BANGUNAN PEJABAT UNIT

BANGUNAN PEJABAT UNIT
BANGUNAN PEJABAT UNIT TANAH-TANAH PERKUBURAN ISLAM, JALAN RESIDENCY, BANDAR SERI BEGAWAN, BRUNEI DARUSSALAM.

Isnin, 5 November 2012

T. P. I. SUNGAI AKAR AKAN DIBINA PAGAR, JALAN LALUAN DAN TANDA KUBUR.

Pada Hari Isnin 5 November 2012, satu penyerahan tapak bagi dibina kemudahan asas telah dilakukan bagi Tanah Perkuburan Islam Kampong Sungai Akar telah dijalankan.   Tanah Perkuburan Islam tersebut buat masa ini tidak aktif lagi terletak di Simpang 166, Jalan Sungai Akar. Yangmana ditapak tersebut akan dibina pagar keliling, jalan masuk dan tanda nama kubur.

Hadir dimajlis tersebut ialah Yang Mulia Haji Ibrahim bin Haji Ratu, Pengelola Kanan Tanah-Tanah Perkuburan Islam, Yang Mulia Haji Abdul Jufri bin Haji Jaafar dan Yang Mulia Haji Hazaman bin Haji Zulkiffly Penolong Pengelola Tanah-Tanah Perkuburan Islam, Yang Mulia Pengiran Sahridin bin Pengiran Haji Punggut dan Yang Mulia Pengiran Haji Mohd Ardey bin Pengiran Haji Mursidi Pengawas Tanah-Tanah Perkuburan Islam.  Dari bahagian Pemeliharaan Tanah Perkuburan Ialah Yang Mulia Haji Rozaini dan Yang Mulia Haji Mohd Zainin bin Haji Metarsad serta seorang wakil dari Syarikat Nurasa Construction & Maintenance.  

Kerja-kerja dijalankan dalam tempoh enam bulan.

 Kedudukan kubur diatas bukit kecil yangmana akan dipasang kemudahan asas.

Berbaju puteh wakil kotraktor yang akan membuat kerja-kerja tersebut bersama dua orang Pengawas Tanah-Tanah Perkuburan Islam, YM Hj Hazaman Hj Zulkiffly dan YM Pg Hj Md Ardey Pg Hj Mursidi.

YM Hj Mohd Rozaimi menerangkan kerja-kerja yang akan dibuat.

Turut hadir YM Hj Mohd Zainin Hj Metarsad dan YM Pg Sahridin Pg Hj Punggut.
 
YM Pg Hj Mohd Ardey dan wakil kontraktor mengaminkan doa.

PAGAR T. P. I. TELANAI TELAH ROBOH DIHEMPAP KAYU TUMBANG.

Pada Hari Ahad 4 November 2012 pagar keliling bagi Tanah Perkuburan Islam Telanai "A" telah didapati roboh.  Ianya telah roboh disebabkan dihempap oleh kayu tumbang dan dahannya gugur.  Kerana sebelumnya telah dilapurkan untuk menembang beberapa pohon kayu yang sudah mati.  Namun kerja-kerja penebangan kayu tidak dapat dilakukan kerana tiada sebarang kesanggupan untuk melakukannya.  

Oleh sebab kayu itu telah didapati rapuh maka ianya gugur sendiri.

Dahan kayu yang berat telah merempoh diatas pagar besi.

Grill besi telah tertanggal dari tiang pagar konkret.

Pagar telah tiada dan mudah bagi binatang liar masuk kedalam kawasan kubur. 

Dahan dan batang kayu yang besar dan berat telah merosakkan pagar.

Grill pagar perlu dipasang baru.

Kerja-kerja pembersehan dijalankan segera pada hari itu juga (Hari Ahad)

T. P. I. SIMPANG 33, KG SERUSUP DIPASANG PAGAR KELILING

Pada Hari Khamis 1 November 2012, kerja-kerja memagar keliling Tanah Perkuburan Islam Serusup di Simpang 33, telah siap dibina. Ianya dipasang bagi menganti pagar lama yang sudah rosak.  Pembinaannya dibuat bagi mengelak dari diceroboh oleh binatang-binatang liar.

Hadir dipenyerahan siapnya ialah Yang Mulia Haji Ibrahim bin Haji Ratu, Pengelola Kanan Tanah-Tanah Perkuburan Islam dan Yang Mulia Pengiran Abdul Razak bin Pengiran Haji Apong, Ketua Pembantu Teknik di Unit Pemeliharaan Tanah-Tanah Perkuburan Islam.

Pagar baru yang siap dipasang.

Tanaman pemilik tanah yang sama sampadan meletakkan tanam dalam kawasan tanah milik kubur. Pagar didirikan masuk kedalam kawasan.

Setelah dibina pagar baru namak bekas dicerubuh.

Segala tanaman terpaksa dibuang.

Nampak bekas ditanam jauh masuk kedalam kawasan kubur.

Parabola dipasang dalam kawasan dan pagar terpaksa diundurkan kedalam sedikit.

Pintu Pagar dibuat betul-betul disempadan, kerana tapak simpang laluan digunakan oleh pemilik tanah mendirikan garaj kereta.

Khamis, 25 Oktober 2012

PENGUBAHSUAIAN BANGUNAN MAKAM DIRAJA TELAH SIAP DILAKSANAKAN

Pada Hari Rabu, 26 Oktober 2012, pemeriksaan bagi selesainya kerja-kerja pengubahsuaian bagi bangunan dan kawasan Kubah Makam Diraja, Jalan Tutong telah dijalankan.  Kerja-kerja pengubahsuaian telah dijalankan oleh sebuah Kontraktor.  Dimana banyak pengubahan telah dijalankan seperti pemasangan atap dan jubin lantai (tile) baru bagi jalan dan tangga laluan kebangunan makam.  Begitu juga bahan-bahan binaan ditukar mengikut peredaran masa.

Kerja-kerja pemeriksaan dijalankan oleh Pegawai dari Unit Pemeliharaan Tanah-Tanah Perkuburan Islam, Pegawai-Pegawai dari Unit Tanah-Tanah Perkuburan Islam dan wakil Kontraktor.

Pintu utama masuk kedalam bangunan Kubah Makam Diraja telah ditukar baru dengan mengunakan besi tahan karat (standless steel)

Tangga tempat naik diganti jubinnya (tile) baru.

Begitu juga beranada diganti jubin baru.

Ayat yang tertera juga diganti baru.

Jubin tangga diganti baru.

Jubin dinding diganti sedikit sahaja yangmana nampak perbezaan warnanya.

Jubin laluan menuju ke tandas diganti baru.

Pagar jembatan menuju kelagoon juga diperbaharui.

 Grill penutup longkang juga diganti baru.

Jubin laluan menuju ke lagoon diganti baru, dan nampak elok.

Jambatan menuju ke lagoon diperbaiki jubinnya.

Nampak cantik berwarna biru.

Siling dome dicat baru.

Pagar dicat dan besi yang mudah berkarat diganti dengan jenis anti karat (standless steel).

Sabtu, 13 Oktober 2012

T.P.I. RANGGAS BESAR MENERIMA WAKAF PAGAR STEEL

Pada Hari Sabtu, 13 Oktober 2012, seorang Hamba Allah telah menwakafkan pagar steel (segapan) bagi tangga menuju ke Tanah Perkuburan Islam Ranggas Besar.  Yangmana sebelum ini tangga tersebut cuma mendapat pagar sebelah sahaja.  Sipewakaf ialah Yang Mulia Awang Haji Emran bin Awang Haji Omar, dari Kampong Pengkalan Gadong.  Yangmana sebelum ini telah ada pagar sebelah sahaja bersama tangga yang dibina oleh pehak Kerajaan melalui Unit Tanah-Tanah Perkuburan Islam dan beliau pula mewakafkan disebelah lagi.

Ianya dipasang pada laluan dari Rumah Sakit Raja Isteri Pengiran Anak Saleha, Kampong Kiulap, Bandar Seri Begawan.

Pagar steel (segapan) yang sedia ada dipasang semasa pembinaan tangga konkret ini.

Juga pagar secara dekat.

Pagar baru yang hendak dipasang.

Juga pagar anti karat yang siap sedia untuk dipasang.

Khamis, 11 Oktober 2012

T. P. I. BAYUT KG TERUNJING TELAH DIPAGAR BARU.

Pada Hari Khamis 11 Oktober 2012, satu pemeriksaan telah dijalankan bagi mempastikan pemesangan pagar baru di Tanah Perkuburan Islam Bayut, Kampong Terunjing berjalan dengan sempurnanya.  Tanah Perkuburan tersebut teletak diatas bukit berhampiran dengan sebuah tanah perkuburan yang bersystem iaitu Tanah Perkuburan Islam Terunjing.

Dalam tinjauan tersebut pehak Unit Tanah-Tanah Perkuburan Islam berpuas hati menerima kesiapan pagar tersebut.  Ianya dipasang bagi mengelak daripada dimasuki binatang seperti anjing dan lain-lain lagi.

Pagar keliling baru siap dipasang 

Ianya bagi mengelak dari dimasuki binatang seperti anjing dan lain-lain.

Pintu masuk melalui tangga yang dibina,

Pagar nampak kemas dan rapat.

Selasa, 9 Oktober 2012

MELAWAT KUBUR LAMA YANG HENDAK DIPINDAHKAN

Pada Hari Selasa, 9 Oktober 2012, lawatan ketapak sebuah kubur lama telah diadakan.  Ianya bertujuan bagi rancangan untuk memindah kubur yang ada disana.  Kerana tapak bekas kubur itu nanti akan dibina sebuah kolah besar iaitu Kolam Tadahan Banjir bagi mengelak dari kejadian banjir berulang lagi  dikawasan rendah Ban Mulaut.  

Tapak Perkuburan Islam tersebut terletak di Kampong Selayun, Mukim Sengkurong.  Dan dipercayai berusia lebeh ratusan tahun.

Turut hadir disitu ialah Yang Mulia Awang Haji Musa bin Haji Tahir, Penghulu Mukim Sengkurong, serta Pegawai-Pegawai dari Unit Tanah-Tanah Perkuburan Islam, KHEU, Jabatan Saliran dan Taliair JKR, dan pehak Konsultan yang mengendalikan urusan tersebut.

Ditapak tersebut didapati dua batu nisan (tanda kubur) yang dan mempastikan terdapatnya jasad dua orang yang telah dikebumikan disitu.

Salah satu kubur lama yang akan dipindah nanti.

 
dan satu lagi nisan yang diperbuat daripada batu sungai.

Kelihatan YM Hj Musa Hj Md Tahir (Penghulu Mukim Sengkurong) dan YM Awg Julidy Hj Samsudin (Penolong Pengelola Tanah-Tanah Perkuburan Islam).

Memperhati kedudukan tempat didalam plan yang telah disediakan.