BANGUNAN PEJABAT UNIT

BANGUNAN PEJABAT UNIT
BANGUNAN PEJABAT UNIT TANAH-TANAH PERKUBURAN ISLAM, JALAN RESIDENCY, BANDAR SERI BEGAWAN, BRUNEI DARUSSALAM.

Khamis, 8 November 2012

KUBUR LAMA SUDAH DICEROBOH UNTUK MEMBINA PROJEK KOLAM TADAHAN HUJAN BAGI MENGELAK BANJIR

Pada Hari Khamis 8 November 2012, satu lawatan ketapak projek pembinaan kolam tadahan hujan bagi mengelak kejadian banjir di Kampong Lugu telah dijalankan.  Perjumpaan pada awalnya dijalankan di Side Office Syarikat L&W Sepakat di Simpang 50, Kampong Lugu.

Hadir dalam perjumpaan tersebut ialah beberapa orang pegawai dari Syrikat tersebut Yang Mulia Awang Lim Tiew Bey, Yang Mulia Awang Joselito Mantego, Yang Mulia Dayang Dyasya Farina binti Samion, Yang Mulia Dayang Imah Munira binti Haji Anuar dan Yang Mulia Gretchen River.  Ketua Kampong Lugu Yang Mulia Awang Salim bin Adi, dari Unit Tanah-Tanah Perkuburan Islam diwakili oleh Yang Mulia Haji Ibrahim bin Haji Ratu Pengelola Kanan Tanah-Tanah Perkuburan Islam dan Yang Mulia Haji Abdul Jufri bin Haji Jaafar Penolong Pengelola Tanah-Tanah Perkuburan Islam, Pegawai-Pegawai dari Jabatan Kerja Raya Bahagian Saliran dan dua orang warga emas penduduk Kampong Lugu yang mengetahui tapak kubur lama tersebut.. Kedua-dua mereka ialah Yang Mulia Haji Kamis bin Muhammad dan Yang Mulia Haji Lamat bin Duraman dan sudah berusia 80 tahun dan 70 tahun.  Namun mereka tidak mengetahui nama pemilik kubur dan warisnya.

Kemudian kumpulan yang hadir melawat ketapak yang dimaksudkan.  Dimana didapati tapak tersebut sudah pun diruntuh dan dibersehkan oleh pehak pemaju.  Dipercaya terdapatnya kubur lama dikawasan tersebut yang ditunjukkan oleh kedua-dua warga emas tersebut.

Setelah dilihat dengan jelas tanah bukit tersebut sudahpun dihakis dengan jentolak kira-kira ketinggian 10 kaki.  Dan dipercayaan penggalian kubur dilakukan lingkungan sedalam 7 ke 8 kaki sahaja, maka berarti sekarang hakisan telah melebehi sedalam kubur tersebut.  

Maka dengan ini dipercayai kubur lama itu sudahpun terhakis dan sudah hilang.  Pehak Unit mencadangkan agar pehak yang berkenaan lebeh baik mengadakan satu majlis bertahlil bagi menghormati jenazah yang tertanam dikawasan tersebut.  

Perkara tersebut mendapat sembutan ramai dan Insya Allah akan diadakan dalam masa yang terdekat.

Sebahagian daripada kolam tadahan air hujan yang telah dibuat oleh pehak pemaju melalui Jabatan Kerja Raya Bahagian Saliran.

Busut bekas bukit yang ditinggalkan yang dipercayai tempat kubur lama tersebut.

YM Hj Lamat Duraman menunjukkan kedudukan tapak terletaknya kubur lama yang dipercayai oleh mereka namun sudah dihakis sedalam kira-kira lebeh 10 kaki.

Yang hadir menganggarkan kedudukan kubur lama dan dipercayai sudah terhakis dan terbuang.

Pehak UTTPI melalui YM Hj Ibrahim Hj Ratu menjelaskan hal kedudukan kubur tersebut kepada sekalian yang hadir.

Yangmana beliau memberi pandangan agar diadakan satu majlis tahlil ditapak tersebut bagi menhormati jenazah yang tertanam disitu, kemudian kerja-kerja boleh diteruskan.  Namun jika pehak pemaju menjumpai sebarang yang ganjil mengenai kubur hendaklah diberhentikan segera dan menghubungi pehak yang berkenaan.

Keadaan yang sukar ditempuhi untuk sampai kekawasan yang dimaksudkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan