BANGUNAN PEJABAT UNIT

BANGUNAN PEJABAT UNIT
BANGUNAN PEJABAT UNIT TANAH-TANAH PERKUBURAN ISLAM, JALAN RESIDENCY, BANDAR SERI BEGAWAN, BRUNEI DARUSSALAM.

Selasa, 24 Julai 2012

KEMENTERIAN HAL EHWAL UGAMA MENGADAKAN MAJLIS BERTAHLIL DI KUBAH MAKAM DIRAJA

Pada Hari Selasa, 4 Ramadan 1433 / 24 Julai 2012, Menteri Hal Ehwal Ugama berserta Pegawai dan Kakitangan Kementeriannya serta Jabatan-Jabatan dibawahnya telah mengadakan Majlis Membaca Yasin, Tahlil dan Doa Arwah di Bangunan Kubah Makam Diraja, Jalan Tutong.

Ianya diadakan bagi Al Marhum Sultan Haji Omar Ali Saifuddin III ibni Al Marhum Sultan Muhammad Jamalul Alam dan Al Marhumah Raja Isteri Pengiran Anak Damit binti Al Marhum Pengiran Bendahara Pengiran Anak Abd Rahman.

Hadir Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Dr. Ustaz Haji Muhammad bin Pengiran Haji Abd Rahman, Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Pengiran Dato Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar, Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Setiausaha-Setiausaha Tetap iaitu Yang Mulia Dato Paduka Haji Sabali bin Haji Abas, Yang Mulia Ustaz Haji Abd Aziz bin Orang Kaya Maharaja Lela Haji Mohd Yusof dan Timbalan Setiausaha Tetap Yang Mulia Ustaz Haji Harun bin Haji Junid serta Pengarah-Pengarah, Pegawai-Pegawai Kanan dan Kakitangan Kementerian Hal Ehwal Ugama dan Jabatan-Jabatan dibawahnya.

Kelihatan YB Menteri Pg DSP Dr Hj Mohammad Pg Hj Abd Rahman dan YM Timbalan Menteri Pg Hj Bahrom Pg Hj Bahar sedang membaca Surah Yasin dipimpin oleh YM Pehin Khatib Hj Metassim.

Kelihatan pegawai-pegawai yang hadir dimajlis tersebut.

 Sebahagian lagi yang hadir kakitangan dari Bahagian Bangunan dan Pemeliharaan Kementerian Hal Ehwal Ugama.

 Juga dari Bahagian Bangunan dan Pemeliharaan Kementerian Hal Ehwal Ugama.

 Sedang husuk membaca tahlil

Tiada ulasan:

Catat Ulasan