BANGUNAN PEJABAT UNIT

BANGUNAN PEJABAT UNIT
BANGUNAN PEJABAT UNIT TANAH-TANAH PERKUBURAN ISLAM, JALAN RESIDENCY, BANDAR SERI BEGAWAN, BRUNEI DARUSSALAM.

Sabtu, 25 Jun 2011

KERETA MELANGGAR KUBUR DI BAWAH KUBAH MAKAM DIRAJA

Pada Hari Jumaat 24 Jun  2011, Pada pagi tadi seorang pemandu telah hilang kawalan lalu kereta yang dipandunya telah melanggar dan masuk kedalam kawasan Tanah Perkuburan Islam.  Ianya berlaku di Tanah Perkuburan dalam kawasan Makam Diraja Jalan Tutong.

Apabila pehak pemberita tiba disana, pehak Polis Diraja Brunei telah menyatakan pemandu kereta tersebut telah melarikan diri, lalu pehak mereka tercari-cari kemana beliau berada.

Difahamkan pemandu tersebut telah hilang fikiran disebabkan masalah kesihatan.
Isteri beliau, telah datang dan membantu sesiatan polis, dan menerangkan kejadian ini bukan pertama kali malahan pernah terjadi sebelumnya.
"Beliau sering hilang ingatan semasa memandu lalu hilang kawalan, beliau sering tidak mendengar nasihat." kata beliau.
Pemandu tersebut telah didapati berjalan dikawasan berdekatan dan kemudian telah dibawa ke Rumah Sakit Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) untuk pemeriksaan. 
Sesiatan polis akan dijalankan kemudian


out-of-control-ocig
Kereta terlajak melimpasi garaj tempat meletakkan Kenderaan Diraja, lalu melanggar salah sebuah kubur disana.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan