BANGUNAN PEJABAT UNIT

BANGUNAN PEJABAT UNIT
BANGUNAN PEJABAT UNIT TANAH-TANAH PERKUBURAN ISLAM, JALAN RESIDENCY, BANDAR SERI BEGAWAN, BRUNEI DARUSSALAM.

Khamis, 30 Ogos 2012

TANAH PERKUBURAN ISLAM KIANGGEH TELAH TERCEMAR OLEH SAMPAH

 Pada Hari Khamis 11 Syawal 1433 / 30 Ogos 2012 pehak Unit Tanah-Tanah Perkuburan Islam telah menerima adaun tentang pencemaran sampah sarap dalam kawasan Tanah Perkuburan Islam Kianggeh. Aduan telah diterima daripada waris simati yang bersemadi di Tanah Perkuburan tersebut.  Dalam bulan Syawal ini ramai daripada waris menzarahi perkuburan keluarga mereka.  Yangmana dikubur tersebut telah terdapat sampah sarap seperti bekas pembungkus makanan berselirakan diatas tambak-tambak kubur.  

Yangmana juga pewaris telah terjumpa warga Indonesia sedang makan diatas kubur tersebut.  Apabila pehak Pegawai Unit ini melawat telah mendapati sampah sarap maseh bertaburan dalam kawasan tersebut.  Mereka mudah mendapat makanan kerana kubur tersebut bersempadan dengan kawasan Tamu Kianggeh.  Apabila mereka membeli dan mencari tempat untuk makan dan minum, mereka tidak menghiraukan dimana sahaja mereka makan termasuklah didalam kawasan Tanah Perkuburan.  Tambahan lagi pagar sempadan yang ada telah rosak.

Apabila pehak unit memberitahu kepada penjaja disana, mereka (pehak penjaja) tidak mengakui yang pelanggan mereka masuk makan dikawasan kubur.  Melainkan mereka beralasan dibawa oleh monyet yang banyak terdapat dikawasan tersebut.

Namun apa yang kami dapat tahu dari pengunjung Tanah Perkuburan, mereka pernah mendapati yang pelanggan mereka makan didalam kawasan kubur tersebut.

Sampah ditepi batu nisan diatas bukit TPI Kianggeh.

Dibawah kubur ini adalah Tamu Kianggeh tempat peniaga menjual barang makan.

Ditepi tambak kubur kelihatan bekas kotak makanan dan plastik minuman.

Keadaan pagar yang rosak tidak dibaiki memudahkan mereka naik dari tamu dan makan dalam kawasan kubur.

Sampah yang mereka biarkan selepas mereka makan.

Tempat penjualan makanan di Tamu Kianggeh.

Ada juga disediakan tempat duduk seperti sebuah restauran,

Pandangan dari kawasan Tamu tempat mereka naik ke Kubur.

Cuma bersempadan dengan longkang kecil,  Yang berumput itu adalah tanah kubur.

Kawasan ini nampak tidak terurus oleh pehak Lembaga Bandaran.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan