BANGUNAN PEJABAT UNIT

BANGUNAN PEJABAT UNIT
BANGUNAN PEJABAT UNIT TANAH-TANAH PERKUBURAN ISLAM, JALAN RESIDENCY, BANDAR SERI BEGAWAN, BRUNEI DARUSSALAM.

Sabtu, 10 September 2011

TANAH PERKUBURAN ISLAM BUKIT DAPA KG KIUDANG TUTONG DIJADIKAN KUBUR BERSYSTEM

Hari Sabtu, 10 September 2011, Projek membuat sebuah kubur bersystem telah dimulakan bagi Daerah Tutong, dimana penyerahan kerja-kerja menembok tanah, serta membina kemudahan asas tanah perkuburan islam bagi Mukim Kiudang.  Tanah Perkuburan Islam Bukit Dapa Kampong Kiudang dikhaskan untuk mengkebumikan jenazah orang-orang islam dari kawasan Mukim Kiudang dan sekitarnya.  Keluasan Tanah Perkuburan tersebut ialah kira-kira 5 ekar.  Kerja-kerja tanah dan pembinaan dikendalikan oleh Syarikat Seri Padat.

Turut berada dilokasi ialah Penghulu Mukim Kiudang Yang Mulia Haji Abd Rahim bin Abdullah Yakin, Ketua Kampong Kiudang, Yang Mulia Haji Mohd Saiful bin Abdullah Anja, 

Ketua Unit Tanah-Tanah Perkuburan Islam Yang Mulia Haji Rosli bin Dato Paduka Haji Zakaria, Ketua Unit Projek Yang Mulia Pengiran Abd Razak bin Pengiran Haji Apong, Yang Mulia Haji Ibrahim bin Haji Ratu (Pengelola Kanan Tanah-Tanah Perkuburan Islam), Yang Mulia Haji Mohd Zainin bin Haji Metarsad (Pengawas Tingkat I), 

Yang Mulia Awang Mohd Harun bin Awang Adi (Penolong Pengelola TTPI), Yang Mulia Awang Rafea bin Haji Abdullah (Pengawas TTPI), 

Dari Syaikat Seri Padat yang mengendalikan projek ialah Yang Mulia Awang Tiong Chong Ping dan Yang Mulia Awang Patrick Wong.

Turut serta ialah tiga orang pelajar Maktab Teknik Sultan Saiful Rijal yang menjalankan Penempatan Kerja iaitu Yang Mulia Dayang Nur Hamalina binti Haji Hamidon, Yang Mulia Dayang Nurhanisah binti Enddi dan Yang Mulia Dayang Siti Nur Afifah Izzdullah binti Haji Umar.




Papan tanda projek sedang dijalankan dalam tempoh 4 bulan sehingga 9 Januari 2012,












Keadaan bukit yang telah dituntuh dan kawasan rendah yang sedang ditembok.  Untuk menjadikan sama tinggi.


Kerja-kerja meruntuh bukit dengan mengunakan jentolak.


YM Hj Rosli mendengar penerangan daripada pehak Syarikat yang menjalankan projek.

Salah seorang pegawai syarikat tersebut menerangkan kedudukan projek kepada YM Hj Rosli dan semua pegawai yang hadir.

Sebahagian yang hadir dari kiri YM Awg Md Rafea, YM Hj Mohd Saiful (Ketua Kampong), YM Hj Rosli dan YM Pg Abd Razak (Membelakangi kemera).

 Tiga orang penuntut yang menjalankan latihan kerja juga turut hadir menyaksikan penyerahan projek.

 Jalan menuju ke Tanah Perkuburan Kaum Dusun dan Cina.  Yangmana melintasi Tanah Perkuburan Islam Bukit Dapa.

 Keadaan longkang tanah yang berada disempadan antara kubur dan jalanraya,

 Sempadan diantara Tanah Kubur dengan SL (tanah kerajaan)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan