BANGUNAN PEJABAT UNIT

BANGUNAN PEJABAT UNIT
BANGUNAN PEJABAT UNIT TANAH-TANAH PERKUBURAN ISLAM, JALAN RESIDENCY, BANDAR SERI BEGAWAN, BRUNEI DARUSSALAM.

Jumaat, 28 Disember 2012

LAWATAN KE T. P. I. TUNGGAL DI PULAU MUARA BESAR.

Pada Hari Khamis, 27 Disember 2012, satu rombongan telah mengadakan lawatan ke Tanah Perkuburan Islam Tunggal di Ujung Sapoh, Pulau Muara Besar.  Ianya diadakan bagi rancangan untuk memindah sebuah perkuburan lama yang ada disitu.  Yangmana ditapak tersebut akan dibina jalan raya bagi membangun sebuah loji penapis minyak negara.

Hadir ditempat tersebut ialah Pegawai-Pegawai dari Badan Pembangunan Ekonomi Brunei (BEDB), Unit Tanah-Tanah Perkuburan Islam KHEU, Jabatan Tanah, Kementerian Pembangunan, Jabatan Ukur, Kementerian Pembangunan, Jabatan Mufti Kerajaan, JPM dan pehak Kontartor Energi yang datang dari Negara Jepun.

Yangmana pehak pemaju hanya untuk mendapatkan keluaran fatwa daripada pehak Jabatan Mufti Kerajaan, sama ada membolehkan atau sebaliknya.

Tapak tempat kedudukan kubur tersebut betul-betul berada ditapak yang akan dibina jalan raya bagi pemunggahan minyak untuk di eksport keluar negara.

 Keadaan kubur tunggal yang dirancang untuk dipindahkan kerana dipercayai akan dibina jalan raya diatas tapak tersebut.

Pehak pemaju menunjukkan kedudukan jalan yang akan dibina betul-betul berhampiran dengan kedudukan kubur tunggal tersebut.

Salah seorang wakil dari Jabatan Mufti Kerajaan dan Jabatan Pusat Sejarah, NBD.

Pemandangan laut Cina Selatan dimana akan dibina Pelabuhan Kapal bagi memunggah minyak.

Kerja-kerja pembinaan sedang giat diselanggarakan.

Pehak kontrak sedang memuat kerja.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan