BANGUNAN PEJABAT UNIT

BANGUNAN PEJABAT UNIT
BANGUNAN PEJABAT UNIT TANAH-TANAH PERKUBURAN ISLAM, JALAN RESIDENCY, BANDAR SERI BEGAWAN, BRUNEI DARUSSALAM.

Selasa, 26 Julai 2011

LAWATAN KE TANAH PERKUBURAN ISLAM ALANGAN BESAR

Pada Hari Selasa 26 Julai 2011 lawatan telah dijalan ke Tanah Perkuburan Islam Alangan Besar Bandar Seri Begawan.  Lawatan disertai oleh: Pengelola Kanan Yang Mulia Haji Ibrahim bin Haji Ratu, Pengelola Yang Mullia Awang Haji Mohd Salleh bin Haji Besar, Penolong Pengelola Yang Mulia Awang Haji Hazaman bin Haji Zulkiffly, Pengawas-Pengawas Yang Mulia Awang Sulaiman bin Mohammad dan Yang Mulia Pengiran Sahridin bin Pengiran Haji Punggut.

Dimana pehak Unit telah menerima aduan tentang pembinaan tangga tanpa kebenaran daripada Unit ini.  Dimana setelah diperiksa didapati terdapat dua pewakaf berlainan telah membina dua buah tangga untuk naik keatas bukit tempat kedudukan kubur tersebut.

Salah sebuah tangga yang dibina dibawah bukit dari kampong Tamoi.

Dimana juga terdapat kerja-kerja tersebut tidak menghormati kubur.  Salah satu batu nisan telah terkandung dekat simin.

Juga didapati satu nisan lama dipercayai telah dibuat tangga berdekatannya.

Kelihatan satu batang nisan batu telah disimin hinggap pada tangga baru dibina.  Ini juga tanda tidak menghormati kubur.

Kelihatan kayu nisan banyak berdekatan dengan tangga yang berpagar.

Dibincangkan bersama untuk membuat laluan daripada pagar tangga bagi memudahkan pelawat kubur menzarahinya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan