BANGUNAN PEJABAT UNIT

BANGUNAN PEJABAT UNIT
BANGUNAN PEJABAT UNIT TANAH-TANAH PERKUBURAN ISLAM, JALAN RESIDENCY, BANDAR SERI BEGAWAN, BRUNEI DARUSSALAM.

Selasa, 15 November 2011

PENYERAHAN SIAP PROJEK MEMPERELOK MAKAM SULTAN MUHAMMAD HASAN KAMPONG SUNGAI BUNGA MUKIM KOTA BATU.

Pada Hari Selasa 15 November 2011, lawatan kerja telah dibuat ke Makam Sultan Hasan yang terletak di Kampong Sungai Bunga, Mukim Kota Batu.  Menuju ketempat tersebut mengunakan perahu sama ada dari Bandar Seri Begawan atau meletakkan kereta Tempat Letak Kereta di Kampong Sungai Belukut, dan menyeberang sungai mengunakan Teksi Sungai (perahu tambang).

Lawatan dihadiri oleh kira-kira 10 orang pegawai dan kakitangan Bahagian Bangunan dan Pemeliharaan KHEU dan pehak Pemborong.

Batu Nisan menandakan Makam Sultan Muhammad Hasan iaitu Sultan Brunei yang ke 9, memerintah dalam Tahun 1582 - 1598 selama 16 Tahun


Sebelum beginda Brunei diperintah oleh Sultan yang ke lapan iaitu Sultan Shah Brunei selama setahun sahaja pada tahun 1581 hingga 1582.  Dan selepas beginda Sultan yang ke sepuluh iaitu Sultan Abdul Jalilul Akbar memerintah sejak 1598 hingga 1659 selama 61 tahun.

Keadaan pagar baru dipasang nampak mencantikkan lagi suasana ditempat tersebut. Dan mengelakkan daripada dimasuki oleh binatang seperti anjing dan binatang liar.

Dalam kawasan makam telah ditimbus (ditambah) tanah bagi meninggikan dan menelak dari air bertakong.  Begitu juga longkang konkrit dibina sekeliling luar pagar dan menuju ke tebing sungai.  Ianya bagi mengelakkan air bertakong dan banjir dikawasan tersebut pada musim hujan.

Longkang keliling nampak berair, yangmana dipercayai air keluar dari dalam tanah kerana terdapat mata air.

Pintu pagar dipasang bagi memudahkan orang masuk dan dipastikan sentiasa tertutup.

Dari arah sungai dibina laluan pejalan kaki bagi menuju ke Makam tersebut, yangmana pada musim air tuhur pengunjung naik dari tangga lagon dekat dengan banguna Masjid Kampong Sungai Bunga, dan jika air pasang bolehlah naik dekat sedikit iaitu melalui tangga dekat Kelinik Kesihatan Kampong Sungai Bunga.

Dari seberang sungai iaitu dari Kampong Sungai Belukut kelihataan bangunan Masjid Kampong Sungai Bunga dan lagon tempat mendarat.

Air tuhur menyukarkan perahu bergerak dekat tebing, maka terpaksa berjalan kaki melalui pile (jambatan pejalan kaki) menuju ketempat menunggu perhu untuk menyeberang.

Diatas jambatan (jeti) inilah pengunjung berjalan kaki menuju ke tempat menunggu perahu untuk menyeberang.

Tempat meletak kereta penduduk Kampong Sungai Bunga yang jauh diseberang sungai.

Lebal selamat datang didirikan berhampiran jambatan utama menuju ke Kampong tersebut. 

Khamis, 10 November 2011

DALAM BANGUNAN KUBAH MAKAM DIRAJA TERDAPAT MAKAM EMPAT ORANG SULTAN YANG PERNAH MEMERINTAH NEGARA INI.

Hari Khamis 10 Novembar 2011, dalam bangunan Kubah Makam Diraja Jalan Tutong terdapat makam empat orang Sultan yang pernah memerintah negara ini Brunei Darussalam.  Makam-makam tersebut ialah Makam:

1. Al Marhum Sultan Haji Omar Ali Saifuddin III (Sultan Yang Ke 28).
2. Al Marhum Sultan Ahmad Tajuddin  (Sultan Yang Ke 27),
3. Al Marhum Sultan Muhammad Jamalul Allam II (Sultan Yang ke 26) dan
4. Al Marhum Sultan Hashim Jalilul Alam. (Sultan Yang ke 25).

Makam Al Marhum Sultan Haji Omar Ali Saifuddin III
ibni Al Marhum Sultan Muhammad Jamalul Alam II.
(Sultan Brunei Yang KeDua Puluh Lapan)
Memerintah Tahun 1950-1967
(selama 17 tahun)

Makam Al Marhum Sultan Ahmad Tajuddin 
ibni Al Marhum Sultan Muhammad Jamalul Alam II.
(Sultan Brunei Yang Ke Dua Puluh Tujuh)
Memerintah Tahun 1924-1950.
(selama 26 tahun).

Makam Al Marhum Sultan Muhammad Jamalul Alam II
ibni Al Marhum Sultan Hashim Jalilul Alam Awmaddin.
(Sultan Brunei Yang Ke Dua Puluh Enam)
Memerintah Tahun 1906-1924.
(selama 18 tahun).

Makam Al Marhum Sultan Hashim Jalilul Alam Aqamaddin
ibni Al Marhum Sultan Omar Ali Saifuddin II
(Sultan Brunei Yang Ke Dua Puluh Lima)
Memerintah Tahun 1885-1906.
(selama 21 tahun).

MAKAM SULTAN SHARIF ALI DAN MAKAM SULTAN BOLKIAH, TELAH DILAWATI OLEH V. I. P.

Rabu, 9 November 2011, dua makam ini terletak di Kampong Kota Batu iaitu Makam Sultan Sharif Ali (Sultan Ketiga) dan Makam Sultan Bolkiah (Sultan Kelima).  Dimana ianya telah menerima aduan daripada pehak V. I. P, mengenai dengan hal Pembaca Quraan dan Buruh yang bertugas disana.  Pehak Unit telah melawat secara mengejut ketempat-tempat tersebut.

Dimana telah diberitahu oleh pehak berkenaan tentang ketiadaan petugas disana semasa waktu pejabat. Nampaknya perkara ini telah menjadi satu isu kepada Unit ini.

Keadaan lantai tidak bersapu.

Bekas tiang lampu yang telah direbahkan maseh terbiar ditempatnya.

Dimana telah dipasang tiang lampu baru.

Keadaan tail juga nampak kotor.

Rantai bekas mengikat kursi masih terkunci dipagarnya.

Longkang yang telah dibina oleh seorang hamba Allah sebagai pewakaf.

sump bagi menghimpun sampah juga dibina bagi menelak daripada tersumbat.

Jumaat, 4 November 2011

LAWATAN TIMBALAN MENTERI KEBAJIKAN RAKYAT DARI INDONESIA KE MAKAM DIRAJA,

Pada Hari Jumaat, 4 November 2011, seorang Timbalan Menteri  Kebajikan Rakyat (Bidang Koordinasi Pengulangan Kemiskinan dan Pemberdayaan Masyarakat) Indonesia  Dr. Ir. Sujana Royat, berserta Pegawainya  H.Hadi Santoso, telah mengadakan lawatan ke Makam Diraja Jalan Tutong.

Kedatangan mereka disambut oleh Ketua Bahagian Bangunan dan Pemeliharaan Kementerian Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Pg Alli bin Pg Hj Mohammad, dan Yang Mulia Haji Ibrahim bin Haji Ratu Pengelola Kanan Tanah-Tanah Perkuburan Islam.

Mereka telah mendengar penerangan ringkas daripada Pengelola Kanan Tanah-Tanah Perkuburan Islam tentang Sultan-Sultan yang telah mangkat dan dimakam dalam bangunan Kubah Makam Diraja.  Yangmana 4 orang Sultan telah dimakamkan dalam Kubah iaitu Sultan Omar Ali Saifuddin III, Sultan Ahmad Tajuddin, Sultan Mohammad Jamalul Alam dan Sultan Hashim. 

Akhir lawatan mereka telah melawat kubur bekas Mufti Kerajaan Pehin Datu Seri Maharaja Dr. Hj Ismail bin Omar Abdul Aziz.
Kelihatan No 3 dari kiri YM Dr Ir.Sujana Royat dan No 4 YM H. Hadi Santoso. berserta Pegawai Pengiring dan Ketua Bahagian Bangunan dan Pemeliharaan, serta pegawai UTTPI.

Awal ketibaan mereka mengunjungi makam Al Marhum Sultan Haji Omar Ali Saifuddin III.



Mereka juga melawat Makam Sultan Hashim ( Sultan yang Ke 25 ) dan Sultan Muhammad Jamalul Alam (Sultan yang Ke 26).

Kedua-dua pelawat dari Indonesia ini berkesempatan mejirus air asah-asahan keatas mekam Sultan Omar Ali Saifuddin.

YB Dr Ir. Sujana Royat berbaju batik dan YM H Hadi Santoso berbaju hitam berada dihadapan kubur Allahyarham Pehin Datu Seri Maharaja Dr Hj Ismail bekas Mufti Kerajaan. 

YB Dr. Ir Sujana Royat sedang menandatangani buku lawatan.

YM H Hadi Santoso sedang menandatangani buku lawatan.

Rabu, 2 November 2011

TANAH PERKUBURAN ISLAM SERI MENANTI KAMPONG MENTIRI TANGGANYA DIATAS REZAB JALAN

Pada Hari Selasa 1 November 2011, lawatan ke Tanah Perkuburan Islam Seri Menanti Kampong Mentiri telah dibuat.  Ianya kerana tangga batu menuju ke perkuburan tersebut telah dibina diatas tanah rezab jalan menuju ke Tanah-Tanah perseorangan disitu.  

Yangmana diketahui tangga konkrit tersebut telah dibina dan diwakafkan oleh seorang hamba Allah yang juga bermastautin di Kampong Mentiri.  Hadir melawat ketempat tersebut ialah Pengelola Kanan Yang Mulia Haji Ibrahim bin Haji Ratu, Penolong Pengelola Yang Mulia Awang Julidy bin Haji Samsudin dan Pengawas Yang Mulia Pengiran Haji Mohd Ardey bin Pengiran Haji Mursidi.

Pemilik tanah yang berdekatan dan memerlukan rezab tersebut telah dibawa kerumah Hamba Allah yang mewakafkan tangga tersebut.  Ianya sebagai budi bicara untuk tidak menghampakan pewakaf, kerana ianya boleh diroboh kerana ianya betul-betul didirikan diatas tanah rezab jalan.

Batu tanda nama kubur yang dipercayai dibina oleh pewakaf tangga tersebut.

Simpang jalan sebagai rezab menuju ke Tanah Perkuburan Islam dan lain-lain tanah perseorangan.



PONDOK YANG TELAH ROBOH DI TANAH PERKUBURAN ISLAM RANGGAS DI DIRIKAN SEMULA

Pada Hari Ahad, 30 Oktober 2011, kontraktor yang memberseh kawasan Tanah Perkuburan Islam Ranggas Bandar Seri Begawan telah melaksanakan bagi membina semula pondok kayu lama yang telah rebah ditimpa oleh kayu tumbang disebabkan ditiup angin kencang.

Pembinaannya telah dipindahkan dari tapak asalnya diliring bukit dan didirikan betul-betul diatas bukit.

Hadir sama dimasa mendirikan semula itu ialah Yang Mulia Pengiran Alli bin Pengiran Haji Mohammad, Ketua Bahagian Bangunan dan Pemeliharaan, Kementerian Hal Ehwal Ugama.  Yang Mulia Haji Ibrahim bin Haji Ratu, Pengelola Kanan Tanah-Tanah Perkuburan Islam dan Yang Mulia Pengiran Haji Mohd Ardey bin Pengiran Haji Mursidi. Pengawas Tanah-Tanah Perkuburan Islam.

Serpihan bangunan yang roboh diatas tapak asa diliring bukit.  Kelihatan bekas tong racun rumput yang disimpan disitu terkeluar dan terbiar.

Zing bekas atap dan lain-lain barang kelihatan ditempat asal bangunan itu.

Kerja-kerja mendirikan semula bangunan pondok rehat.

Penyukatan telah dibuat untuk menentukan besar pondok itu kelak.  Menentukan banyak barang yang perlu dibeli.