BANGUNAN PEJABAT UNIT

BANGUNAN PEJABAT UNIT
BANGUNAN PEJABAT UNIT TANAH-TANAH PERKUBURAN ISLAM, JALAN RESIDENCY, BANDAR SERI BEGAWAN, BRUNEI DARUSSALAM.

Selasa, 22 April 2014

UPACARA MEMINDAH KUBUR LAMA DIKAMPONG KUPANG

Pada Hari Isnin 21 April, 2014, satu upacara memindah kubur lama telah dijalankan di Kampong Kupang Tutong. Dimana dalam upacara itu telah dihadiri olih Ketua Pegawai Ugama Daerah Tutong, Yang Mulia Awang Haji Hasan bin Haji Amat, Yang Mulia Awang Haji Ibrahim bin Haji Ratu, Ketua Unit Tanah-Tanah Perkuburan Islam, Yang Mulia Awang Haji Mohd Sidek bin Haji Mohd Yusof, Pegawai di Jabatan Saliran dan Pembantungan, Jabatan Kerja Raya, Yang Mulia Awang Haji Mohd Jumin bin Haji Marsal, Pengetua Perunding Jumin Marsal, Ketua Kampong Kupang dan Ketua Kampong Tanjung Nangka serta penduduk kampong berhampiran, Pegawai-Pegawai dari Unit Tanah-Tanah Perkuburan Islam Daerah Brunei Muara dan Daerah Tutong.

Bacaan tahlil dibacakan olih YM Pg Isa Pg Hj Hitam.

Kelihatan Ketua Pegawai Ugama Daerah Tutong YM Hj Hasan Hj Amat.

Penduduk kampong dan waris kepada orang-orang yang berkubur di perkuburan tersebut.

Kerja-kerja pengalian dijalankan olih buruh-buruh kerajaan dan swasta.

Salah satu kubur yang mula digali.

Pada zaman dahulu pengkebumian jenazah dilakukan agak dalam bagi mengelak daripada
dikali olih  binatang buas.

Mula mengesan bekas rangka manusia seperti tulang atau rambut.

Sesudah dikenal pasti tanah yang dipercayai kesan jasad manusia barulah
dibungkus semula seperti jenazah tetapi kecil sahaja.

Orang ramai telah menjumpai sebuah kubur yang ditanam berserta parang.

Sebahagian orang ramai memerhati kerja-kerja yang dilakukan. berdiri berbaju putih dan bersongkok YM Hj Puasa Ketua Kampong Kupang.

Nisan kayu lama dipercayai mencapai 200 tahun.

Lubang kecil ditapak kubur baru untuk menyebadikan kembali cebisan jenazah.

Kawasan yang akan dijadikan kolam tedahan hujan mengelak banjir.

Sisa tulang yang tinggal yang akan disemadikan semula.

Pegawai dari Unit Tanah-Tanah Perkuburan Islam.

Pegawai dan Kakitangan dari Jabatan Saliran dan Pembentungan JKR.

Juga Pegawai dan Kakitangan JKR.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan