BANGUNAN PEJABAT UNIT

BANGUNAN PEJABAT UNIT
BANGUNAN PEJABAT UNIT TANAH-TANAH PERKUBURAN ISLAM, JALAN RESIDENCY, BANDAR SERI BEGAWAN, BRUNEI DARUSSALAM.

Jumaat, 28 Disember 2012

LAWATAN KE T. P. I. TUNGGAL DI PULAU MUARA BESAR.

Pada Hari Khamis, 27 Disember 2012, satu rombongan telah mengadakan lawatan ke Tanah Perkuburan Islam Tunggal di Ujung Sapoh, Pulau Muara Besar.  Ianya diadakan bagi rancangan untuk memindah sebuah perkuburan lama yang ada disitu.  Yangmana ditapak tersebut akan dibina jalan raya bagi membangun sebuah loji penapis minyak negara.

Hadir ditempat tersebut ialah Pegawai-Pegawai dari Badan Pembangunan Ekonomi Brunei (BEDB), Unit Tanah-Tanah Perkuburan Islam KHEU, Jabatan Tanah, Kementerian Pembangunan, Jabatan Ukur, Kementerian Pembangunan, Jabatan Mufti Kerajaan, JPM dan pehak Kontartor Energi yang datang dari Negara Jepun.

Yangmana pehak pemaju hanya untuk mendapatkan keluaran fatwa daripada pehak Jabatan Mufti Kerajaan, sama ada membolehkan atau sebaliknya.

Tapak tempat kedudukan kubur tersebut betul-betul berada ditapak yang akan dibina jalan raya bagi pemunggahan minyak untuk di eksport keluar negara.

 Keadaan kubur tunggal yang dirancang untuk dipindahkan kerana dipercayai akan dibina jalan raya diatas tapak tersebut.

Pehak pemaju menunjukkan kedudukan jalan yang akan dibina betul-betul berhampiran dengan kedudukan kubur tunggal tersebut.

Salah seorang wakil dari Jabatan Mufti Kerajaan dan Jabatan Pusat Sejarah, NBD.

Pemandangan laut Cina Selatan dimana akan dibina Pelabuhan Kapal bagi memunggah minyak.

Kerja-kerja pembinaan sedang giat diselanggarakan.

Pehak kontrak sedang memuat kerja.

Isnin, 17 Disember 2012

LAWATAN KE U. T. T. P. I. DAERAH TEMBURONG

Pada Hari Khamis 6 Disember 2012, Rombongan dari Unit Tanah-Tanah Perkuburan Islam Bandar Seri Begawan telah mengadakan lawatan ke Unit Tanah-Tanah Perkuburan Islam Daerah Temburong.  Rombongan diketuai oleh Yang Mulia Awang Haji Ibrahim bin Haji Ratu, Pengelola Kanan Tanah-Tanah Perkuburan Islam.

Dalam lawatan tersebut mereka telah berbincang dengan kakitangan Unit tersebut disana.  Yangmana unit tersebut di Daerah Temburong diketuai oleh Yang Mulia Awang Jusrey bin Sulong, Penolong Pengelola Tanah-Tanah Perkuburan Islam.

Dalam kunjungan lawatan tersebut mereka sama-sama berbincang mengenai tugas dan kerja harian.

Dari kiri YM Hj Ibrahim Hj Ratu, YM Awg Jusrey Sulong dan YM Awg Julidy Hj Samsudin.

YM Awg Julidy Hj Samsudin.

YM Dyg Nurul Rasyidah Abdullah (Penggapai)

Dari kiri YM Dyg Norzaimah Md Zacky dan YM Dyg Nurul Rasyidah Abdullah.

Dari kiri YM Pg Sharidin Pg Hj Pungut, YM Hjh Norlelawati Hj Jumaat dan YM Dk Hjh Rosmawati Nor Pg Hj Abdul Razak.

Empat orang penggapai yang bertugas di Daerah Temburong dari kiri YM Dyg Nurul Rasyidah Abdullah, YM Dyg Norzaimah Md Zacky, YM Hjh Norlilawati Hj Jumaat dan YM Dk Hjh Rosmawati Nor Pg Hj Abdul Razak.

Rabu, 12 Disember 2012

T. P. I. BENTUDOH JUGA TELAH DILAWAT.

Pada Hari Isnin 26 November 2012,  lawatan ke Mukim Lamunin diteruska ke Tanah Perkuburan Islam Bentudoh, yangmana tempatnya berdekatan dengan Tanah Perkuburan Islam Bangnukat.  Dari simpang masuk ke Tanah Perkuburan tersebut kira-kira 1 kilometer jauhnya.

Buat masa ini keliling kawasan belum berpagar.

Pondok Tanah Perkuburan Islam Bentudoh didirikan oleh Angkatan Bersenjata Diraja Brunei sebagai kerja Amal sempena Hari Ulang tahunnya.

Dram air juga diberikan secara wakaf.

Begitu juga lurung berjalankaki disediakan secara wakaf.

T. P. I BANGNUKAT, KG BANGNUKAT LAMUNIN DILAWATI.

Pada Hari Isnin 26 November 2012, lawatan telah diadakan di Tanah Perkuburan Islam Bangnukat, Kampong Bangnukat, Mukim Lamunin.  Lawatan diadakan bagi mempastikan kemudahan asas yang telah diberi oleh pehak Kerajaan melalui Unit Tanah-Tanah Perkuburan Islam Daerah Tutong khasnya Negara Brunei Darussalam khususnya pada masa yang lalu.

Nampaknya perlu diberi kemudahan asas yang baru seperti barang-barang lama yang sudah uzur dan buruk.

Lebal nama T. P. I. Bangnukat.

Pondok kayu yang dibina secara bergotong royong.

Keadaan atap zink yang sudah lama,

Keadaan bangku kayu tempat pengunjung duduk jika keadaan cuaca tidak mengizinkan.

Keadaan meja kayu bagi melatakkan jenazah sebelum disemadikan.

Keadaan pagar yang maseh baik cuma perlu dibersehkan.

Dram bagi menyimpan air perlu diganti dengan tanki air.

Selasa, 20 November 2012

KAYU TUMBANG DITIUP ANGIN KENCANG DI T. P. I. RANGGAS BESAR.

Pada Hari Isnin 19 November 2012, pehak Unit Tanah-Tanah Perkuburan Islam telah menerima lapuran pokok tumbang ditiup angin kecang di Tanah Perkuburan Islam Ranggas Besar, Bandar Seri Begawan.  Pehak Unit telah mengarahkan pehak Kontraktor Berpenggal (Term Contractor) yang memberseh kawasan tersebut, untuk memotong-motong dan membuang keluar kayu tersebut.

Yangmana pada hari ini Selasa 20 November, kerja-kerja maseh diteruskan.

Kayu yang telah rebah ditiup angin kencang pada malam Ahad.

Kelihatan akarnya terbungkar dari dalam tanah.

Hembapan batangnya mengenai nissan-nissan kubur yang ada.

Kelihatan dari jauh kayu yang agak besar.

Pehak kontraktor menyimpan sementara dekat letak kereta bagi memudahkan mereka memunggah dengan pickup untuk membuang kedamping.

PENDUDUK KG SENGKURONG GOTONG ROYONG BERSIH KAYU TUMBANG KAWASAN T. P. I. BERANGAN.

Pada Hari Ahad 18 November 2012, para penduduk Kampong Sengkurong mengadakan gotong royong bagi memberseh Tanah Perkuburan Islam Barangan.  Yangmana sepohon kayu yang sudah mati rebah ditiup angin kencang baru-baru ini.

Kerja-kerja dipimpin oleh Yang Mulia Haji Abdullah Hanif bin Orang Kaya Maharaja Dinda Haji Saman, dan dibantu oleh beberapa orang kakitangan Unit Tanah-Tanah Perkuburan Islam KHEU.  Pegawai dari Unit ini diketuai oleh Yang Mulia Haji Abdul Jufri bin Haji Jaafar, Penolong Pengelola Tanah-Tanah Perkuburan Islam.

 Keadaan kayu tumbang setelah ditiup angin.

terkena pada segapan (hand reel)

 Akarnya pun tercabut sama setelah ditiup oleh angin kencang.

Nampak segapan rosak kedua-dua belah, tangga ini diwakaf oleh hamba Allah.

Habis musnah dihempap pokok yang tumbang.

Kerja-kerja memotong dikendalikan dengan bergotong royong.

Sebahagian lagi memotong dahan dan ranting, batang dipotong pendek bagi memudahkan untuk membuangnya.

Rebahan mengena pada tambak kubur yang berdekatan.

Sagapan (hand reel) yang lurus menjadi bengkang bengkok.

Batang kayu sebelum dipotong menghempap diatas tambak-tambak dan nisan kubur..

Ahad, 18 November 2012

T. P. I DAGANG, TARAP BESAR, PG SAHBANDAR & DATU PENGHULU DICEROBOH ORANG ASING.

Pada Hari Ahad 18 November 2012, Pehak Unit Tanah-Tanah Perkuburan Islam telah menerima aduan warga asing sedang memasuki kawasan Tanah Perkuburan Islam berdekatan daengan Tamu Kianggeh Bandar Seri Begawan.  

Tanah-Tanah perkuburan tersebut ialah Tanah Perkuburan Islam Dagang, Tanah Perkuburan Islam Tarap Besar, Tanah Perkuburan Islam Pengiran Sahbandar Mohd Salleh dan Tanah Perkuburan Islam Pengiran Datu Penghulu.

Ianya adalah disebabkan keramai yang berlangsung di Bandar Seri Begawan sempena Ulang Tahun ke 42 tahun pertukaran nama ibu negara dari Bandar Brunei menjadi Bandar Seri Begawan.

Pehak pengawasan Unit Tanah-Tanah Perkuburan Islam telah memantau diketuai oleh Pengawas Tanah-Tanah Perkuburan Islam Yang Mulia Awang Suliman bin Mohammad dan Yang Mulia Pengiran Haji Mohd Ardey bin Pengiran Haji Mursidi.

Pagar kubur yang sudah siap yang sering tempat warga asing lepak pada tiap hari Ahad.

 Kelihatan dua orang warga asing sedang bercereta dan makan diluar pagar kubur yang baru siap dipasang.  Sebelum itu mereka berluluas memasuki kedalam kawasan dan membuang sampah merata-raata.

 Sekarang setelah siap dipasang pagar baru nampak sudah teratur dan berseh.

Nampak diluar pagar ada terdapat sisa sampah yang dibuang oleh orang-orang yang tidak bertanggung jawab.

Sabtu, 17 November 2012

T. P. I. BUKIT SADUR KAMPONG TANJUNG NANGKA MUKIM SENGKURONG DI BUAT PAGAR BARU

Pada Hari Sabtu 17 November 2012 satu penyerahan projek bagi menganti pagar rusak di Tanah Perkuburan Islam Bukit Sadur Kampong Tanjung Nangka, Mukim Sengkurong telah diserahkan kepada Ani'ma Enterprise.

Hadir ditempat tapak tersebut dari UTTPI ialah Yang Mulia Haji Ibrahim bin Haji Ratu, Yang Mulia Haji Mohd Salleh bin Haji Besar, Yang Mulia Awang Julidy bin Haji Samsudin, Yang Mulia Haji Abdul Jufri bin Haji Jaafar dan Yang Mulia Pengiran Haji Mohd Ardey bin Pengiran Haji Mursidi.

Manakala dari Unit Pemeliharaan TTPI, Yang Mulia Haji Razimey bin Haji Salleh dan Yang Mulia Haji Mohd Zainin bin Haji Matarsad.

Wakil dari pemborong ialah Yang Mulia Awang Rivankate @ John.

Ini menandakan kerja-kerja memagar dan mengatap pondon kubur sudah mula dijalankan hingga selesai.

Kelihatan YM Hj Md Zaini Hj Matarsad, YM Hj Md Salleh Hj Besar dan YM Pg Hj Md Ardey Pg Hj Mursidi.

YM Hj Razimey Hj Salleh menerangkan tentang perlekasanaan projek diperhati oleh YM Awg Julidy Hj Samsudin.

Dari kiri YM Hj Razimey Hj Salleh, YM Awg Julidy Hj Samsudin dan YM Hj Abdul Jufri Hj Jaafar.

Tempat letak kereta dalam kawasn kubur. 

Keadaan pagar lama yang akan diganti.

Dari kiri YN Awg Rivankate@John, YM Hj Ibrahim Hj Ratu, YM Hj Rozimey Hj Salleh dan YM Hj Md Zainin Hj Matarsad.

YM Hj Md Zainin Hj Matarsad, YM Hj Md Salleh Hj Besar, YM Pg Hj Md Ardey Pg Hj Mursidi dan YM Awg Rivankate@John.

Selasa, 13 November 2012

T. P. I. DUMBAK KAMPONG KILANAS TELAH SUSUR.

Pada Hari Selasa 13 November 2012 pehak Unit Tanah-Tanah Perkuburan Islam telah menerima aduan tentang Tanah Perkuburan Islam Dumbak Kampong Kilanas telah didapati susur.  Ianya susur disebelah belakang kubur iaitu bersempadan dengan bangunan perniagaan.  

Dibawah bukit tersebut telah dipasang dinding penghadang susur (retaining wall) dimana sekarang berlakunya tanah susur.

Keadaan retaining wall yang sudah lama bergerak, nampak laluan belakang kedai ini menjadi sempit.

Kelihatan puncak bukit sudah mula bergerak, dimana kedudukan Kubur lama.

Kelihatan sudah jauh susur jika dibiarakan tanpa diusahakan akan menjadi lebeh teruk lagi.

 Nampak ketulan batu yang sudah jauh bergerak.

Dalam sikit masa lagi jika dibiarkan akan menjadi sempit.

Kelihatan tanah mula bergerak kebawah.

Agak bahaya bagi orang ramai menghampirinya.

Perlu ada tindakan segera.