BANGUNAN PEJABAT UNIT

BANGUNAN PEJABAT UNIT
BANGUNAN PEJABAT UNIT TANAH-TANAH PERKUBURAN ISLAM, JALAN RESIDENCY, BANDAR SERI BEGAWAN, BRUNEI DARUSSALAM.

Isnin, 30 Januari 2012

T. P. I KAMPONG PUDAK PAGARNYA TELAH ROSAK DIHEMBAB OLEH KAYU TUMBANG

Pada Hari Isnin 30hb Januari 2012, pehak Unit Tanah-Tanah Perkuburan Islam telah menerima aduan daripada Pemangku Ketua Kampong Pudak.  Yangmana di Tanah Perkuburan Islam Kampong Pudak telah didapati sepohon kayu telah tumbang.  

Kayu tersebut telah menghembab keatas pagar keliling kubur tersebut, yangmana mengakibatkan kerosakan pada pagar tersebut.  Pada hari ini pehak Unit telah menghantar beberapa orang buruh bagi membersehkan kawasan tersebut dan membuang kayu yang menyangkut pada pagar keliling tersebut.

Dalam kerja-kerja tersebut telah diketuai oleh Yang Mulia Awang Haji Mohd Salleh bin Haji Besar, Pengelola Tanah-Tanah Perkuburan Islam.

Yangmana rombongan lawatan ketempat tersebut diketuai oleh YM Hj Md Salleh Hj Besar.  Mereka menuju ketempat tersebut dengan mengunakan perahu milik KHEU.

Keadaan kayu yang menghembab keatas pagar dan merosakkannya.

Salah seorang buruh memulakan kerja-kerja memotong ranting kayu tersebut.

Kayu tersebut telah menghembab keatas pagar keliling yang telah dibuat dan pernah juga diperbaiki disebabkan juga pernah terkena kayu tumbang.

Nampak kerosakan yang besar dan membolehkan binatang buas masuk kedalam kawasan TPI ini nanti.

Yangmana pagar ini perlu diperbaiki segera.

Sebahagian buruh-buruh unit ini telah mengangkat dan memindah potongan kayu ketempat lain untuk dihimbun atau dibuang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan