BANGUNAN PEJABAT UNIT

BANGUNAN PEJABAT UNIT
BANGUNAN PEJABAT UNIT TANAH-TANAH PERKUBURAN ISLAM, JALAN RESIDENCY, BANDAR SERI BEGAWAN, BRUNEI DARUSSALAM.

Khamis, 9 Jun 2011

MAJLIS PEMINDAHAN KUBUR LAMA DI TAPAK L. T. A. BRUNEI.

Pada Hari Khamis 9 Jun 2011, Jabatan Penerbangan Awam (JPA), telah mengadakan majlis pemindahan kubur lama di kawasan tapak lapangan terbang Berakas.  Ianya dikendalikan oleh Unit Tanah-Tanah Perkuburan Islam Kementerian Hal Ehwal Ugama (UTPI, KHEU) dengan bantuan Lembaga Kemajuan Ekonomi Brunei (BEDB).

Ianya dilaksanakan bagi membolehkan projek pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei.  Yangmana kubur itu milik dua orang suami isteri, yang sudah disemadikan sejak lebeh 100 tahun yang lalu.  Iaitu kubur bagi Allahyarham Awang Haji Minuddin bin Aman dan Allahyarhamah Dayang Liah binti Jamin.

Hadir sama ialah Ketua Bahagian Bangunan dan Pemeliharaan KHEU Pengiran Alli bin Pengiran Haji Mohammad, Ketua Kampong Lambak B, Awang Haji Bujang bin Ahim serta pegawai dan kakitangan ketiga-tiga jabatan dan keluarga sipemilik kubur. 

Sebelum upacara penggalian dijalan, majlis tahlil telah diadakan diatas tapak kubur tersebut dipimpin oleh Awang Muhaimin bin Duraman. 

Kemudian diikuti dengan kerja-kerja penggalian dilakukan oleh kakitangan UTPI, kemudian ketulan tanah yang dipercayai cebisan jenazah dibawah berpindah ke Tanah Perkuburan Islam Kampong Lambak, Jalan Pasir Berakas. 

Kubur bagi Allahyarham Awg Hj Minuddin b Aman. Yangmana akan digali dan dipindahkan

Kubur bagi Allahyarhamah Dyg Liah bt Jamin yang juga akan dipindahkan.

Awal majlis dimulakan dengan bacaan tahlil dan doa arwah yang dipimpin oleh YM Awg Muhaimin Duraman Pmk. Pengawas. Turut hadir ahli waris atau keluarga simati.

Sebahagian lagi yang hadir termasuk pegawai dari JPA dan BEDB.

Sebahagian lagi yang hadir dan kelihatan YM Hj Rosli DP Hj Zakaria (sebelah kiri) sembil mengikuti bacaan Tahlil.

Sebahagian lagi yang turut hadir kelihatan berkaca mata & berbaju puteh Ketua Bgn Bangunan dan Pemeliharaan YM Pg Alli Pg Hj Mohammad.

Kelihatan kakitangan UTTPI dibelakang sekali berbaju hitam Hj Hazaman Hj Zulkiffly (Penolong Pengelola) dan YM Awg.Sulaiman Mohammad (Pengawas)

Sebelum kerja-kerja penggalian dijalankan tambak batu / bakut diketepikan terlebeh dahulu.

Pemulaan penggalian diusahakan oleh seorang warga emas dari kalangan waris simati.

Kerja-kerja penggalian diteruskan oleh kakitangan UTTPI, KHEU.

Kelihatan berbatu puteh YM Hj Bujang Ahim (Ketua Kampong Berakas B)

Kerja-kerja penggalian dilakukan serentak dikedua-dua kubur oleh kakitangan UTTPI, KHEU.

Penggalian diperhati oleh YM Awg Julaidy Hj Samsudin (Penolong Pengelola).

Mengkapan semula cebisan tanah yang dianggap jasad dijalankan oleh YM Awg Muhaimin Duraman (Pmk.Pengawas).

Sebahagian perkerja BEDB sambil menanti kerja-kerja penggalian selesai.

Mempastikan ketulan tanah adalah cebisan jasad menusia.

Mengenal pasti cebisan tanah dan kedudukan dalam apabila mengkebumikan jenazah dahulu.

Cebisan tanah yang dipercayai jasad menusia dikapankan balik bagi dikebumikan semula ditempat lain.

Nampak yang sudah siap dikapan balik itu ialah cebisan jasad Allahyarhamah Dyg Liah Jamin. Manakala yang baru itu ialah Allahyarham Hj Minuddin Aman.

Memasukkan balik kedalam tanah di TPI Kampong Lambak, Jalan Pasir Berakas.

Apabila siap dikebumikan balik semua kelangkapan diatas seperti batu nisan atau bakut dipasang balik.  Manakala batu nisan ditambah dengan yang baru.

1 ulasan:

  1. Saya mendapati blog tuan mempunyai maklumat yang berguna terutama sekali bagi saya yang ingin mengetahui tentang lokasi kubur-kubur lama yang terdapat di Negara Brunei Darussalam. Terima kasih dan terus kan usaha.

    BalasPadam