Mulia Awang Haji Hazaman bin Haji Zulkiffly.   Pengawas-Pengawas Tanah-Tanah Perkuburan Islam Yang Mulia Awang Sulaiman bin Mohammad dan Yang Mulia Pegiran Haji Mohd Ardey bin Haji Morsidi.

Kayu-kayu tersebut telah diusahakan oleh beberapa orang buruh di Unit ini.

Lebal nama kubur TANAH PERKUBURAN ISLAM PANTARAN KAMPONG KIARONG kelihatan berseberangan dengan Sekolah Rendah Kiarong.

Jalan Datu Retna adalah perantaraan diantara Sekolah Rendah Datu Retna Kampong Kiarong dengan TPI Pantaran Kampong Kiarong ini.

Kerja-kerja memotong dan membuang kayu yang sudah rebah.

YM Awg Othman Danis sedang mengangkat dahan kayu tersebut.

YM Awg Ahad Hamdan sedang memotong kayu.

YM Awg Ahad Hamdan sedang memerhati untuk membuat kerja.

YM Pg Kamal Ariffin Pg Hj Mahmud sedang memotong kayu.

Selasa, 11 September 2012

JENAZAH DIKEBUMIKAN TIDAK MENGIKUT SYSTEM YANG DISEDIAKAN DIATAS T. P.I. YANG BERSUSUN MENGIKUT GILIRAN.

Pada Hari Isnin 10 September 2012 pehak Unit Tanah-Tanah Perkuburan Islam telah menerima aduan daripada buruh yang ditugaskan bagi menjaga dan memelihara Tanah Perkuburan Islam Terunjing.  Iaitu Yang Mulia Awang Josey bin Haji Munan.

Sebagaimana yang kita ketahui Tanah Perkuburan tersebut ialah sebuah tanah perkuburan yang bersystem.  Ia itu disusun mengikut bilangan dan didaftarkan kedalam rekod yang telah disediakan.  

Namun waris kepada simati tersebut tidak mahu pengkebumian mengikut bilangan pendaftaran yang disediakan, malahan menggali ditempat yang bukan dihaskan iaitu sebuah kawasan yang dibuat tempat laluan. Oleh sebab mereka tidak mahu mengikut peraturan yang telah disediakan disana maka satu kecacatan telah terjadi diatas Tanah Perkuburan tersebut.  Yangmana mereka mahu mengkebumikannya berdekatan dengan saudara mara mereka sendiri yang telah dikebumikan dalam masa 4 tahun yang lalu. 

Kubur yang baru dikebumikan pada Hari Ahad 9 September 2012 tidak mengikut susunan dan tidak bernumbur.  Ianya senghaja dikebumikan oleh sanak saudara berdekatan dengan kubur ahli keluarga mereka yang telah dikebumikan lebeh 4 tahun yang lalu..

Kubur bilangan pendaftaran 091 dalam zon A ialah kubur Allahyarham Awg Hj Besar Metali yang telah dikebumikan pada 4 Oktober 2007.  Dimana berdekatannya telah dikebumikan jenazah yang baru dan sepatutnya tidak dikebumikan berdekatan dan tidak memiliki bilangan pendaftaran. 

PINTU PAGAR SEMPADAN ANTARA PEJABAT U.T.T.P.I DAN TAMU KIANGGEH TELAH ROSAK

Pada Hari Selasa, 11 September 2012, kejadian pintu pagar rosak diakibatkan besinya berkarat kerana terkena air sungai yang masin.  Oleh sebab kawasan ini berhampiran dengan sungai dengan air yang masin maka barang besi akan mudah berkarat dan rosak.  Kejadian itu telah berlaku lama dan baru pagi ini didapati pintu pagar telah rebah kebumi.

Perkara ini telah pun dilapurkan kepada Ketua Bahagian Banguna dan Pemeliharaan, Kementerian Hal Ehwal Ugama melalui Unit Projek untuk diperbaiki segera.

 Pintu pagar menuju ke Tamu Kianggeh ini sentiasa dikunci namun rebah kerana berkarat.

Keadaan dibawah pagar diatas jambatan penghubung diatara Pejabat Unit Tanah-Tanah Perkuburan Islam dengan Tamu Kianggeh.

Keadaan dari jambatan yang kokoh dan pagar besi yang berkarat.

Keadaan pintu pagar yang terlambah memudahkan orang yang tidak diundang masuk kekawasan Pejabat Unit Tanah-Tanah Perkuburan Islam.

Sabtu, 8 September 2012

PERJUMPAAN DENGAN KETUA BAHAGIAN BANGUNAN DAN PEMELIHARAAN K.H. E. U.

Pada Hari Sabtu, 8 September 2012, satu perjumpaan dengan Ketua Bahagian Bangunan dan Pemeliharaan Kementerian Hal Ehwal Ugama telah diadakan di Bilik Mesyuarat Unit Tanah-Tanah Perkuburan Islam. Yang Mulia Pengiran Alli bin Pengiran Haji Mohamad telah memberi ucapan kepada semua Pengelola dan Pengawas Unit Tanah-Tanah Perkuburan Islam.  Yangmana beliau menyatakan hasrat bagi menghalusi lagi peranan pegawai dan kakitangan di Unit ini.

Dimana beliau berharap kakitangan unit ini akan membantu tugas-tugas Unit Pemeliharaan Tanah-Tanah Perkuburan Islam seperti mengendalikan tentang kontrak berpenggal (term contract), penindaran kemudahan asas dan lain-lain yang diperlukan dari masa kesemasa.  Ianya diperlukan bagi membantu tugas kerana kekurangan kakitangan di Unit itu.

Makanya dengan adanya bantuan daripada Pengawas yang ada akan memudahkan lagi kerja-kerja pemeliharaan disemua Tanah-Tanah Perkuburan Islam diseluruh negara.

 Kelihatan YM Pg Alli Pg Hj Mohamad sedang mempengerusikan mesyuarat.

Dari kiri YM Pg Sahridin Pg Hj Punggut (Pengawas Tanah-Tanah Perkuburan Islam) dan YM Awang Julidy Hj Samsudin (Penolong Pengelola Tanah-Tanah Perkuburan Islam)

Dari kiri YM Hj Hazaman Hj Zulkiffly (Penolong Pengelola) dan YM Pg Sahridin Pg Hj Punggut (Pengawas).

Dari kiri YM Hj Abdul Jufri Hj Jaafar (Penolong Pengelola), YM Awang Sulaiman Mohammad dan YM Pg Hj Mohd Ardey Pg Hj Mursidi (Pengawas).

Khamis, 6 September 2012

T. P. I. SYARIF MUFAQEH MASUK DALAM KAWASAN ISTANA NURUL IMAN

Pada Hari Khamis 6 September, 2012 satu lawatan telah diadakan ketapak Tanah Perkuburan Islam Syarif Mufaqeh.  Yangmana pehak Unit Tanah-Tanah Perkuburan Islam, melalui Yang Mulia Pengiran Alli bin Pengiran Haji Mohammad, Ketua Bahagian Bangunan dan Pemeliharaan telah menerima aduan daripada pewaris Tanah Perkuburan tersebut.  

Sebelum ini mereka mudah untuk melawat tapak Tanah Perkuburan Islam itu kerana ianya belum berpagar. Namun sejak akhir ini ianya telah termasuk dalam kawasan lingkungan pagar Istana Nurul Iman dan terpaksa memohon kebenaran daripada Polis Kawalan Diraja dipintu masuk berdekatan dengan Balai Bomba dan Penyelamat Tumasek.

Kelihatan dari luar pagar keliling Istana Nurul Iman ialah tapak TPI Syarif Mufaqeh.

Kelihatan dari jauh sebuah batu nisan yang dipercayai kepunyaan Syarif Mufaqeh.

Setelah masuk melalui kawalan polis dari bukit ini kita boleh menuju ke tapak TPI tersebut.

Bekas kesan orang berjalan menuju ke TPI itu.

Dari bukit TPI ini kelihatan Balai Bomba dan Penyelamat Tumaseh dan lain-lain bangunan disekelilingnya.

Salah satu kubur yang terdapat disini. Yang juga dipercayaai golongan pembesar negeri.

Kubur Syarif Mufaqeh secara dekat.

Juga salah satu lagi kubur yang dipercayai pembesar negeri ini.

Pagar istana yang dibina berdekatan dengan TPI tersebut.

Liring bukit yang perlu dibersehkan.

Lebal tanda arah kiblat yang dipasang dalam TPI ini.