BANGUNAN PEJABAT UNIT

BANGUNAN PEJABAT UNIT
BANGUNAN PEJABAT UNIT TANAH-TANAH PERKUBURAN ISLAM, JALAN RESIDENCY, BANDAR SERI BEGAWAN, BRUNEI DARUSSALAM.

Selasa, 20 November 2012

KAYU TUMBANG DITIUP ANGIN KENCANG DI T. P. I. RANGGAS BESAR.

Pada Hari Isnin 19 November 2012, pehak Unit Tanah-Tanah Perkuburan Islam telah menerima lapuran pokok tumbang ditiup angin kecang di Tanah Perkuburan Islam Ranggas Besar, Bandar Seri Begawan.  Pehak Unit telah mengarahkan pehak Kontraktor Berpenggal (Term Contractor) yang memberseh kawasan tersebut, untuk memotong-motong dan membuang keluar kayu tersebut.

Yangmana pada hari ini Selasa 20 November, kerja-kerja maseh diteruskan.

Kayu yang telah rebah ditiup angin kencang pada malam Ahad.

Kelihatan akarnya terbungkar dari dalam tanah.

Hembapan batangnya mengenai nissan-nissan kubur yang ada.

Kelihatan dari jauh kayu yang agak besar.

Pehak kontraktor menyimpan sementara dekat letak kereta bagi memudahkan mereka memunggah dengan pickup untuk membuang kedamping.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan