BANGUNAN PEJABAT UNIT

BANGUNAN PEJABAT UNIT
BANGUNAN PEJABAT UNIT TANAH-TANAH PERKUBURAN ISLAM, JALAN RESIDENCY, BANDAR SERI BEGAWAN, BRUNEI DARUSSALAM.

Jumaat, 29 Julai 2011

MAJLIS BERTAHLIL, DOA ARWAH DAN PERPISAHAN KERANA BERSARA

Pada Hari Sabtu 30 Julai 2011, pehak Unit Tanah-Tanah Perkuburan Islam telah mengadakan majlis Tahlil Doa Arwah dan Perpisahan kerana bersara.  Pegawai yang diraikan ialah Yang Mulia Pengiran Haji Matrais bin Pengiran Kula, Penolong Pegawai Kerja Tingkat I, dari Unit Penghapusan Dari Kira-Kira.  Kerana sebelum ini beliau bertugas di Unit ini selaku Ketua Unit Tanah-Tanah Perkuburan Islam.

Cenderamata kenangan daripada Pegawai Unit ini disampaikan oleh Yang Mulia Haji Ibrahim bin Haji Ratu, Pengelola Kanan Tanah-Tanah Perkuburan Islam.  Manakala daripada pehak Penggapai disampaikan bersama oleh semua Penggapai yang hadir.

Tahlil dan doa dipimpin oleh Yang Mulia Pengiran Mohd Isa bin Pengiran Haji Hitam, Penjaga Kubah Makam Diraja.

YM Hj Ibrahim Hj Ratu Pengelola Kanan TTPI menyampaikan cenderamata kepada YM Pg Hj Matrais Pg Kula bekas Penolong Pengawai Kerja Tingkat I selaku Ketua Unit Tanah-Tanah Perkuburan Islam.

Manakala cenderamata daripada penggapai disampaikan kehadapan YM Pg Hj Matrais oleh wakil mereka YM Dyg Azizah Hj Sulaiman dan YM Dyg Kambar Hj Kadir.

Tahlil dibacakan oleh YM Pg Md Isa Pg Hj Hitam dan kelihatan YM Hj Ibrahim dan YM Pg Hj Matrais.

YM Pg Hj Matrais dijunjung untuk menyampaikan sedikit ucapan nasihat kepada semua yang hadir.

YM Pg Hj Matrais menyampaikan sedikit ucapan nasehat kepada semua kakitangan unit ini

Penggapai-Penggapai yang hadir mendengar nasihat dan ucapan daripada YM Pg Hj Matrais selaku bekas Ketua Unit Tanah-Tanah Perkuburan Islam.

Mengaminkan doa yang dibacakan oleh YM Pg Mohd Isa, dari kiri YM Hj Ibrahim Hj Ratu, YM Pg Hj Matrais Pg Kula dan YM Pg Mohd Isa Pg Hj Hitam.

Hadir dari kiri YM Awg Julaidy Hj Samsudin, YM Awg Sulaiman Mohammad, YM Hj Mohd Salleh Hj Besar, YM Hj Hazaman Hj Zulkiffly, YM Pg Hj Mohd Ardy.

Kesemua Penggapai yang ada beramah mesra dengan YM Pg Hj Matrais sebelum beliau memulakan persaraan

Bergambar ramai duduk dari kiri YM Hj Ibrahim Hj Ratu, YM Pg Hj Matrais Pg Kula dan YM Hj Mohd Salleh Hj Besar, berdiri dari kiri YM Awg Md Ismail Julai, YM Pg Sahridin Pg Hj Punggut, YM Hj Hazaman  Hj Zulkiffly, YM Awg Julaidy Hj Samsudin, YM Pg Hj Md Ardey, YM Awg Sulaiman Mohammad dan YM Pg Md Isa Pg Hj Hitam.

Bersama Penggapai duduk dari kiri YM Hjh Siti Animi Hj Salleh, YM Hjh Rosmawati Hj Ismail, YM Pg Hj Matrais Pg Kula, YM Hjh Alijah Hj Ali dan YM Dyg Noradiana Hj Jaafar, berdiri dari kiri YM Dyg Norhidah Hj Alias, YM Pg Noraidah Pg Salleh, YM Pg Dahsimah Pg Ismail, YM Dyg Sidah Hj Md Zaidi, YM Dyg Kambar Hj Kadir, YM Dyg Azizah Hj Sulaiman, YM Dyg Norlila Mohammad dan YM Dyg Norfadzillah Karim.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan