BANGUNAN PEJABAT UNIT

BANGUNAN PEJABAT UNIT
BANGUNAN PEJABAT UNIT TANAH-TANAH PERKUBURAN ISLAM, JALAN RESIDENCY, BANDAR SERI BEGAWAN, BRUNEI DARUSSALAM.

Khamis, 12 Januari 2012

T. P. I. ALANGAN BESAR MEMPUNYAI JETI KONKRET YANG BARU

Pada Hari Rabu 11 Januari 2012, Unit ini telah mengadakan lawatan ke Tanah Perkuburan Islam Alangan Besar bagi menerima dua buah jambatan konkret yang baru bagi kenaikan orang-orang dari Kampong Air untuk menuju ke Tanah Perkuburan tersebut.

Hadir menyerahkan kepada unit ini ialah Yang Mulia Awang Ahmad Sanusi bin Haji Mohd Salleh, Jurutera di Bahagian Bangunan dan Pemeliharaan, KHEU.

Unit ini dihadiri oleh Yang Mulia Haji Ibrahim bin Haji Ratu, Pengelola Kanan, Yang Mulia Haji Mohd Salleh bin Haji Besar, Pengelola, Yang Mulia Awang Julaidy bin Haji Samsudin, Yang Mulia Haji Abdul Jufri bin Haji Jaafar, Yang Mulia Haji Hazaman bin Haji Zulkiffly (Penolong-Penolong Pengelola). Yang Mulia Pengiran Sahridin bin Pengiran Haji Pungut, Yang Mulia Awang Sulaiman bin Mohammad dan Yang Mulia Pengiran Haji Mohd Ardey bin Pengiran Haji 

Salah sebuah jambatan yang telah siap dibina bagi kegunaan turun naik dari kampong air ke tanah perkuburan tersebut.

Jambatan ini juga dibekalkan dengan bangku tempat duduk. Nampak juga keadan sungai yang tidak berair kerana pada waktu surut.

Tangga tempat naik turun juga dibuat dari konkret

Tiada ulasan:

Catat Ulasan