Pada Hari Jumaat, 4 November 2011, seorang Timbalan Menteri Kebajikan Rakyat (Bidang Koordinasi Pengulangan Kemiskinan dan Pemberdayaan Masyarakat) Indonesia Dr. Ir. Sujana Royat, berserta Pegawainya H.Hadi Santoso, telah mengadakan lawatan ke Makam Diraja Jalan Tutong.
Kedatangan mereka disambut oleh Ketua Bahagian Bangunan dan Pemeliharaan Kementerian Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Pg Alli bin Pg Hj Mohammad, dan Yang Mulia Haji Ibrahim bin Haji Ratu Pengelola Kanan Tanah-Tanah Perkuburan Islam.
Mereka telah mendengar penerangan ringkas daripada Pengelola Kanan Tanah-Tanah Perkuburan Islam tentang Sultan-Sultan yang telah mangkat dan dimakam dalam bangunan Kubah Makam Diraja. Yangmana 4 orang Sultan telah dimakamkan dalam Kubah iaitu Sultan Omar Ali Saifuddin III, Sultan Ahmad Tajuddin, Sultan Mohammad Jamalul Alam dan Sultan Hashim.
Akhir lawatan mereka telah melawat kubur bekas Mufti Kerajaan Pehin Datu Seri Maharaja Dr. Hj Ismail bin Omar Abdul Aziz.
Kelihatan No 3 dari kiri YM Dr Ir.Sujana Royat dan No 4 YM H. Hadi Santoso. berserta Pegawai Pengiring dan Ketua Bahagian Bangunan dan Pemeliharaan, serta pegawai UTTPI.
Awal ketibaan mereka mengunjungi makam Al Marhum Sultan Haji Omar Ali Saifuddin III.
Mereka juga melawat Makam Sultan Hashim ( Sultan yang Ke 25 ) dan Sultan Muhammad Jamalul Alam (Sultan yang Ke 26).
Kedua-dua pelawat dari Indonesia ini berkesempatan mejirus air asah-asahan keatas mekam Sultan Omar Ali Saifuddin.
YB Dr Ir. Sujana Royat berbaju batik dan YM H Hadi Santoso berbaju hitam berada dihadapan kubur Allahyarham Pehin Datu Seri Maharaja Dr Hj Ismail bekas Mufti Kerajaan.
YB Dr. Ir Sujana Royat sedang menandatangani buku lawatan.
YM H Hadi Santoso sedang menandatangani buku lawatan.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan