BANGUNAN PEJABAT UNIT

BANGUNAN PEJABAT UNIT
BANGUNAN PEJABAT UNIT TANAH-TANAH PERKUBURAN ISLAM, JALAN RESIDENCY, BANDAR SERI BEGAWAN, BRUNEI DARUSSALAM.

Selasa, 9 Oktober 2012

MELAWAT KUBUR LAMA YANG HENDAK DIPINDAHKAN

Pada Hari Selasa, 9 Oktober 2012, lawatan ketapak sebuah kubur lama telah diadakan.  Ianya bertujuan bagi rancangan untuk memindah kubur yang ada disana.  Kerana tapak bekas kubur itu nanti akan dibina sebuah kolah besar iaitu Kolam Tadahan Banjir bagi mengelak dari kejadian banjir berulang lagi  dikawasan rendah Ban Mulaut.  

Tapak Perkuburan Islam tersebut terletak di Kampong Selayun, Mukim Sengkurong.  Dan dipercayai berusia lebeh ratusan tahun.

Turut hadir disitu ialah Yang Mulia Awang Haji Musa bin Haji Tahir, Penghulu Mukim Sengkurong, serta Pegawai-Pegawai dari Unit Tanah-Tanah Perkuburan Islam, KHEU, Jabatan Saliran dan Taliair JKR, dan pehak Konsultan yang mengendalikan urusan tersebut.

Ditapak tersebut didapati dua batu nisan (tanda kubur) yang dan mempastikan terdapatnya jasad dua orang yang telah dikebumikan disitu.

Salah satu kubur lama yang akan dipindah nanti.

 
dan satu lagi nisan yang diperbuat daripada batu sungai.

Kelihatan YM Hj Musa Hj Md Tahir (Penghulu Mukim Sengkurong) dan YM Awg Julidy Hj Samsudin (Penolong Pengelola Tanah-Tanah Perkuburan Islam).

Memperhati kedudukan tempat didalam plan yang telah disediakan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan