BANGUNAN PEJABAT UNIT

BANGUNAN PEJABAT UNIT
BANGUNAN PEJABAT UNIT TANAH-TANAH PERKUBURAN ISLAM, JALAN RESIDENCY, BANDAR SERI BEGAWAN, BRUNEI DARUSSALAM.

Jumaat, 10 Februari 2012

PUSAT SEJARAH MENGESAN KUBUR PEMBESAR NEGARA

Pada Hari Khamis 9 Februari 2012, Pegawai-Pegawai dari Jabatan Pusat Sejarah telah datang menyelidik salah sebuah kubur dipersampadanan Kampong Jerudong Mukim Sengkurong dengan Kampong Rimba Mukim Gadong.  Turut hadir ialah Yang Mulia Haji Ibrahim bin Haji Ratu, Pengelola Kanan Tanah-Tanah Perkuburan Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama.

Dalam kajian ianya adalah Makam salah seorang anak raja yang dikenali dengan nama Pengiran Muda Kassim ibni Sultan Saiful Rijal.  Sultan Saiful Rijal ialah Sultan yang ke Tujoh memerintah Brunei selama 48 Tahun sejak tahun 1533 hingga ketahun 1581.

Kemudian putera beginda ini telah melarikan diri ke Kampong Jerudong dan mengenalkan dirinya kepada penduduk kampong sebagai Orang Kaya Kassim.

Batu nisan yang dipercayai dipunyai oleh Allahyarham Orang Kaya Kassim.  Beliau dipercayai seorang Putera dari Sultan Saiful Rijal bernama Pengiran Muda Kassim, tapi telah dipercayai lari dari Istana dan tinggal di Kampong Rimba.

Salah seorang penduduk Kampong Jerudong telah menceritakan kisah anak raja tersebut.

Salah seorang Pengiran adalah waris daripada Almarhum Pengiran Muda Kassim tersebut.

Sebahagian daripada pegawai dari Jabatan Pusat Sejarah sedang meneliti keadaan batu nisan tersebut.

1 ulasan:

  1. Salam. Di mana lokasi sebenar kubur Allayarham Orang Kaya Kasim? Peramba berminat ntk ziarah sekaligus mempelajari sejarah almarhum.

    BalasPadam