BANGUNAN PEJABAT UNIT

BANGUNAN PEJABAT UNIT
BANGUNAN PEJABAT UNIT TANAH-TANAH PERKUBURAN ISLAM, JALAN RESIDENCY, BANDAR SERI BEGAWAN, BRUNEI DARUSSALAM.

Selasa, 20 November 2012

KAYU TUMBANG DITIUP ANGIN KENCANG DI T. P. I. RANGGAS BESAR.

Pada Hari Isnin 19 November 2012, pehak Unit Tanah-Tanah Perkuburan Islam telah menerima lapuran pokok tumbang ditiup angin kecang di Tanah Perkuburan Islam Ranggas Besar, Bandar Seri Begawan.  Pehak Unit telah mengarahkan pehak Kontraktor Berpenggal (Term Contractor) yang memberseh kawasan tersebut, untuk memotong-motong dan membuang keluar kayu tersebut.

Yangmana pada hari ini Selasa 20 November, kerja-kerja maseh diteruskan.

Kayu yang telah rebah ditiup angin kencang pada malam Ahad.

Kelihatan akarnya terbungkar dari dalam tanah.

Hembapan batangnya mengenai nissan-nissan kubur yang ada.

Kelihatan dari jauh kayu yang agak besar.

Pehak kontraktor menyimpan sementara dekat letak kereta bagi memudahkan mereka memunggah dengan pickup untuk membuang kedamping.

PENDUDUK KG SENGKURONG GOTONG ROYONG BERSIH KAYU TUMBANG KAWASAN T. P. I. BERANGAN.

Pada Hari Ahad 18 November 2012, para penduduk Kampong Sengkurong mengadakan gotong royong bagi memberseh Tanah Perkuburan Islam Barangan.  Yangmana sepohon kayu yang sudah mati rebah ditiup angin kencang baru-baru ini.

Kerja-kerja dipimpin oleh Yang Mulia Haji Abdullah Hanif bin Orang Kaya Maharaja Dinda Haji Saman, dan dibantu oleh beberapa orang kakitangan Unit Tanah-Tanah Perkuburan Islam KHEU.  Pegawai dari Unit ini diketuai oleh Yang Mulia Haji Abdul Jufri bin Haji Jaafar, Penolong Pengelola Tanah-Tanah Perkuburan Islam.

 Keadaan kayu tumbang setelah ditiup angin.

terkena pada segapan (hand reel)

 Akarnya pun tercabut sama setelah ditiup oleh angin kencang.

Nampak segapan rosak kedua-dua belah, tangga ini diwakaf oleh hamba Allah.

Habis musnah dihempap pokok yang tumbang.

Kerja-kerja memotong dikendalikan dengan bergotong royong.

Sebahagian lagi memotong dahan dan ranting, batang dipotong pendek bagi memudahkan untuk membuangnya.

Rebahan mengena pada tambak kubur yang berdekatan.

Sagapan (hand reel) yang lurus menjadi bengkang bengkok.

Batang kayu sebelum dipotong menghempap diatas tambak-tambak dan nisan kubur..

Ahad, 18 November 2012

T. P. I DAGANG, TARAP BESAR, PG SAHBANDAR & DATU PENGHULU DICEROBOH ORANG ASING.

Pada Hari Ahad 18 November 2012, Pehak Unit Tanah-Tanah Perkuburan Islam telah menerima aduan warga asing sedang memasuki kawasan Tanah Perkuburan Islam berdekatan daengan Tamu Kianggeh Bandar Seri Begawan.  

Tanah-Tanah perkuburan tersebut ialah Tanah Perkuburan Islam Dagang, Tanah Perkuburan Islam Tarap Besar, Tanah Perkuburan Islam Pengiran Sahbandar Mohd Salleh dan Tanah Perkuburan Islam Pengiran Datu Penghulu.

Ianya adalah disebabkan keramai yang berlangsung di Bandar Seri Begawan sempena Ulang Tahun ke 42 tahun pertukaran nama ibu negara dari Bandar Brunei menjadi Bandar Seri Begawan.

Pehak pengawasan Unit Tanah-Tanah Perkuburan Islam telah memantau diketuai oleh Pengawas Tanah-Tanah Perkuburan Islam Yang Mulia Awang Suliman bin Mohammad dan Yang Mulia Pengiran Haji Mohd Ardey bin Pengiran Haji Mursidi.

Pagar kubur yang sudah siap yang sering tempat warga asing lepak pada tiap hari Ahad.

 Kelihatan dua orang warga asing sedang bercereta dan makan diluar pagar kubur yang baru siap dipasang.  Sebelum itu mereka berluluas memasuki kedalam kawasan dan membuang sampah merata-raata.

 Sekarang setelah siap dipasang pagar baru nampak sudah teratur dan berseh.

Nampak diluar pagar ada terdapat sisa sampah yang dibuang oleh orang-orang yang tidak bertanggung jawab.

Sabtu, 17 November 2012

T. P. I. BUKIT SADUR KAMPONG TANJUNG NANGKA MUKIM SENGKURONG DI BUAT PAGAR BARU

Pada Hari Sabtu 17 November 2012 satu penyerahan projek bagi menganti pagar rusak di Tanah Perkuburan Islam Bukit Sadur Kampong Tanjung Nangka, Mukim Sengkurong telah diserahkan kepada Ani'ma Enterprise.

Hadir ditempat tapak tersebut dari UTTPI ialah Yang Mulia Haji Ibrahim bin Haji Ratu, Yang Mulia Haji Mohd Salleh bin Haji Besar, Yang Mulia Awang Julidy bin Haji Samsudin, Yang Mulia Haji Abdul Jufri bin Haji Jaafar dan Yang Mulia Pengiran Haji Mohd Ardey bin Pengiran Haji Mursidi.

Manakala dari Unit Pemeliharaan TTPI, Yang Mulia Haji Razimey bin Haji Salleh dan Yang Mulia Haji Mohd Zainin bin Haji Matarsad.

Wakil dari pemborong ialah Yang Mulia Awang Rivankate @ John.

Ini menandakan kerja-kerja memagar dan mengatap pondon kubur sudah mula dijalankan hingga selesai.

Kelihatan YM Hj Md Zaini Hj Matarsad, YM Hj Md Salleh Hj Besar dan YM Pg Hj Md Ardey Pg Hj Mursidi.

YM Hj Razimey Hj Salleh menerangkan tentang perlekasanaan projek diperhati oleh YM Awg Julidy Hj Samsudin.

Dari kiri YM Hj Razimey Hj Salleh, YM Awg Julidy Hj Samsudin dan YM Hj Abdul Jufri Hj Jaafar.

Tempat letak kereta dalam kawasn kubur. 

Keadaan pagar lama yang akan diganti.

Dari kiri YN Awg Rivankate@John, YM Hj Ibrahim Hj Ratu, YM Hj Rozimey Hj Salleh dan YM Hj Md Zainin Hj Matarsad.

YM Hj Md Zainin Hj Matarsad, YM Hj Md Salleh Hj Besar, YM Pg Hj Md Ardey Pg Hj Mursidi dan YM Awg Rivankate@John.

Selasa, 13 November 2012

T. P. I. DUMBAK KAMPONG KILANAS TELAH SUSUR.

Pada Hari Selasa 13 November 2012 pehak Unit Tanah-Tanah Perkuburan Islam telah menerima aduan tentang Tanah Perkuburan Islam Dumbak Kampong Kilanas telah didapati susur.  Ianya susur disebelah belakang kubur iaitu bersempadan dengan bangunan perniagaan.  

Dibawah bukit tersebut telah dipasang dinding penghadang susur (retaining wall) dimana sekarang berlakunya tanah susur.

Keadaan retaining wall yang sudah lama bergerak, nampak laluan belakang kedai ini menjadi sempit.

Kelihatan puncak bukit sudah mula bergerak, dimana kedudukan Kubur lama.

Kelihatan sudah jauh susur jika dibiarakan tanpa diusahakan akan menjadi lebeh teruk lagi.

 Nampak ketulan batu yang sudah jauh bergerak.

Dalam sikit masa lagi jika dibiarkan akan menjadi sempit.

Kelihatan tanah mula bergerak kebawah.

Agak bahaya bagi orang ramai menghampirinya.

Perlu ada tindakan segera.

MURID SEK. REN. SULTAN ABD MUBIN KG SG BESAR MELAWAT KUBAH MAKAM DIRAJA.

Pada Hari Selasa 13 November 2012 satu lagi rombongan murid sekolah telah mengadakan lawatan ke Bangunan Kubah Makam Diraja.  Ianya adalah dari Sekolah Rendah Sultan Abdul Mubin, Kampong Sungai Besar.

Dalam lawatan tersebut mereka berkesempatan membacakan Tahlil dan Doa Arwah bagi kedua Ayahnda dan Bonda Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Beginda Sultan dan Yang Dipertuan Negara Brunei Darussalam, iaitu Al Marhum Sultan Haji Omar Ali Saifuddin Saadul Khairi Waddin dan Al Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit (Sultan Brunei Yang Ke 28).

Bacaan Tahlil dan Doa Arwah dipimpin oleh Yang Mulia Ustaz Mohammad Fahmi bin Haji Hidup.

Mereka sedang mengaminkan doa tahlil yang dibacakan oleh YM Ustaz Mohd Fahmi Hj Hidup.

Kelihatan dua orang guru perempuan juga mengaminkan doa.

Kelihatan kesemua murid dan tiga orang guru.

Murid-murid mendengar penerangan daripada YM Abd Kifli Abd Lalim mengenai dengan Makam Al Marhumah Duli Raja Isteri Pg Anak Damit.

Mereka ditunjukkan Makam Al Marhum Sultan Hashim Sultan Brunei Yang Ke 25.



PENUNTUT SEKOLAH MENENGAH CHONG HWA BSB MELAWAT KE KUBAH MAKAM DIRAJA

Pada Hari Selasa 13 November 2012 serombongan pelawat telah datang melawat ke Bangunan Kubah Makam Diraja, Bandar Seri Begawan.  Rombongan tersebut ialah penuntut-penuntut Sekolah Menengah Chong Hwa, BSB yang diketuai oleh seorang guru Warga Negeria iaitu Yang Mulia Mr. Nyave Yahya Salifu.  Beliau seorang gurumengajar mata pelajaran Sejarah dan Bahasa Inggeris.

Lawatan tersebut telah disambut oleh Pegawai-Pegawai dari Unit Tanah-Tanah Perkuburan Islam.  Yang Mulia Haji Ibrahim bin Haji Ratu, Yang Mulia Awang Julidy bin Haji Samsudin, Yang Mulia Haji Abdul Jufri bin Haji Jaafar, Yang Mulia Pengiran Haji Mohd Ardey bin Pengiran Haji Mursidi dan lain-lain lagi.

Yang Mulia Awang Abdul Kifli bin Abdul Lalim dan Yang Mulia Awang Malik bin Abdul Raub (Pembaca Al Quraan) telah menunjukkan kedudukan Makam-Makam Sultan didalam Bangunan Kubah  Makam Diraja

YM Mr.Nyave Yahya Salifu berbaju hijau selaku ketua rombongan/

Memerhati sambil mendengar penerangan daripada pegawai bertugas.

YM Awg. Malik Abd Raub menerangkan tentang Makam-Makam Sultan.

Sambil memerhati dan bergambar ramai dalam Kubah Makam Diraja.

Khamis, 8 November 2012

KUBUR LAMA SUDAH DICEROBOH UNTUK MEMBINA PROJEK KOLAM TADAHAN HUJAN BAGI MENGELAK BANJIR

Pada Hari Khamis 8 November 2012, satu lawatan ketapak projek pembinaan kolam tadahan hujan bagi mengelak kejadian banjir di Kampong Lugu telah dijalankan.  Perjumpaan pada awalnya dijalankan di Side Office Syarikat L&W Sepakat di Simpang 50, Kampong Lugu.

Hadir dalam perjumpaan tersebut ialah beberapa orang pegawai dari Syrikat tersebut Yang Mulia Awang Lim Tiew Bey, Yang Mulia Awang Joselito Mantego, Yang Mulia Dayang Dyasya Farina binti Samion, Yang Mulia Dayang Imah Munira binti Haji Anuar dan Yang Mulia Gretchen River.  Ketua Kampong Lugu Yang Mulia Awang Salim bin Adi, dari Unit Tanah-Tanah Perkuburan Islam diwakili oleh Yang Mulia Haji Ibrahim bin Haji Ratu Pengelola Kanan Tanah-Tanah Perkuburan Islam dan Yang Mulia Haji Abdul Jufri bin Haji Jaafar Penolong Pengelola Tanah-Tanah Perkuburan Islam, Pegawai-Pegawai dari Jabatan Kerja Raya Bahagian Saliran dan dua orang warga emas penduduk Kampong Lugu yang mengetahui tapak kubur lama tersebut.. Kedua-dua mereka ialah Yang Mulia Haji Kamis bin Muhammad dan Yang Mulia Haji Lamat bin Duraman dan sudah berusia 80 tahun dan 70 tahun.  Namun mereka tidak mengetahui nama pemilik kubur dan warisnya.

Kemudian kumpulan yang hadir melawat ketapak yang dimaksudkan.  Dimana didapati tapak tersebut sudah pun diruntuh dan dibersehkan oleh pehak pemaju.  Dipercaya terdapatnya kubur lama dikawasan tersebut yang ditunjukkan oleh kedua-dua warga emas tersebut.

Setelah dilihat dengan jelas tanah bukit tersebut sudahpun dihakis dengan jentolak kira-kira ketinggian 10 kaki.  Dan dipercayaan penggalian kubur dilakukan lingkungan sedalam 7 ke 8 kaki sahaja, maka berarti sekarang hakisan telah melebehi sedalam kubur tersebut.  

Maka dengan ini dipercayai kubur lama itu sudahpun terhakis dan sudah hilang.  Pehak Unit mencadangkan agar pehak yang berkenaan lebeh baik mengadakan satu majlis bertahlil bagi menghormati jenazah yang tertanam dikawasan tersebut.  

Perkara tersebut mendapat sembutan ramai dan Insya Allah akan diadakan dalam masa yang terdekat.

Sebahagian daripada kolam tadahan air hujan yang telah dibuat oleh pehak pemaju melalui Jabatan Kerja Raya Bahagian Saliran.

Busut bekas bukit yang ditinggalkan yang dipercayai tempat kubur lama tersebut.

YM Hj Lamat Duraman menunjukkan kedudukan tapak terletaknya kubur lama yang dipercayai oleh mereka namun sudah dihakis sedalam kira-kira lebeh 10 kaki.

Yang hadir menganggarkan kedudukan kubur lama dan dipercayai sudah terhakis dan terbuang.

Pehak UTTPI melalui YM Hj Ibrahim Hj Ratu menjelaskan hal kedudukan kubur tersebut kepada sekalian yang hadir.

Yangmana beliau memberi pandangan agar diadakan satu majlis tahlil ditapak tersebut bagi menhormati jenazah yang tertanam disitu, kemudian kerja-kerja boleh diteruskan.  Namun jika pehak pemaju menjumpai sebarang yang ganjil mengenai kubur hendaklah diberhentikan segera dan menghubungi pehak yang berkenaan.

Keadaan yang sukar ditempuhi untuk sampai kekawasan yang dimaksudkan.