BANGUNAN PEJABAT UNIT

BANGUNAN PEJABAT UNIT
BANGUNAN PEJABAT UNIT TANAH-TANAH PERKUBURAN ISLAM, JALAN RESIDENCY, BANDAR SERI BEGAWAN, BRUNEI DARUSSALAM.

Sabtu, 26 April 2014

KERJA MEMINDAH KUBUR LAMA DI KAMPONG SUNGAI SIAMAS.

Pada Hari Sabtu, 26 April 2014, satu kerja memindah kubur lama di Kampong Sungai Siamas, Mukim Sungai Kebun telah dijalankan.  Kubur-kubur tersebut cuma memiliki 7 jasad disemadikan disitu.  Pemindahan dilakukan olih Pihak Unit Tanah-Tanah Perkuburan Islam, KHEU dibantu olih Jabatan Jalan Raya, JKR, serta konsultan dan kontraktor yang menjalankan pembinaan jambatan dari Kampong Pintu Malim Jalan Residency menuju ke Kampong Sungai Kebun.

Ianya dibina bagi memudahkan perhubungan jalan raya dari Lumapas dan sekitarnya untuk pergi ke ibu negara Bandar Seri Begawan.

Kerja-kerja diketuai olih Yang Mulia Awang Haji Mohammad bin Haji Tuah dari Jabatan Jalan Raya, JKR.  Turut hadir Yang Mulia Haji Ibrahim bin Haji Ratu, dari Unit Tanah-Tanah Perkuburan Islam, KHEU, Pegawai-pegawai dari kedua-dua jabatan dan pihak Konsultan dan Kontraktor yang mengendalikan pembinaannya serta waris simati.

Pemindahan dilakukan dari Tanah Perkuburan Islam Sungai Siamas ke Tanah Perkuburan Islam Sungai Pangga.

Memulakan tahlil dipimpin YM Hj Mohaimin Duraman (kanan) dari kiri YM Hj Mohammad Hj Tuah dan YM Hj Ibrahim Hj Ratu.

Kerja-kerja menggali kubur dimulakan dengan membuka tambak keliling dan nisan kayu.

Kerja-kerja diperhati olih pegawai-pegawai yang hadir.

Juga membuka tanbak sebelum menggali..

Kerja-kerja menggali dilakukan bagi mengeluarkan cebisan mayat.

Tanah yang dipercayai bekas mayat dibungkus semula dihimpun dengan nisan dan tambaknya untuk dipindahkan TPI Sg Pangga. 

Pekerja yang menendalikan penggalian bergerak dari TPI Sg Siamas ke TPI Sg Pangga dengan berjalan kaki.

Sampai ketempat dituju iaitu TPI Sg Pangga bagi menyebadikan semula cebisan jenazah ke perkuburan tersebut.

Di TPI Sg Pangga lubang liang disediakan untuk memasukkan kembali cebisan jenazah.

YM Hj Mohaimin Duraman memasukan bungkusan tanah cebisan jenazah.

Menyerahkan bungkusan cebisan jenazah untuk disemadikan diliang lahad baru.

Untuk meletakannya kedalam liang lahad.

Nisan kayu asal juga dibawa pindah.

Acara terakhir bacaan tahlil dan doa arwah dipimpin olih YM Hj Mohaimin Duraman.

Waris yang turut serta dan pekerja Konsultan dan Kontraktor.

Sebahagian lagi yang hadir di TPI Sg Pangga.

1 ulasan:

  1. asal tanah balik ke tanah, dari badan besar panjang 5 kaki, jadi tinggal cebisan sahaja, tulang menyatu bersama tanah. kecuali dengan izin Allah Taala sahaja jasad kitani terpelihara.

    BalasPadam