Pada Hari Selasa 15 November 2011, lawatan kerja telah dibuat ke Makam Sultan Hasan yang terletak di Kampong Sungai Bunga, Mukim Kota Batu. Menuju ketempat tersebut mengunakan perahu sama ada dari Bandar Seri Begawan atau meletakkan kereta Tempat Letak Kereta di Kampong Sungai Belukut, dan menyeberang sungai mengunakan Teksi Sungai (perahu tambang).
Lawatan dihadiri oleh kira-kira 10 orang pegawai dan kakitangan Bahagian Bangunan dan Pemeliharaan KHEU dan pehak Pemborong.
Batu Nisan menandakan Makam Sultan Muhammad Hasan iaitu Sultan Brunei yang ke 9, memerintah dalam Tahun 1582 - 1598 selama 16 Tahun
Sebelum beginda Brunei diperintah oleh Sultan yang ke lapan iaitu Sultan Shah Brunei selama setahun sahaja pada tahun 1581 hingga 1582. Dan selepas beginda Sultan yang ke sepuluh iaitu Sultan Abdul Jalilul Akbar memerintah sejak 1598 hingga 1659 selama 61 tahun.
Keadaan pagar baru dipasang nampak mencantikkan lagi suasana ditempat tersebut. Dan mengelakkan daripada dimasuki oleh binatang seperti anjing dan binatang liar.
Dalam kawasan makam telah ditimbus (ditambah) tanah bagi meninggikan dan menelak dari air bertakong. Begitu juga longkang konkrit dibina sekeliling luar pagar dan menuju ke tebing sungai. Ianya bagi mengelakkan air bertakong dan banjir dikawasan tersebut pada musim hujan.
Longkang keliling nampak berair, yangmana dipercayai air keluar dari dalam tanah kerana terdapat mata air.
Pintu pagar dipasang bagi memudahkan orang masuk dan dipastikan sentiasa tertutup.
Dari arah sungai dibina laluan pejalan kaki bagi menuju ke Makam tersebut, yangmana pada musim air tuhur pengunjung naik dari tangga lagon dekat dengan banguna Masjid Kampong Sungai Bunga, dan jika air pasang bolehlah naik dekat sedikit iaitu melalui tangga dekat Kelinik Kesihatan Kampong Sungai Bunga.
Dari seberang sungai iaitu dari Kampong Sungai Belukut kelihataan bangunan Masjid Kampong Sungai Bunga dan lagon tempat mendarat.
Air tuhur menyukarkan perahu bergerak dekat tebing, maka terpaksa berjalan kaki melalui pile (jambatan pejalan kaki) menuju ketempat menunggu perhu untuk menyeberang.
Diatas jambatan (jeti) inilah pengunjung berjalan kaki menuju ke tempat menunggu perahu untuk menyeberang.
Tempat meletak kereta penduduk Kampong Sungai Bunga yang jauh diseberang sungai.
Lebal selamat datang didirikan berhampiran jambatan utama menuju ke Kampong tersebut.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan