BANGUNAN PEJABAT UNIT

BANGUNAN PEJABAT UNIT
BANGUNAN PEJABAT UNIT TANAH-TANAH PERKUBURAN ISLAM, JALAN RESIDENCY, BANDAR SERI BEGAWAN, BRUNEI DARUSSALAM.

Jumaat, 20 Julai 2012

PENGKEBUMIAN JENAZAH TENTERA YANG TERLIBAT KEMALANGAN HELIKOPTER

Pada Hari Sabtu 1 Ramadan 1433 / 21 Julai 2012, pengkebumian jenazah salah seorang tentera yang terlibat dari kemalangan Helikopter Angkatan Tentera Udara Diraja Brunei.  Kejadian pada pagi Jumaat kelamarin telah mengejutkan negara, apabila sebuah Helikopter ATUDB jenis Bell 212 telah terjatuh jauh didalam Hutan tebal di Kampong Teraja Mukim Labi, Daerah Belait.

Dimana seramai 14 orang tentera telah terlibat yangmana 10 orang daripadanya telah meninggal dunia, dua orang tercedera dan dirawat di Rumah Sakit Raja Isteri Pengiran Anak Saleha, manakala dua orang lagi telah hilang dan belum dijumpai.  Pada masa ini kerja-kerja mencari mangsa masih diteruskan.

Jenazah yang dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kiarong ialah jenazah Allahyarham Lt. Pengiran Arif Iskandar bin Pengiran Haji Shabuddin.

Pengalian lubang kubur pada asalnya dikendalikan oleh Angota tentera dari Tentera Darat Diraja Brunei. Namun setelah mereka mempunyai kekurangan pengelaman, kerja-kerja tersebut diteruskan oleh tiga orang buruh di Unit Tanah-Tanah Perkuburan Islam yang berpengelaman.

Buruh-Buruh tersebut ialah 1. Yang Mulia Pengiran Metali bin Pengiran Buntar, 2. Yang Mulia Awang Mail bin Tahir dan 3. Yang Mulia Awang Jinin bin Md Yusof.

 Kedatangan jenazah ke Tanah Perkuburan Islam Kiarong (dekat Jame Asr').

 Pada asalnya kakitangan tentera darat cuba membuat kerja-kerja mengali lubang kubur.

 Oleh sebab kurang kecekapan angota tentera, maka kerja-kerja dikendalikan oleh tenaga buruh dari Unit Tanah-Tanah Perkuburan Islam.

 Kerja-kerja pengalian dilakukan oleh YM Pg Metali Pg Buntar serta 2 orang rakan sekerja.

 Kerja-kerja membuat liang dilakukan oleh YM Awg Mail Tahir.

Kedalaman lubang kubur melimpasai dada atau bahu seorang dewasa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan