BANGUNAN PEJABAT UNIT

BANGUNAN PEJABAT UNIT
BANGUNAN PEJABAT UNIT TANAH-TANAH PERKUBURAN ISLAM, JALAN RESIDENCY, BANDAR SERI BEGAWAN, BRUNEI DARUSSALAM.

Isnin, 30 Januari 2012

PAGAR PEJABAT U. T. T. P. I. BSB TELAH DIDAPATI ROSAK ATAU DIROSAKKAN.

Pada Hari Isnin 30 Januari 2012, sebahagian daripada pagar keliling di Pejabat Unit Tanah-Tanah Perkuburan Islam telah didapati rosak atau dirosakkan oleh mereka-mereka yang tidak bertanggungjawab.  Yangmana kerosakan pada pagar diatara pejabat dengan Tamu Harian Bandar Seri Begawan.  Yangmana pintu pagar disitu telah ditutup dan dikunci bagi kegunaan lalu lalang ke Tamu tersebut.

Kawat berduri diatas pagar ini kelihatan sudah lama telah putus atau diputuskan

Pada awalnya diketahui terdapat kerosakan pada kawat berduri diatas pagar telah diputuskan dan pagar keliling juga telah dirosakkan.  Yang lobang pada pagar tersebut nampak memudahkan orang masuk kekawasan Pejabat Unit tersebut.

Dawai pagar nampak telah rosak atau dirosakkan dan boleh digunakan bagi masuk kedalam kawasan pejabat unit ini.

Nampaknya boleh dilalui oleh perseorangan dan mungkin bagi memudahkan mereka mengunakan bilik air yang terdapat dibangunan Pejabat Unit ini.

melalui jalan ini memudahkan mereka keluar masuk ke Pejabat ini.

T. P. I KAMPONG PUDAK PAGARNYA TELAH ROSAK DIHEMBAB OLEH KAYU TUMBANG

Pada Hari Isnin 30hb Januari 2012, pehak Unit Tanah-Tanah Perkuburan Islam telah menerima aduan daripada Pemangku Ketua Kampong Pudak.  Yangmana di Tanah Perkuburan Islam Kampong Pudak telah didapati sepohon kayu telah tumbang.  

Kayu tersebut telah menghembab keatas pagar keliling kubur tersebut, yangmana mengakibatkan kerosakan pada pagar tersebut.  Pada hari ini pehak Unit telah menghantar beberapa orang buruh bagi membersehkan kawasan tersebut dan membuang kayu yang menyangkut pada pagar keliling tersebut.

Dalam kerja-kerja tersebut telah diketuai oleh Yang Mulia Awang Haji Mohd Salleh bin Haji Besar, Pengelola Tanah-Tanah Perkuburan Islam.

Yangmana rombongan lawatan ketempat tersebut diketuai oleh YM Hj Md Salleh Hj Besar.  Mereka menuju ketempat tersebut dengan mengunakan perahu milik KHEU.

Keadaan kayu yang menghembab keatas pagar dan merosakkannya.

Salah seorang buruh memulakan kerja-kerja memotong ranting kayu tersebut.

Kayu tersebut telah menghembab keatas pagar keliling yang telah dibuat dan pernah juga diperbaiki disebabkan juga pernah terkena kayu tumbang.

Nampak kerosakan yang besar dan membolehkan binatang buas masuk kedalam kawasan TPI ini nanti.

Yangmana pagar ini perlu diperbaiki segera.

Sebahagian buruh-buruh unit ini telah mengangkat dan memindah potongan kayu ketempat lain untuk dihimbun atau dibuang.

Jumaat, 13 Januari 2012

T. P. I. SUNGAI PANGA DITAMBAH KELUASAN, DI BINA PONDOK BARU, PAGAR BARU DAN DIJADIKAN SEBUAH KUBUR BERSISTEM.

Pada Hari Khamis 12 Januari 2012, pehak Unit ini telah mengadakan lawatan bagi memeriksa kesiapan projek membesarkan kawasan, membina pondok baru, dipasang pagar baru dan dijadika salah sebuah tanah perkuburan Islam yang bersistem (tersusun).  

Lawatan dijalan oleh Pegawai Projek Yang Mulia Awang Ahmad Sanusi bin Haji Mohd Salleh Jurutera di Bahagian Bangunan dan Pemeliharaan KHEU.  Turut serta pegawai-pegawai dari Unit Tanah-Tanah Perkuburuan Islam iaitu Pengelola Kanan Yang Mulia Haji Ibrahim bin Haji Ratu, Pengelola Yang Mulia Haji Mohd Salleh bin Haji Besar.  Penolong-Penolong Pengelola Yang Mulia Awang Julidy bin Haji Samsudin, Yang Mulia Haji Abdul Jufri bin Haji Jaafar dan Yang Mulia Haji Hazaman bin Haji Zulkiffly.  Dan Pengawas-Pengawas Yang Mulia Pengiran Sahridin bin Pengiran Haji Punggut, Yang Mulia Awang Sulaiman bin Mohammad dan Yang Mulia Pengiran Haji Mohd Ardey bin Pengiran Haji Mursidi.

Pagar baru dipasang disebelah hadapan Tanah Perkuburan tersebut.

Pondok batu yang sudah lama siap

Khamis, 12 Januari 2012

T. P. I. ALANGAN BESAR MEMPUNYAI JETI KONKRET YANG BARU

Pada Hari Rabu 11 Januari 2012, Unit ini telah mengadakan lawatan ke Tanah Perkuburan Islam Alangan Besar bagi menerima dua buah jambatan konkret yang baru bagi kenaikan orang-orang dari Kampong Air untuk menuju ke Tanah Perkuburan tersebut.

Hadir menyerahkan kepada unit ini ialah Yang Mulia Awang Ahmad Sanusi bin Haji Mohd Salleh, Jurutera di Bahagian Bangunan dan Pemeliharaan, KHEU.

Unit ini dihadiri oleh Yang Mulia Haji Ibrahim bin Haji Ratu, Pengelola Kanan, Yang Mulia Haji Mohd Salleh bin Haji Besar, Pengelola, Yang Mulia Awang Julaidy bin Haji Samsudin, Yang Mulia Haji Abdul Jufri bin Haji Jaafar, Yang Mulia Haji Hazaman bin Haji Zulkiffly (Penolong-Penolong Pengelola). Yang Mulia Pengiran Sahridin bin Pengiran Haji Pungut, Yang Mulia Awang Sulaiman bin Mohammad dan Yang Mulia Pengiran Haji Mohd Ardey bin Pengiran Haji 

Salah sebuah jambatan yang telah siap dibina bagi kegunaan turun naik dari kampong air ke tanah perkuburan tersebut.

Jambatan ini juga dibekalkan dengan bangku tempat duduk. Nampak juga keadan sungai yang tidak berair kerana pada waktu surut.

Tangga tempat naik turun juga dibuat dari konkret