BANGUNAN PEJABAT UNIT

BANGUNAN PEJABAT UNIT
BANGUNAN PEJABAT UNIT TANAH-TANAH PERKUBURAN ISLAM, JALAN RESIDENCY, BANDAR SERI BEGAWAN, BRUNEI DARUSSALAM.

Khamis, 8 September 2011

KERJA-KERJA PEMBAIKAN KAWASAN MAKAM SULTAN HASAN.

Hari Rabu 7 September 2011satu lawatan ke Makam Sultan Hasan Kampong Sungai Bunga telah diadakan. Lawatan tersebut bertujuan bagi pembinaan dan pengubahsuaian kawasan tersebut. Ianya diketuai oleh Yang Mulia Haji Ibrahim bin Haji Ratu, Pengelola Kanan Tanah-Tanah Perkuburan Islam, bersama Pegawai dan Kakitangan Unit Tanah-Tanah Perkuburan Islam, Ketua Unit Pemeliharaan Yang Mulia Pengiran Abd Razak bin Pengiran Mashod dan Yang Mulia Haji Mohd Zainin bin Haji Matarsat serta beberapa orang penuntut Maktab Teknik Sultan Saiful Rijal yang menjalankan penempatan kerja dan wakil syarikat yang akan membuat kerja-kerja tersebut.

 YM Pg Abd Razak Pg Hj Apong menunjukkan keduduak yang akan dibina pagar.

 Dari kiri YM Hj Mohd Zainin dan wakil syarikat yang akan menjalankan kerja-kerja pembinaan tersebut. Yangmana akan siap dilaksanakan selama 1 bulan.

Tiga orang penuntut MTSSR yang menjalankan penempatan kerja juga turut melawat ketempat tersebut.

Kelihatan Pengawai UTTPI yang turut serta YM Pg Hj Mohd Ardey, YM Hj Mohd Salleh dan YM Hj Abdul Jufri.

Batu nisan yang dipercayai tanda Makam Sultan Hasan.

Kedudukan parit yang akan dibuat bagi mengalirkan air jika musim hujan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan