BANGUNAN PEJABAT UNIT

BANGUNAN PEJABAT UNIT
BANGUNAN PEJABAT UNIT TANAH-TANAH PERKUBURAN ISLAM, JALAN RESIDENCY, BANDAR SERI BEGAWAN, BRUNEI DARUSSALAM.

Ahad, 3 Februari 2013

KUBUR LAMA DI KG KUPANG TUTONG TELAH DITEMUI.

Pada Hari Sabtu 2 Februari 2013, satu lawatan telah diadakan kesebuah tapak kubur lama di Kampong Kupang Tutong.  Lawatan telah dihadiri oleh Pegawai-Pegawai dari Unit Tanah-Tanah Perkuburan Islam, Pejabat Hal Ehwal Ugama Daerah Tutong, Pegawai dari Jabatan Pusat Sejarah dan Penduduk Kampong.

Yangmana perkuburan tersebut telah ditemui olih pehak pemaju bagi membina kolam tadahan banjir di tempat tersebut.

Rombongan diketuai olih Yang Mulia Ustaz Haji Hasan bin Amat, Ketua Pegawai Ugama Daerah Tutong.

Tapak kubur lama yang telah dijumpai.

 Kubur kayu dan batu sungai yang menandakan kubur ini telah mencapai 200 tahun.

Seorang ustaz yang bertugas di Jabatan Pusat Sejarah Brunei telah membacakan doa tahlil.

YM Awg Mukti selaku wakil Ketua dan Penduduk Kampong Kupang.  Menerangkan tentang sejarah awal kubur tersebut..

Untuk menuju ke tapak kubur tersebut terpaksa melalui parit dengan titian batang pinang dan buluh.

Jenkaut digunakan bagi kerja-kerja pembinaan tadahan banjir.

Pemandangan dari jauh kedudukan kubur tersebut.

3 ulasan:

  1. ada sebuah kubur lama yg berusia lebih 200 tahun terletak di kampung penyatang tutong berseberangan kg danau. saya sempat melawat kubur tersebut 10 tahun lepas dan mengambil gambarnya. sayangnya kubur tersebut dimusnahkan oleh developer yg membuat tapak ternakan udang di sana. perkuburan islam ini tidak ada lagi.

    BalasPadam
  2. Saya faham kubur tersebut ialah TPI Tambak, sudahpun diusahakan untuk digazette.

    BalasPadam
  3. Salam Sejahtera. Boleh tahu apakah sejarah awal kubur tersebut seperti yg diterangkan oleh YM Awg Mukti selaku wakil Ketua dan Penduduk Kampong Kupang

    BalasPadam