BANGUNAN PEJABAT UNIT

BANGUNAN PEJABAT UNIT
BANGUNAN PEJABAT UNIT TANAH-TANAH PERKUBURAN ISLAM, JALAN RESIDENCY, BANDAR SERI BEGAWAN, BRUNEI DARUSSALAM.

Khamis, 14 November 2013

T. P. I. PULAIE MENJADI ISU KERANA TAMBAK YANG BESAR

Pada Hari Rabu, 13 November 2013, Baru-baru ini telah timbul pengiriman gambar-gambar melalui facebook atau whatsapps.  Dimana perkara itu boleh menjadi isu dan tajuk perbualan hangat harian kepada orang ramai. Jika perkara itu benar ada juga faedahnya, namun jika sebaliknya akan menjadi fitnah atau pembohongan.   Isu yang ditimbulkan pada minggu ini  mengenai dengan pembuatan tambak-tambak kubur yang besar dan tinggi.
Perkara yang ditimbulkan telah berlaku disalah sebuah Tanah Perkuburan Islam dalam Negara kita Brunei Darussalam iaitu Tanah Perkuburan Islam Pulaie.  Dalam soal mencantikkan sesuatu kubur itu adalah baik, namun  apa yang amat mendukacitakan kita ialah dimana pewaris membuat tambak kubur sesuka hati kerana terlalu tinggi dan besar serta mahal harganya.  Malahan terdapat nilainya hingga ke Puluhan Ribu Ringgit. 
Dalam ketinggian sesuatu tambak itu tidaklah menjadi masaalah namun yang menjadi isu ialah dari segi besarnya yangmana akan memakan keluasan kawasan tanah kubur itu. 
Unit Tanah-Tanah Perkuburan Islam, Bahagian Bangunan dan Pemeliharaan, Kementerian Hal Ehwal Ugama, telah memperkenalkan Tanah Perkuburan Islam bersisterm.  Yangmana ianya diperkenalkan bagi memaksimakan pengunaan keluasan tanah perkuburan.  Disana kalau boleh kita mengunakan keluasan yang sedikit sahaja dari keluasan perkuburan yang ada.  Ianya mengelakkan pembaziran tanah yang ada.
Kita tidak boleh mencontohkan atau membandingkan dalam kubur-kubur yang dibina seperti Makam-Makam Diraja dan lain-lain.  Dimana kita harus sedar siapa diri kita bagi diketegori untuk dikubur atau dimakamkan.  Bagi orang yang sudah meninggal itu tidaklah lagi boleh melihat dalam soal pembaziran tanah yang telah pewarisnya gunakan bagi mengubur dirinya.
Para ulama Salafus Soleh termasuk Imam Syafiee Radiallah ‘huan berpendapat adalah haram bagi mendirikan sebarang binaan diatas kubur ini adalah berdasarkan hadis Rasulallah SAW kepada Jabir Radhiallahu’anhu katanya:
Bermaksud: Rasulallah SAW menegah daripada dipelastar (simen) kubur dan diduduki diatasnya serta dibina binaan diatasnya. Hadis Riwayat Muslim.
Tetapi jika Tanah Perkuburan itu berada dikaki bukit atau ditanah curam yang ditakuti tanah-tanahnya itu runtuh, maka bolih didirikan binaan seperti sekatan tembok umpamanya bagi menghalang daripada terjadinya tanah susur atau runtuh. 
Perbuatan seumpama ini adalah dibolehkan bagi menjaga masahlahat tanah-tanah kubur itu.
Tujuan Larangan.
Larangan atau tegahan menambak kubur itu adalah kerana ia akan menyempitkan tanah pekuburan tanpa ada sebarang masahlahat dan tujuan yang syare’i , sedangkan orang-orang islam yang lain juga adalah berhak mengunakan kubur berkenaan.  Hal ini diperkuatkan lagi dengan perbuatan Sayyidina ‘Umar bin Al-Khathab Radhiallahu’anhu iaitu selepas beginda melihat satu binaan kubur diatasnya.  Maka beginda merobohkannya lalu berkata:
“Kamu biarkanlah mayat itu dilindungi olih amal ibadatnya sendiri”.
Wallahu’alam.

 Nampak disediakan payung dengan bangku tempat duduk bagi membaca yasin.

Lengkap dengan nama simati yang tercatit diatasnya.

Nampak besar memakan kawasan yang luas angaran dua kubur.

Lingkap dengan dipasang jubin.

Nampak cantik namun tidak dapat dikali bagi jenazah lain.

Kelihatan kawasan yang tinggal sedikit lagi bagi menanam jenazah akan datang. 

Ditanam rumput yang nampak mencantikkan keadaan.

Selasa, 8 Oktober 2013

KUBUR LAMA DIATAS TANAH PERSENDIRIAN

Hari Isnin, 7 Oktober 2013, lawatan keatas lot tanah persendirian telah dibuat yangmana diatas tanah tersebut didapati ada lebih 30 buah kubur lama.  Yangmana tidak lagi diketahui pemilik dan warisnya.  Tanah tersebut sekarang dimiliki olih Yang Mulia Pengiran Haji Tajudin.

Kubur lama tersebut dianggarkan berumur lebih 100 tahun.

Tanah tersebut akan beliau gunakan bagi membangun bangunan perumahan.  Kerja-kerja pemindahan akan dilaksanakan kemudian.

 Dari kiri YM Hj Ibrahim Hj Ratu (Ketua Unit Tanah-Tanah Perkuburan Islam bersama YM Ketua Kampong Sungai Tilong.

Bersama ketua kampong, YM Pg Tejuddin (Pemilik Tanah) dan anak kemenakan pemilik tanah.

YM Md Runy (Pemangku Pengawas) bersama Ketua Kampong.

YM Md Runy menunjukkan batu nisan lama.

Isnin, 16 September 2013

BANGUNAN SURAU TIDAK DIGUNAKAN DLM KAWASAN T. P. I. DIROBOH.

Pada Hari Isnin 9 September 2013, sebuah bangunan Surau yang tidak digunakan lagi telah diroboh.  Bangunan itu terletak dalam kawasan Tanah Perkuburan Islam Dagang, Jalan Residency, Bandar Seri Begawan.  Yangmana bangunan itu telah dibina bersama dengan bangunan "Pasar Basah" yang berdekatan.  Bangunan Pasar tersebut telah dijadikan Pejabat Unit Tanah-Tanah Perkuburan Islam, Bahagian Bangunan dan Pemeliharaan, Kementerian Hal Ehwal Ugama.  

Ianya diroboh memandangkan tempat tersebut sering digunakan olih orang-orang yang tidak bertanggungjawab seperti penaggih dadah dan pencuri.


 Sebuah bangunan Surau sebelum diroboh.  Yangmana dibina untuk umat islam mengerjakan solat dan dibina atas tanah yang diwartakan bagi Tanah Perkuburan Islam Dagang, Bandar Seri Begawan,

 Kerja-kerja meroboh bangunan tersebut mengunakan jenkaut dan sebuah trak untuk membuang sisa-sisa binaaan keluar dari kawasan tersebut.

 Kawasan tapak bekas bangunan Surau tersebut sebelum diratakan.

Jenkaut sedang memasukkan sisa-sisa bangunan yang diroboh untuk diangkut keluar dari kawasan tersebut.

Isnin, 9 September 2013

KUBUR DIJUMPAI DI KG BERIBI SEBUAH KUBUR LAMA.

Pada Hari Rabu, 14 Ogos 2013, Pihak Unit ini telah menerima lapuran daripada Yang Mulia Ustaz Haji Harun bin Haji Juned, Timbalan Setiauasaha Tetap, Kementerian Hal Ehwal Ugama.  Yangmana kubur lama yang beliau lapurkan dan lawat pada Hari Khamis 21 Mac 2013 yang lalu telah dilapurkan olih orang perseorangan didapati ditambah dengan batu nisan baru.

Yang Mulia Haji Ibrahim bin Haji Ratu, Ketua Unit Tanah-Tanah Perkuburan Islam telah mengunjungi sekali lagi ketempat tersebut bagi memastikan kesahihannya.

Setelah beliau menghadirkan diri memang terdapat pemasangan batu nisan baru.  Yangmana dipercayai dipasang olih waris simati yang bersemadi disitu.  Yangmana dipastikan dipasang dengan dua batang nisan batu yang baru.

Yangmana terdapat nisan lama jenis batu sungai satu biji dan satu nisan kayu selangan batu.  Dimana dikenal 4 buah kubur terdapat disitu.

Olih itu pihak Unit Tanah-Tanah Perkuburan Islam berharap Pewaris bagi kubur tersebut agar dapat menghubungi pegawai Unit ini di Pejabat Unit Tanah-Tanah Perkuburan Islam, Jalan Residency, Bandar Seri Begawan atau menghubungi melalui telepun 2223945.

Dua batang batu nisan yang baru dipasang selepas lawatan pertama dahulu 21 Mac 2013

Nisan kayu yang mula dijumpai dimana telah dipagar olih pengawai dan kakitangan Unit ini.

Dimana kelihatan lima buah nisan menandakan ada 5 jasad telah disemadikan dikubur ini.

Khamis, 2 Mei 2013

LAWATAN KE T. P. I. SG BIAWAK, PULAU MUARA BESAR.

Hari Khamis, 2 Mei 2013, lawatan ke Tanah Perkuburan Islam Sungai Biawak, Pulau Muara Besar telah dijalankan olih pegawai-pegawai dari Unit Tanah-Tanah Perkuburan Islam.  Ianya dilakukan kerana untuk mempasatikan kedudukan bagi pemasangan pagar keliling dikawasan tersebut. Ditambah dengan pembinaan kemudahan asas iaitu Pondok tempat rehat pengunjung.

Kerja-kerja memagar telah dijalankan olih pihak pemaju Pulau Muara Besar.

Tiang diberi semen dan beam yang cuma pasang siap.

Jenkaut digunakan bagi pembersehan kawasan dan menumbangkan pokok-pokok keliling.

Bahan yang akan digunakan seperti semen dan barang-barang lain.

Perkerja sudah menyiapkan sebahagian daripada pagar tersebut.

Papan tanda juga diperiksa bagi memastikan ketepatan ayat dan ejaan.

Selasa, 26 Mac 2013

KUBUR LAMA DIJUMPAI DI KAMPONG BERIBI.

Pada Hari Khamis, 21 Mac 2013, Timbalan Setiausah Tetap KHEU Yang Mulia Ustaz Haji Harun bin Haji Junid telah menerima lapuran dari orang perseorangan tentang terdapatnya sabuah Kubur lama di kawasan Kompleks Perniagaan Baru di Kampong Beribi, Mukim Gadong.

Yang Mulia Ustaz Haji Harun telah melawat ketempat tersebut bersama Yang Mulia Pengiran Alli bin Pengiran Haji Mohammad, Ketua Bahagian, Bahagian Bangunan dan Pemeliharaan, KHEU.   Turut berada dilokasi Yang Mulia Haji Ibrahim bin Haji Ratu, Pengelola Kanan Tanah-Tanah Perkuburan Islam dan Yang Mulia Awang Mohd Runy bin Matalli, Pemangku Pengawas Tanah-Tanah Perkuburan Islam.

Setelah berada disana, telah menjumpai sebatang nisan kayu berukuran ketinggian 30 sm betul-betul berada diatas bukit yang telah ditoreh berhampiran dengan menara pencawang elektrik voltan tinggi.  Kubur tersebut dipercayai mencapai usia 70 ke 100 tahun.  Kerana nisannya diperbuat mengunakan kayu jenis bulian.

 Kelihatan nisan kayu yang menandakan sebuah kubur lama seorang perempuan islam.


Betul-betul berada diatas bukit yang telah ditoreh bagi membina kompeks perniagaan.

Tiang pencawang elaktrik voltan tinggi ini menyebabkan bukit ini tidak dibuang dan dibiarkan cuma ditoreh sahaja.

Kelihatan bagunan baru bagi gedung perniagaan.

Ahad, 3 Februari 2013

KUBUR LAMA DI KG KUPANG TUTONG TELAH DITEMUI.

Pada Hari Sabtu 2 Februari 2013, satu lawatan telah diadakan kesebuah tapak kubur lama di Kampong Kupang Tutong.  Lawatan telah dihadiri oleh Pegawai-Pegawai dari Unit Tanah-Tanah Perkuburan Islam, Pejabat Hal Ehwal Ugama Daerah Tutong, Pegawai dari Jabatan Pusat Sejarah dan Penduduk Kampong.

Yangmana perkuburan tersebut telah ditemui olih pehak pemaju bagi membina kolam tadahan banjir di tempat tersebut.

Rombongan diketuai olih Yang Mulia Ustaz Haji Hasan bin Amat, Ketua Pegawai Ugama Daerah Tutong.

Tapak kubur lama yang telah dijumpai.

 Kubur kayu dan batu sungai yang menandakan kubur ini telah mencapai 200 tahun.

Seorang ustaz yang bertugas di Jabatan Pusat Sejarah Brunei telah membacakan doa tahlil.

YM Awg Mukti selaku wakil Ketua dan Penduduk Kampong Kupang.  Menerangkan tentang sejarah awal kubur tersebut..

Untuk menuju ke tapak kubur tersebut terpaksa melalui parit dengan titian batang pinang dan buluh.

Jenkaut digunakan bagi kerja-kerja pembinaan tadahan banjir.

Pemandangan dari jauh kedudukan kubur tersebut.