BANGUNAN PEJABAT UNIT

BANGUNAN PEJABAT UNIT
BANGUNAN PEJABAT UNIT TANAH-TANAH PERKUBURAN ISLAM, JALAN RESIDENCY, BANDAR SERI BEGAWAN, BRUNEI DARUSSALAM.

Jumaat, 29 Julai 2011

MAJLIS BERTAHLIL, DOA ARWAH DAN PERPISAHAN KERANA BERSARA

Pada Hari Sabtu 30 Julai 2011, pehak Unit Tanah-Tanah Perkuburan Islam telah mengadakan majlis Tahlil Doa Arwah dan Perpisahan kerana bersara.  Pegawai yang diraikan ialah Yang Mulia Pengiran Haji Matrais bin Pengiran Kula, Penolong Pegawai Kerja Tingkat I, dari Unit Penghapusan Dari Kira-Kira.  Kerana sebelum ini beliau bertugas di Unit ini selaku Ketua Unit Tanah-Tanah Perkuburan Islam.

Cenderamata kenangan daripada Pegawai Unit ini disampaikan oleh Yang Mulia Haji Ibrahim bin Haji Ratu, Pengelola Kanan Tanah-Tanah Perkuburan Islam.  Manakala daripada pehak Penggapai disampaikan bersama oleh semua Penggapai yang hadir.

Tahlil dan doa dipimpin oleh Yang Mulia Pengiran Mohd Isa bin Pengiran Haji Hitam, Penjaga Kubah Makam Diraja.

YM Hj Ibrahim Hj Ratu Pengelola Kanan TTPI menyampaikan cenderamata kepada YM Pg Hj Matrais Pg Kula bekas Penolong Pengawai Kerja Tingkat I selaku Ketua Unit Tanah-Tanah Perkuburan Islam.

Manakala cenderamata daripada penggapai disampaikan kehadapan YM Pg Hj Matrais oleh wakil mereka YM Dyg Azizah Hj Sulaiman dan YM Dyg Kambar Hj Kadir.

Tahlil dibacakan oleh YM Pg Md Isa Pg Hj Hitam dan kelihatan YM Hj Ibrahim dan YM Pg Hj Matrais.

YM Pg Hj Matrais dijunjung untuk menyampaikan sedikit ucapan nasihat kepada semua yang hadir.

YM Pg Hj Matrais menyampaikan sedikit ucapan nasehat kepada semua kakitangan unit ini

Penggapai-Penggapai yang hadir mendengar nasihat dan ucapan daripada YM Pg Hj Matrais selaku bekas Ketua Unit Tanah-Tanah Perkuburan Islam.

Mengaminkan doa yang dibacakan oleh YM Pg Mohd Isa, dari kiri YM Hj Ibrahim Hj Ratu, YM Pg Hj Matrais Pg Kula dan YM Pg Mohd Isa Pg Hj Hitam.

Hadir dari kiri YM Awg Julaidy Hj Samsudin, YM Awg Sulaiman Mohammad, YM Hj Mohd Salleh Hj Besar, YM Hj Hazaman Hj Zulkiffly, YM Pg Hj Mohd Ardy.

Kesemua Penggapai yang ada beramah mesra dengan YM Pg Hj Matrais sebelum beliau memulakan persaraan

Bergambar ramai duduk dari kiri YM Hj Ibrahim Hj Ratu, YM Pg Hj Matrais Pg Kula dan YM Hj Mohd Salleh Hj Besar, berdiri dari kiri YM Awg Md Ismail Julai, YM Pg Sahridin Pg Hj Punggut, YM Hj Hazaman  Hj Zulkiffly, YM Awg Julaidy Hj Samsudin, YM Pg Hj Md Ardey, YM Awg Sulaiman Mohammad dan YM Pg Md Isa Pg Hj Hitam.

Bersama Penggapai duduk dari kiri YM Hjh Siti Animi Hj Salleh, YM Hjh Rosmawati Hj Ismail, YM Pg Hj Matrais Pg Kula, YM Hjh Alijah Hj Ali dan YM Dyg Noradiana Hj Jaafar, berdiri dari kiri YM Dyg Norhidah Hj Alias, YM Pg Noraidah Pg Salleh, YM Pg Dahsimah Pg Ismail, YM Dyg Sidah Hj Md Zaidi, YM Dyg Kambar Hj Kadir, YM Dyg Azizah Hj Sulaiman, YM Dyg Norlila Mohammad dan YM Dyg Norfadzillah Karim.

Selasa, 26 Julai 2011

LAWATAN KE TANAH PERKUBURAN ISLAM IKAS BANDUNG KAMPONG KUPANG

Pada Hari Selasa 26 Julai 2011, Ketua Unit Tanah-Tanah Perkuburan Islam Yang Mulia Awang Haji Rosli bin Dato Peduka Haji Zakaria telah mengetuai rombongan melawat ke Tanah Perkuburan Islam Ikas Bandung, Kampong Kupang.  Ianya disertai oleh Pegawai Unit dari Bandar Seri Begawan dan Daerah Tutong.  Ianya dibuat bagi tujuan memeriksa rancangan seorang hamba Allah untuk mewakafkan jambatan laluan bagi menyeberangi anak sungai yang terdapat merantangi laluan kesana.

Laluan pertama adalah sebuah parit ditepi jalan di Jalan Kecil Ikas Bandung.

Gambar dari seberang parit 

Parit kedua yang juga perlu untuk dibina jambatan atau titian.

Kerja-kerja menyukat dan mengira anggaran pengunaan kayu dilakukan oleh dua orang Penolong Pengelola iaitu YM Hj Abd Jefri Hj Jafar dan YM Awg Harun Awg Adi.

Laluan yang digunakan untuk ke TPI tersebut yangmana terlalu jauh dari jalan utama.

Keadaan bukit yang tinggi dan tapi tidak curam. Menuju ke TPI Ikas Bandung.

Kelihatan tanda batu sempadan tanah yang telah dipasang oleh Jabatan Ukur.

Keadaan pagar yang sudah agak lama dipasang dan beradaan sudah rosak.

Kerja mengukur bagi mempastikan banyak kayu yang diperlukan.

Yang hadir berbincang bersama Ketua Unit bagi mempastikan barang-barang yang perlu dibekalkan mencukupi bagi membuat jambatan atau titian.

Menuju ke TPI itu melalui tanah yang dijadiakan kebun sayur-sayuran.

LAWATAN KE TANAH PERKUBURAN ISLAM ALANGAN BESAR

Pada Hari Selasa 26 Julai 2011 lawatan telah dijalan ke Tanah Perkuburan Islam Alangan Besar Bandar Seri Begawan.  Lawatan disertai oleh: Pengelola Kanan Yang Mulia Haji Ibrahim bin Haji Ratu, Pengelola Yang Mullia Awang Haji Mohd Salleh bin Haji Besar, Penolong Pengelola Yang Mulia Awang Haji Hazaman bin Haji Zulkiffly, Pengawas-Pengawas Yang Mulia Awang Sulaiman bin Mohammad dan Yang Mulia Pengiran Sahridin bin Pengiran Haji Punggut.

Dimana pehak Unit telah menerima aduan tentang pembinaan tangga tanpa kebenaran daripada Unit ini.  Dimana setelah diperiksa didapati terdapat dua pewakaf berlainan telah membina dua buah tangga untuk naik keatas bukit tempat kedudukan kubur tersebut.

Salah sebuah tangga yang dibina dibawah bukit dari kampong Tamoi.

Dimana juga terdapat kerja-kerja tersebut tidak menghormati kubur.  Salah satu batu nisan telah terkandung dekat simin.

Juga didapati satu nisan lama dipercayai telah dibuat tangga berdekatannya.

Kelihatan satu batang nisan batu telah disimin hinggap pada tangga baru dibina.  Ini juga tanda tidak menghormati kubur.

Kelihatan kayu nisan banyak berdekatan dengan tangga yang berpagar.

Dibincangkan bersama untuk membuat laluan daripada pagar tangga bagi memudahkan pelawat kubur menzarahinya.

KERJA-KERJA MEMBERSIH TAMBAK MAKAM DIRAJA TELAH DIJALANKAN

Hari Sabtu 23 Julai 2011 pegawai-pegawai dari Jabatan Muzium-Muzium telah mengadakan kerja-kerja pembersihan tambak-tambak Makam Diraja..  Ianya dimulakan pada tambak Makam Al Marhum Sultan Omar Ali Saifudden III.

Insya Allah akan dilaratkan ketambak-tambak yang lain dalam kawasan kubah makam ini.

Kerja-Kerja pembersehan tambak makam ini mengunakan bahan kimia.

Pembersihan dibuat secara teliti

Sebahagian lagi kerja-kerja dibuat untuk memperelokkan keadaan tambak tersebut.

Khamis, 21 Julai 2011

PEMERIKSAAN TAMBAK MAKAM DIRAJA OLEH PEGAWAI JABATAN MUZIUM-MUZIUM BRUNEI DARUSSALAM

Pada Hari Rabu 20 Julai 2011, pegawai dari Jabatan Muzium-Muzium Brunei telah mengadakan kunjungan ke bangunan Kubah Makam Diraja Jalan Tutong.  Ianya dibuat bagi memerikasa kerosakan yang terdapat pada batu marmar tambak-tambak yang ada didalam bangunan kubah tersebut.   

Yangmana didapati kesan rosak disebabkan terkena air, minyak harum jenis atar dan dimakan anai-anai.  Dalam pada itu semua kerosakkan yang terdapat padanya akan diusahakan pembaikkannya oleh pehak Jabatan tersebut.  Kerana Jabatan Muzium-Muzium berperanan untuk menjaga apa jua khazanah lama yang tersimpan disana sebagai kesan sejarah.  Tambak-tambak yang dikesan seperti pada Makam Al Marhum Sultan Omar Ali Saifudden III, Makam Al Marhumah Raja Isteri Pengiran Anak Damit dan Makam-Makam Kerabat Diraja yang lain dan terdapat didalam kawasan Kubah tersebut.

Dua orang pegawai dari Jabatan Muzium-Muzium memeriksa Tambak Makam Al Marhum Sultan Omar Ali Saifudden III.

Kesan lubang yang terdapat pada tambak tersebut.

Terdapat kesan tetesan air hujan diatas tambak Makam Al Marhum Sultan Omar Ali Saifudden III.

Juga terdapat kesan terkena minyak wangi yang dipercikkan oleh orang perseorangan yang tidak tahun menjaga batu marmar ini.

Pegawai Muzium menerangkan cara dan bila kerja-kerja tersebut akan dilaksanakan.  Yangmana akan diselanggarakan seberapa segera yang boleh.

Rabu, 20 Julai 2011

MAJLIS KHATAM AL QURAAN BAGI KEMENTERIAN HAL EHWAL UGAMA

Hari Rabu 19 Julai 2011, majlis tersebut telah diadakan bersempena dengan Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Peduka Seri Beginda Sultan dan Yang Dipertuan Negara Brunei Darussalam yang ke Enam Puluh Lima tahun bagi tahun ini 1432H / 2011M.

Hadir selaku tetamu kehormat ialah Menteri Hal Ehwal Ugama Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Doktor Haji Mohammad bin Pengiran Haji Abdul Rahman.  Juga hadir Timbalan Menteri, Setiausaha-Setiausaha Tetap, Timbalan Setiausaha Tetap, Pengarah-Pengarah serta seluruh Pegawai dan Kakitangan KHEU.

Majlis telah berlangsung di Jame Asr' Hasanil Bolkiah Kampong Kiarong Bandar Seri Begawan.

Kelihatan jauh dihadapan Tetamu Kehormat bersama Pegawai-Pegawai Kanan KHEU.

Kitab suci Al Quraan dan buku tahtim telah diberikan percuma.

Salah seorang Pegawai yang sedang membaca Al Quraan dalam juzuk ke 6.

Sebahagian lagi Pegawai di Kementerian ini.

Lagi sebahagian hadirin yang membaca Al Quraan Al Kareem.

Salah seorang pembaca Al Quraan yang bertugas sebagai Penjaga Makam Diraja.

Kelihatan ditengah-tengah diletakkan bunga telur sebagai buah tangan kepada hadirin.

Sebahagian lagi perserta yang hadir.

Hadirin dan Perserta berdiri semasa dikir asyrakal dilagukan.

Juga kelihatan hadirin berdiri bagi berdikir asyrakal.

Rumpun bunga telur yang diletakkan sebelum dibahagi-bahagikan kepada hadirin.