BANGUNAN PEJABAT UNIT

BANGUNAN PEJABAT UNIT
BANGUNAN PEJABAT UNIT TANAH-TANAH PERKUBURAN ISLAM, JALAN RESIDENCY, BANDAR SERI BEGAWAN, BRUNEI DARUSSALAM.

Rabu, 3 Oktober 2012

KAWASAN LETAK KERETA T. P. I. KIARONG TELAH DIJADIKAN LETAK KERETA BAGI HOSPITAL R.I.P.A.S.

Pada Hari Isnin, 1 Oktober 2012, pemeriksaan telah dijalankan bagi kawasan kharim kubur di Tanah  Perkuburan Islam Kiarong (Jame Asr).  Yangmana kawasan luar telah dijadikan tempat letak kereta bagi orang ramai yang hendak ke Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha. Kerja-kerja pembinaan atap bagi mengelak orang ramai yang datang terkena hujan sebagai point bagi orang ramai untuk menaiki bas awam yang disediakan bagi mengangkut orang ramai yang hendak ke hospital.  

Sesiapa saja yang hendak ke rumah sakit tersebut hendaklah meletakkan kereta mereka disana.  Manakala mereka akan diangkut dengan mengunakan bas secara percuma.

Pehak Kementerian Kesihatan telah membuat atap bagi mengelak orang ramai basah apabila hujan turun.  Manakala kereta-kereta orang ramai akan sentiasa dijaga oleh Pegawai Keselamatan yang telah dilantik bagi menjaga kawasan tersebut.

Luar pagar TPI ini telah digazzette bagi menambah keluasan tanah kubur.

Kerja-kerja membuat atap laluan dijalankan.

Jalan menuju ketempat menunggu bas juga dipasang atap. 

Kelihatan kereta pelawat kehospital diletakan dengan selamat.

Tangga menuju kekuburan. nampak tempat yang dibina atap bagi laluan orang ramai.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan